Tengku Aqeev melabuhkan punggung diatas kerusi di pejabat milik Syed Uwais.Mata Tengku Aqeev tidak lepas dari memerhati seorang gadis yang sejak kebelakangan ini menarik perhatiannya.Gadis itu merupakan pembantu peribadi kedua Syed Uwais sahabatnya itu.
" Ada apa kau datang sini? selalu aku ajak mari bukan liat lagi?" terhinjut bahu Tengku Aqeev apabila dia mendengar soalan daripada Syed Uwais.Dia asyik memerhati ke arah gadis yang berbaju kurung itu.
"Saja? Tak boleh aku datang.Nak tengok kawan baik aku sendiri"
Syed Uwais mengangguk sambil bibirnya senget.
"Tengok kawan baik...."
Tengku Aqeev kembali menumpukan pandangannya ke arah gadis yang duduk depan pejabat Syed Uwais.Dia mengigit jarinya.
"Kau sebenarnya datang sini sebab kau nak tengok PA baru aku tu kan?" kata-kata Syed Uwais kembali menggamit perhatian Tengku Aqeev.
Tengku Aqeev hanya tersenyum.Takkan tak boleh?
"Aku tak kisah kau nak minat dekat mana-mana perempuan sekali pun tapi dengan dia aku minta kau jangan.Just let her alone" bisik Syed Uwais perlahan.Dia tidak mahu orang lain dengar.
Tengku Aqeev mengerutkan dahi.Tapi apa dia kisah.
Thia perasan dari tadi dia rasa seperti diperhatikan.Dia tidak selesa dengan pandangan lelaki depan matanya.
"Thia...saya nak awak arrange semula schedule saya follow up dengan Nick..okay?"ucap Syed Uwais.
"Okay...saya keluar dulu"ucap Thia terus meninggalkan ruang pejabat itu.
Tengku Aqeev menghantar Thia keluar dengan lirikan matanya.
"Apa nama dia?"
"Nur Fathia baru lepas graduate.."jawab Syed Uwais.
Suasana diam seketika.Tengku Aqeev meneguk minumannya.Matanya masih melekat pada gadis yang dikenali dengan nama Nur Fathia itu.
"Syed... why not...kita bet?" usul Tengku Aqeev bersama senyuman yang mulai terukir di bibirnya.Syed Uwais pula hanya mengerutkan dahi.Dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Tengku Aqeev.
Tengku Aqeev nampak tenang.Matanya dipakukan ke arah Syed Uwais.
"Bet apa?"soal Syed Uwais.
"Aku nak bet... dapatkan dia"tunjuk Tengku Aqeev pada Thia.
"Kau gila ke apa? Thia tu bukan macam perempuan yang kita kenal.Dia susah sikit nak tackle.Lupakan.."
Tengku Aqeev tersenyum sinis.
"Kau sendiri cakap...dia susah nak tackle.Jadi aku nak buat dia jatuh dekat tangan aku"
"Jangan buat kerja gila Qeev? Kau bukan tak suka budak-budak ke?" Syed Uwais tidak bersetuju dengan idea mengarut Tengku Aqeev.Tidak patut dia buat pertaruhan mengarut begini.Dia tidak sanggup melihat kawannya memusnahkan hidup anak orang lain.Gadis itu seperti gadis yang baik.
"Ala....Syed...aku bukan nak buat teruk-teruk...just night stand...geli-geli je tak mengandung lah dia.." Tengku Aqeev memujuk perlahan.
Syed Uwais hanya diam.Dia tidak bersetuju atau tidak membangkang cadangan Syed Uwais.Kalau dia bangkang pun belum tentu Tengku Aqeev akan mendengar.
"Sekali ni je...lepas ni aku taubatlah" gelak Tengku Aqeev.
**************
Pihak hospital dah telefon Thia banyak kali bertanya berkenaan dengan bayaran untuk pembedahan Puan Ros.Dia buntu memikirkan nasib Puan Ros.
"Ya Allah apa aku nak buat ni? Mana aku nak dapat duit banyak tu?" Thia buntu.
Tengku Aqeev berdiri betul-betul dihadapan Thia sambil menguntum senyuman manis.
"You Thia kan?" Tengku Aqeev memakukan pandangannya ke arah Thia yang nampak sedikit terkejut dengan kehadirannya.Mungkin kerana terkejut kerana Tengku Aqeev tahu namanya.Hei ini Tengku Aqeev lah semua gadis yang dia mahu pasti dia dapat.
Thia hanya terpaku ditempatnya duduk.Matanya tidak berkelip memandang lelaki yang agak asing baginya.
"ya saya"
"Can we have a talk?"soal Tengku Aqeev.Dia tidak suka membuang masa.
"Err, boleh" Teragak-agak Thia memberikan jawapan.Dia masih takut untuk dekat dengan lelaki ini.Ada sesuatu yang dia tidak pasti tapi dia tak tahu?.
"Tengku nak cakap?"soal Thia terus.Kali ini dia memandang Tengku Aqeev tetapi hanya sekejap sebelum matanya melilau ke arah lain.
"Jangan panggil saya Tengku...just call me Aqeev" Tengku Aqeev berkata perlahan.Matanya dipakukan ke arah Thia yang nampak kekok.Mungkin dia masih lagi terkejut.Perempuan shy-shy cat macam ni dia mahukan.Semua perempuan sama pantang lelaki kacak tegur, mulalah miang.
"ermm...tak apa saya selesa panggil Tengku"sahut Thia masih lagi kekok.
"Pandang sinilah.Kenapa? You takut dengan I ke?" Tengku Aqeev mengangkat kening lebatnya.
"Tak adalah cuma tak biasa bercakap berdua dengan lelaki"nafi Thia.
Tak pernah bercakap dengan lelaki? Dia senyum sinis.
Telefonnya berbunyi tertera nama dari pihak hospital.Dia mematikan panggilan.
"Saya kena balik dulu Tengku, ada hal"kata Thia cemas.Dia melarikan pandangan matanya ke arah jam tangan kirinya.Masaklah dia kalau lambat sampai ke hospital nanti.Dengan jalan sesak.
"Kalau macam tu I hantar pergi ke kereta you"Dia harus berlakon dan menampakkan lakonannya menjadi.
"Tak apa susahkan Tengku je"Thia terus menolak.
"Okay....take care..." Tengku Aqeev menguntum senyuman khas buat Thia.
Tengku Aqeev menghantar Thia dengan pandangan matanya.Laju sungguh gadis itu berjalan sehinggakan tudung yang dipakainya itu beralun.
"Tak lama lagi Thia"getusnya perlahan bersama dengan senyuman sinis yang tergantung di hujung bibirnya.
Dia pun terus melangkah menuju ke arah keretanya yang terparkir di tempat lain.
**********
"Pembedahan harus dilakukan segera kerana ini melibatkan nyawa Puan Ros"ucap Doktor Zain kepada Thia.
Thia buntu.
"Saya tahu doktor...tapi... saya tak mampu nak cari duit banyak tu dalam masa terdekat ni.Simpanan saya pun tak banyak"ucap Thia.
Doktor Zain hanya diam.
"Macam nilah...saya akan tangguhkan tapi apa yang boleh saya cakap kita tak boleh terlalu lama"ucap Doktor Zain sebelum meninggalkan Thia.
Thia rasa bahunya berat dengan beban.Tapi nyawa Ibu lebih penting sekarang ni.Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan cuba mendail nombor majikannya Syed Uwais.
Dia mundar-mandir sementara menunggu panggilan itu dijawab.
"Nombo yang anda dail tidak dapat dihubungi sila cuba lagi sekali"
Hanya operator yang menjawab panggilan Thia.Dia buntu pada siapa dia perlu merayu untuk mendapatkan jumlah duit untuk pembedahan Ibu.
Dia masuk ke dalam wad.Tubuh itu terlihat lemah terbaring atas katil.Dia mendekati Puan Ros.
"Ibu...."usap Thia tangan itu.
Puan Ros memandang Thia.
"Kenapa nangis?"soal Puan Ros.Thia menyeka airmatanya yang mengalir.
"Thia tak nangis ibu.Thia nak Ibu sihat macam dulu.Boleh kita pergi jalan- jalan.Thia akan cari duit untuk Ibu.Thia janji"ucap Thia mengucup tangan itu.
Dia harus memikirkan sesuatu yang dengan cepat untuk dapatkan duit bagi pembedahan Ibu.
Dia baru selesai solat isyak.Dia duduk bertafakur atas sejadah.Dia teringat tentang Tengku Aqeev.
Ohh... Tengku Aqeev kan ada yayasan sendiri.Boleh ke aku minta dekat dia untuk pertolongan ni.
Nak minta dekat Syed Uwais macam susah sebab Syed Uwais jarang ada dekat pejabat.Lebih banyak kerja diluar.Jadi susah untuk dia bercakap isu keluarganya.
"Aku kena jumpa dia besok.Harap dia boleh tolong aku"ucap Thia sangat berharap.
Itu sahaja harapan ibu yang dia nampak.
***********
"Hai good morning..."ucap Tengku Aqeev yang sudah menunggu di lobi syarikat.
Semestinya senyuman dibibir Tengku Aqeev sangat manis.
"Tengku.... Tengku nak jumpa Tuan Syed ke?"soal Thia membetulkan beg tangannya.
Dia menggeleng kepalanya.
"Taklah... I datang jumpa you...semalam kan kita tak sempat nak kenal"ucap Tengku Aqeev.
Thia nak meluahkan hasratnya.
"Erm... Tengku...boleh saya tanya sesuatu?"soal Thia.
Tengku Aqeev tersenyum.
"Sure... what is that?"
"Erm... Tengku ada Yayasan kan? Maksud saya Yayasan untuk bantu sesiapa saja yang memerlukan betul"ucap Thia.
Tengku Aqeev mengerutkan dahi.Dia memasukkan tangan dalam poket seluarnya.
"Yeah...jadi kenapa you tanya pasal Yayasan?"soal Tengku Aqeev.
Thia buntu mahu terus terang atau tidak.Tapi ini saja harapannya.
Tengku Aqeev memandang gadis itu yang kelihatan kusut.
"Thia?"seru Tengku Aqeev.
Thia memandang lelaki itu.
"Erm.."
"Do you have a problems?"soal Tengku Aqeev.Lelaki itu dapat menghidu sesuatu yang tak kena dengan gadis ini.
"Ermm.. sebenarnya...saya nak minta tolong dengan Tuan Syed tapi dia selalu kerja luar.Saya jarang dapat jumpa dia.Dan saya baru teringat yang Tengku ada yayasan.Jadi saya nak minta tolong dengan Tengku boleh?"soal Thia.
Tengku Aqeev menyembunyikan senyumannya.
"Okay... continue..."
Dia sedia mendengar.
"Saya nak pinjam tujuh puluh ribu ringgit dari yayasan Tengku, boleh? saya janji saya akan bayar ansur-ansur"soal Thia.
Tengku Aqeev memeluk tubuh. Ni namanya durian runtuh.Aku baru nak mulakan langkah nampaknya kau sendiri yang buka jalan aku lebih mudah.
"Macamana saya nak percayakan awak? Kalau awak tipu saya?"soalnya semula.
"Kalau tuan tak percayakan saya, saya boleh bagi kad pengenalan saya pada Tengku? Tengku peganglah sampai saya habis bayar? Saya merayu sangat saya betul-betul perlukan duit tu secepat mungkin"rayu Thia.
Tengku Aqeev memandang Thia.Dia nampak gadis ini terdesak.
"Saya...boleh bagi awak duit...tu...tapi dengan syarat..."ucap Tengku Aqeev mendekatkan wajahnya.
"Apa dia?"
"Saya ada majlis malam esok....jadi saya nak awak datang...saya akan bagi duit dekat sana lepas majlis tu...setuju..."ucap Tengku Aqeev.
Thia jadi ragu-ragu.
"Tapi kenapa saya pergi sekali? Tak boleh ke Tengku bagi je?"soal Thia.
Tengku Aqeev tersenyum manis.
"Tak ada benda yang percuma dalam dunia ni...Just one night with me...be my partner...and seventy thousand ringgit will be yours"bisik Tengku Aqeev sebelum meninggalkan lobi dengan senyuman yang puas.
Ya Allah....ini ke jalan termudah yang kau tunjukkan.Tapi nyawa ibu lebih utama sekarang.Dia nak ibu sihat itu saja.Dia mengenggam tangannya kemas.
"Thia...jangan cuba...pinjam dengan ah long...ya...Ibu tak nak Thia susah nanti....mesti ada jalan yang lebih baik....
Suara Puan Ros terngiang-ngiang di halwa telinganya.Dia menyeka airmatanya yang hampir mengalir.
Ya Allah....ini ke jalan termudah yang kau tunjukkan.Tapi nyawa ibu lebih utama sekarang.Dia nak ibu sihat itu saja.Dia mengenggam tangannya kemas.
Share this novel