"Bila kau sampai?"soal Tengku Aqeev pada Syed Uwais.Syed Uwais tergelak dengan perangai Tengku Aqeev.
"Aku dah nak balik..."ucap Syed Uwais berpeluk tubuh.Tengku Aqeev berkerut dahi memandang Syed Uwais atas bawah.
"Aku tak nampak pun kau dekat dalam tadi?"soal Tengku Aqeev.
"Mana kau nak nampak....kau tengah buta dengan Thia.Kalau Kim Jong Un tembak kau pun kau tak sedar"ucap Syed Uwais.
Tengku Aqeev gelak kecil.
"Mana ada....aku datang sebagai tetamu dia datang sebab kerja.Mana ada kitaorang buta"ucap Tengku Aqeev.
Syed Uwais meletakkkan tangannya pada bahu Tengku Aqeev.
"Itu perumpamaan aku...kau ni..kalau dah syok dekat bekas isteri dia bagitahu je..kalau kau tak nak dia aku boleh masuk dalam short list calon Daddy baru Faeeq.Masa tu kau jangan marah aku pulak"ucap Syed Uwais.
Tengku Aqeev menepuk tangannya kuat.Syed Uwais memandang kawan baiknya itu.
"Kau nak rasa makan bubur seumur hidup kau tak? Aku rela tengok Thia menjanda seumur hidup daripada kahwin dengan kau.Dan kalau Thia nak kahwin lain lelaki tu kena lepas standard 3 K"ucap Tengku Aqeev.
3K? Apa kejadah 3K?.
"Apa 3K tu?"soal Syed Uwais.
Kali ini Tengku Aqeev pula meletakkkan tangannya pada bahu Syed Uwais.Dia mendekatkan mukanya sedikit.
"3K iaitu Kacak dari Aku, Kaya dari Aku dan Ketinggian mesti lebih dari Aku"ucap Tengku Aqeev dengan selamba meletakkkan syarat untuk calon bapa baru Faeeq.
Syed Uwais memandang Tengku Aqeev.
"Kau sengaja kan...Kau tahu aku takkan dapat Thia.Kau sebenarnya masih sayangkan Thia kan"ucap Syed Uwais pada Tengku Aqeev.
Tengku Aqeev menyandarkan tubuhnya pada kereta.
"Mestilah sayang...ibu anak aku kot..."ucap Tengku Aqeev mengeluarkan sebatang rokok dan diletakkan pada mulutnya.Syed Uwais merampas rokok pada mulut Tengku Aqeev.Kotak rokok ditangan lelaki itu juga diambil
"Rokok aku??"soal Tengku Aqeev.
"Kalau sayang Thia jangan siap rokok..kata nak jaga Thia selamanya.....jantung kau pun kena jaga..."ucap Syed Uwais terus beredar dari situ meninggalkan Tengku Aqeev.
Tengku Aqeev terkesan dengan kata-kata Syed Uwais.Dia seakan tersentak seketika.
***********
Tengku Aqeev mengeringkan rambutnya yang basah.Rasa hilang semua penat dapat bersihkan diri.Dia membetulkan kain tuala yang melilit pinggangnya.Dan berdiri didepan cermin, rantai cincin yang ada pada lehernya itu dipegang dan dicium.
"Kalau sayang Thia jangan siap rokok..kata nak jaga Thia selamanya.....jantung kau pun kena jaga..."
Tengku Aqeev tersenyum senget.Dia mengambil seluar panjang dalam almari.Disarungnya cukup sekadar untuk dia tidur malam.Dia lebih selesa tidak berbaju itu dah jadi tabiatnya.
Dia baring meluruskan pinggang yang seharian tidak berehat.Dia meletakkkan tangannya dibelakang kepala memandang siling warna putih itu.
Bunyi notifikasi telefonnya berbunyi.Tangan kanannya mengambil telefon yang berada dimeja sebelah katil.
Dia membuka mesej dari Syed Uwais.Matanya terbuntang besar.Dia terus membetulkan kedudukannya.
"Sejak bila mamat ni curi-curi ambil gambar aku ni"ucap Tengku Aqeev melihat mesej dari Tengku Nayla itu.
Mesej bergambar antara dirinya dan Thia berada di majlis persandingan anak Tan Sri Hamdan tadi.Dia tersenyum nakal.
"Patutlah orang asyik pandang je.."Tengku Aqeev tersenyum manis.Dia menjadikan gambar itu sebagai penghias muka depan telefonnya.
*********
Tengku Aqeev turun ke bawah untuk bersarapan.Dia nampak Tengku Sri Khadijah dan Tengku Najhan duduk di meja makan.
Sejak kejadian Bonda dan Ayahanda tak nak bercakap dengannya, Dia pun banyak diamkan diri dan mengelak.Tapi harini nampaknya dia tak boleh elak.
Kopi yang sudah siap dihidang dihirup perlahan.Meja makan terasa tegang.
"Bonda tak bermaksud nak masuk campur urusan Qeev.Dari dah kahwin sampai dah cerai tak ada pun sekali Qeev bawa dia jumpa dengan Bonda dan Ayahanda"ucap Tengku Sri Khadijah.
Tengku Aqeev meletakkkan cawan atas meja.Dia mengangkat wajahnya.
"Cukup rasanya...Qeev tak nak bebankan dia.Cukup hanya Qeev sorang je yang bagi beban pada dia.Tak perlu tambah lagi"ucap Tengku Aqeev.
Tengku Aqeev bangkit dari duduknya.
"Ayahanda setuju dengan apa yang Bonda kamu cakap.Kalau orang lain tahu kisah hidup kamu ni tak ke dia pun akan kena tempiasnya?"soal Tengku Najhan.
"Qeev tahu benda ni jadi sebab diri Qeev.Masa tu Qeev fikir nak seronok.Tapi kalau bermain dengan takdir, sesiapa pun akan rasa bersalah seumur hidup.Tak perlu nak kacau dia.."ucap Tengku Aqeev terus meninggalkan ruang meja makan.
Tengku Nayla yang baru turun nampak Tengku Aqeev berjalan ke arah pintu dengan wajah mencuka.Dia memandang pada meja makan.Dia mendekati ruang makan.
"Apa yang Bonda dan Ayahanda dah cakap dengan Abang Qeev?"soal Tengku Nayla melabuhkan punggung didepan kedua ibubapanya.
"Bonda cuma nak dia bawa balik menantu dan cucu Bonda.Kenalkan pada kami itu je"ucap Tengku Sri Khadijah.
Tengku Nayla meletakkkan tangannya atas meja.Dia memandang Tengku Sri Khadijah.
"Bonda kena faham keadaan diaorang.Diaorang kahwin masa mula-mula dulu pun sebab terpaksa.Abang Qeev yang paksa bukan kerelaan Thia.There have a tight relationship Bonda Ayahanda.What you guys aspect?. Abang Qeev lepaskan Thia sebab dia tahu dia racun dalam hidup Thia.Dia rela lepaskan walaupun sebenarnya dia tak rela hanya kerana dia nak Thia hidup tanpa terikat dengan sejarah hitam diaorang.Abang Qeev dah besar, dah jadi seorang Ayah.Dia tahu nak jaga his own family"terang Tengku Nayla bangkit dari duduknya.
"Tengku Nayla!"panggil Tengku Najhan.Tengku Nayla berhenti melangkah.
Tengku Nayla berpaling.
"Kami berdua cuma nak bantu Qeev berbaik semula dengan Thia.Kami nampak dia cuba nak berbaik tapi tak tahu caranya"ucap Tengku Najhan.
Tengku Nayla mengerutkan dahinya.
"Berbaik?"
"Ya Nayla... Bonda tak pernah tengok Qeev betul-betul fokus pada sesuatu.Dan Bonda rasa Qeev betul-betul dah berubah.Cuma dia tak tahu isi hati Thia pada dia.Mungkin Bonda boleh pujuk Thia?"ucap Tengku Sri Khadijah.
Tengku Nayla memandang Tengku Sri Khadijah dan Tengku Najhan silih berganti.
******
"Keluar!!!" jerit Tengku Aqeev pada staf syarikatnya.Dia mencampak fail atas lantai.Dia kembali duduk di kerusi.Moodnya harini tak berapa baik.
Farhan yang selama ini pagi-pagi peramah menyambut dirinya pun kena tempias badai laut cina selatannya.
Boleh dikatakan semua yang ada depan matanya semuanya tak kena.
Dia menekan interkom.
"Farhan...cancel all my plans and I don't want to see anybody... Understand!!!!"jerit Tengku Aqeev pada mesin interkom.
Farhan menutup telinganya.Ushh...ni bukan masa yang sesuai rasanya nak masuk dalam.Mahu bukan setakat kena terbalik mahu dia tolak badannya jatuh dari tingkat lapan Qeev International Group ni.
"Farhan....what happened to you bos ah?"soal Alice yang datang ke meja Farhan.
"I don't know...what happened?"ucap Farhan pada Alice.
"Habis semua staff perempuan harini meleleh ayaq mata"ucap Aus.
Farhan pun tak boleh nak cakap lebih nanti kena sembelih buat korban Tengku Aqeev.Kalau bagitahu dekat Puan Thia.Agak-agak boleh tolong tak redakan keadaan?.
*******
Tengku Aqeev kembali ke rumah lebih awal dan dia memperlahankan keretanya apabila melihat kereta yang amat dia kenali.Kereta Honda HRV warna merah marron itu terparkir dalam laman rumah keluarganya.
"Bukan ni kereta Thia ke? Apa dia buat dekat sini?"soal Tengku Aqeev memakirkan keretanya terlebih dahulu.
Dia keluar dari kereta dan mendekati kereta itu.Matanya melihat nombor pendaftaran kereta itu.Rasa betullah ni kereta Thia.
Dia melangkah masuk ke dalam rumah.
"Daddy!!!" jerit Faeeq apabila melihat Tengku Aqeev yang baru balik dari Tengku Aqeev merendahkan badannya dan memeluk Faeeq.
"Faeeq sayang...buat apa dekat sini?"soal Tengku Aqeev.
"Jumpa Nekku dan Tokku....dengan Acu Nayla"ucap Faeeq tersenyum manis.Tengku Aqeev tersenyum tawar.
"Mummy mana sayang?"soal Tengku Aqeev.
"Mummy dekat dapur tolong Nekku masak."ucap Faeeq.Tengku Nayla berjalan ke arah ruang tamu.Tengku Aqeev kembali berdiri memandang Tengku Nayla.
"What's going on?"soal Tengku Aqeev dengan nada tegas.
"Ermm.... Abang Qeev...ini benda baik..jangan nak marah-marah"ucap Tengku Nayla.Dia nak Tengku Aqeev mengawal emosi.
"But Thia dengan Bonda...."
"Thia...okay dengan Bonda....siap gelak lagi dekat dapur.Abang Qeev tak payah fikir banyak sangat.Be positive okay"ucap Tengku Nayla.
"Daddy boleh main dengan Faeeq tak?"soal Faeeq.
"Faeeq... Daddy baru balik kerja.Bagi Daddy mandi dulu.Jom ikut Mak Su"ucap Tengku Nayla mengajak Faeeq.
Tengku Aqeev menghela nafas.Dia mendaki ke bilik untuk bersihkan diri dahulu.
Thia membantu Tengku Sri Khadijah menyiapkan makan malam.Dia merancang lama nak ajak mereka berkumpul satu keluarga.
"Bonda tengok Thia tak kekok masak"puji Tengku Sri Khadijah.
Thia tersenyum.
"Alhamdulilah... berkat arwah ibu ajarkan pada Thia.Thia praktikkan je"ucap Thia menyiapkan acar untuk dimakan dengan nasi hujan panas.
"Bonda nak hidang dulu lauk kejap lagi kita boleh makan.Rasanya Qeev dah balik tadi dengar Faeeq menjerit panggil Daddy"ucap Tengku Sri Khadijah.
"Itulah Faeeq kalau nampak Qeev macam nampak gula-gula.Dia punya teruja tu lain macam.Thia pergi hantar acar ni dekat meja kejap"ucap Thia pada Tengku Sri Khadijah.
"Okay Bonda pun sikit je lagi ni nak siap.Pergi cari Faeeq senyap je tu"ucap Tengku Sri Khadijah yang sedang menyusun buah-buahan.
Thia berjalan ke meja makan.Dia meletakkkan acar timun yang dibuatnya atas meja.Dia mencari Faeeq yang sedari tadi senyap saja.Dia berjalan ke arah pintu berdekatan.Dia melihat Faeeq yang sedang berdiri sambil memberi ikan makan dengan Tengku Najhan.
Thia tersenyum manis melihat pemandangan itu.Tengku Aqeev yang baru lepas siap mandi nampak Thia berdiri depan pintu memandang arah luar.
Tengku Aqeev sengaja berdiri dibelakang Thia tanpa bersuara.
"Sunshine..."bisik Tengku Aqeev ditelinga.
Thia berpaling dan terkejut Tengku Aqeev betul-betul dibelakangnya.Tubuhnya hampir jatuh ke belakang Tengku Aqeev cepat-cepat menyambut tubuh itu dari jatuh.
Tangan Tengku Aqeev merangkul pinggang Thia kemas.
"Awak okay?"soal Tengku Aqeev.
Thia mengangguk perlahan dan membetulkan kedudukannya.Tengku Aqeev melepaskan sentuhan pada pinggang Thia.
"Awak tengok apa dekat luar?"soal Tengku Aqeev mendekatkan dirinya pada Thia sambil kepalanya dipanjangkan keluar pintu.Thia menahan nafasnya kerana Tengku Aqeev begitu dekat dengannya.
Haruman Mont Blanc Legend itu membuatkan hatinya berdebar.
"Erm...awak buat apa ni?"soal Thia perlahan.
"Ikut saya kejap...."ucap Tengku Aqeev menarik tangan Thia mengikutnya.Thia terkebil-kebil dibuatnya.
Thia hanya mengikut langkah kaki panjang Tengku Aqeev tanpa membantah.
Thia memandang lelaki itu yang mengenggam tangannya kemas.Tapi kali ini Thia rasa genggaman itu terasa selamat padanya.
"Macamana Bonda boleh ajak awak datang sini? Bonda paksa awak datang sini ya?"soal Tengku Aqeev serius.
Thia gelak kecil.Tengku Aqeev cekak pinggang memandang Thia yang gelakkan dirinya.Dia terpana tengok Thia gelak buat pertama kalinya.
"Awak!!!"jerit Thia yang melihat Tengku Aqeev seakan mengelamun.
Tengku Aqeev memandang Thia.
"Saya cakap apa tadi"ucap Tengku Aqeev bertanya semula.
"Awak tanya Bonda paksa saya ke datang sini?. Jawapan saya Bonda tak paksa pun..saya yang terima pelawaan Bonda.Tak salahkan...atau awak marah saya?"soal Thia mendekati Tengku Aqeev.
"Taklah...ma...na...ada..."ucap Tengku Aqeev tergagap-gagap.
Tengku Aqeev bergerak ke Tengku Aqeev memegang bahu Thia supaya berhenti mendekatinya.
"Saya racun Thia....cinta saya beracun... Thia.. saya takut akan lebih sakitkan awak nanti..walaupun saya cuba....saya tak nak ulang kalau benda tu boleh memudaratkan awak ..saya."ucap Tengku Aqeev berjalan mahu masuk ke rumah.
Thia berpaling.
"Ya awak racun bagi saya...."
Tengku Aqeev berhenti melangkah.
"Awak racun saya untuk saya terus rasa cinta pada awak"ucap Thia.Tengku Aqeev berpaling memandang Thia.Pandangan anak mata mereka bersambung seakan ada sesuatu yang menguatkan hati mereka.
Pandangan anak mata mereka bersambung seakan ada sesuatu yang menguatkan hati mereka.
Share this novel
Nak lagi pleaseee