Tengku mengeluarkan cincin dan cek tujuh puluh ribu ringgit itu.Kerana cek ini takdir mereka berdua berubah.Dia mendekati balkoni biliknya.
Bekas rokok yang ada di tepi sliding door itu dikeluarkan.Pemetik api dinyalakan dan dihala pada cek tujuh puluh ribu ringgit itu.Dengan hanya beberapa saat cek itu terbakar dan musnah didepan matanya.
Abu-abu kertas itu bertebaran seperti sekeping hatinya yang hancur.Dia bangkit dari duduknya dan keluar dari bilik.
Kakinya berani melangkah ke arah ruang tamu rumah.Disitu Tengku Sri Khadijah dan Tengku Najhan sedang berbual.
"Hai brother...sejak bila brother Nayla tak keluar lepak?"soal Tengku Nayla yang datang dari dapur.Tengku Sri Khadijah memandang Tengku Aqeev.
"Qeev ada benda nak cakap ke?"soal Tengku Sri Khadijah.
Tengku Nayla melabuhkan punggung disebelah bondanya.
Tengku Aqeev memandang keluarganya.Dia duduk di kerusi dihadapan mereka.
"Qeev kamu tak sihat ke?"soal Tengku Najhan.
"Sihat cuma Qeev ada benda nak kongsi dengan Bonda dan Ayahanda.Dan Qeev harap semua dapat terima apa yang Qeev sampaikan ni.Sebelum tu Qeev nak minta maaf banyak-banyak terlebih dahulu" ucap Tengku Aqeev ikhlas.
Tengku Nayla mengerutkan dahinya sehingga berlapis.Jarang Tengku Aqeev sebegini.
"Brother you dah kenapa buat tabiat ke apa tiba-tiba minta maaf? You dah nampak malaikat maut ke?"soal Tengku Nayla.
"Tengku Nayla mind your words... don't be rude"tegur Tengku Najhan.Tengku Najhan memandang Tengku Aqeev.
"Apa dia yang kamu nak beritahu tu? Ceritalah dengan kami?"soal Tengku Najhan.
"Sebenarnya....."
**********
"Uishhh....nikmatnya dapat makan cekodok Mummy Thia malam-malam macam ni.Hilang semua penat kerja.Nasib rumah aku selang satu dengan rumah kau takdelah Mak Ina nak bising kalau anak dara dia hilang"ucap Laila sambil menikmati cekodok yang dibuat Thia.
Thia memandang Laila.
"Dia datang butik aku siang tadi"ucap Thia setelah lama dia pendam untuk luahkan.Laila meletak cekodok dalam pinggan.
Dia melihat tangan muka Thia segala.
"Kau dah kenapa? Tangan kau berminyak..."ucap Thia menepis tangan Laila.
"Kau ada cedera dekat mana-mana ke? Dia pukul kau ke?"soal Laila yang risau pada Thia.
"Ishhhh....mana ada dia datang butik aku je bukan pukul aku"ucap Thia menjelaskan situasi.
"Ohh...habis dia buat apa datang jumpa kau.Ni mesti merayu dekat kau untuk balik pada dia.Kau jangan termakan kata-kata buaya tu ya" Laila memberi amaran.
"Dia datang pasal surat tuntutan penceraian tu.Dia marah sebab aku buat keputusan tak bincang.Lepastu dia sentuh pasal Faeeq"ucap Thia.
Laila buat muka tak puas hati.Thia ni bukan boleh orang ayat sikit nanti cair macam aiskrim.
"Kenapa dia nak rampas Faeeq dari kau? Berani dia buat macam tu? Tak tahu malu...lepastu dia cakap apa lagi dengan kau?"ucap Laila.
Thia memegang tangannya.
"Dia nak aku bagi dia peluang untuk jaga aku dengan Faeeq.And one more thing Laila dia bukan buaya"ucap Thia membetulkan ayat Laila.
Laila tergelak kecil.
"Amboi back up baik nampak...kau jangan lupa apa yang jadi dulu?.Kalau dia bukan buaya, dia tak ngap kau dulu"ucap Laila mengingatkan Thia.
"Entahlah aku tak kisah kalau dia nak jumpa Faeeq.Ya aku tak boleh putuskan hubungan anak dan bapa.Tapi dia nak aku dengan Faeeq.Bukan Faeeq sorang. That's why aku nak dia lepaskan aku cukup tiga tahun dia tanggung dosa aku"ucap Thia.
"Kau cakap apa ni Thia? Dosa apanya?"soal Laila tidak faham.
"Sebab aku tinggalkan dia waktu status aku adalah isteri dia.Tak ke ibarat aku keluar tanpa izin dia"ucap Thia.
Laila menepuk dahinya.
"Thia....kau buat keputusan yang betul malam tu.Walaupun ya aku tahu masa kau lari tu kau isteri.Tapi dia anggap kau isteri dia ke masa tu"ucap Laila dengan nada serius.
Thia diam.
********
Pang! Satu tamparan kuat hinggap dipipi Tengku Aqeev.Seluruh mereka yang ada diruang tamu kaku dan tidak mampu bersuara.Tengku Sri Khadijah sudah menangis teresak-esak.
Tengku Aqeev memandang wajah Bonda yang begitu kecewa dengannya.Apatah lagi wajah Tengku Najhan yang sedang merenungnya ibarat mahu membunuh sahaja dirinya malam ini.
"Masa kau buat mana pergi otak kau!!!! Aku dari kau kecil hantar pergi sekolah bagus.Aku bagitahu kawan-kawan aku yang anak aku ni belajar dekat tahfiz.Baik budi pekerti.... hormat orang tua...ilmu agamanya tinggi...tapi apa yang kau buat ni tak melambangkan akhlak kau!!!"ucap Tengku Najhan yang sudah merah wajahnya menahan amarah.
Tengku Aqeev melutut dihadapan Tengku Najhan.Tengku Nayla yang melihat hanya terkejut dengan apa yang berlaku.
"Qeev minta maaf pada Ayahanda dan Bonda sebab kecewakan semua.Qeev betul-betul mengaku Qeev salah.Qeev berdosa pada dia.Sebab tu Qeev terus terang dengan Bonda dan Ayahanda.Qeev minta maaf"ucap Tengku Aqeev bergenang air matanya.
"Memang patut pun "isteri" kamu tu buat tuntutan penceraian pada kamu.Kalau benda tu jadi pada Tengku Nayla adik kamu ni, Ayahanda sokong tindakan dia.Biar kamu sedar semua yang miliki hari ni bukan bersifat kekal"ucap Tengku Najhan.
Airmata Tengku Aqeev mengalir laju.Dia mengenggam tangannya.
"Qeev nak selamatkan rumah tangga Qeev dan Qeev nak tebus balik apa yang Qeev buat selama ni.Qeev nak minta maaf pada Thia dan Faeeq walaupun sukar sebenarnya Thia nak maafkan Qeev"ucap Tengku Aqeev mengesat hujung matanya.
"Kenapa Qeev buat dia macam tu? Bonda betul-betul kecewa dengan Qeev"ucap Tengku Sri Khadijah terus bangkit dari duduknya dan meninggalkan ruang tamu.
"Bonda!!"panggil Qeev.Tengku Sri Khadijah langsung tidak berpaling.
"Kamu dengar sini baik-baik Tengku Aqeev Alauddin.Selagi kamu tak selesaikan masalah ni.Jangan kamu panggil Ayahanda dan Bonda dengan mulut kamu!!!"ucap Tengku Najhan memberi amaran turut meninggalkan ruang tamu.
Tengku Nayla memandang Tengku Aqeev yang masih melutut di depannya.
"I never thought my brother would like this"ucap Tengku Nayla turut meninggalkan dia.Ruang tamu rumah ini menjadi sunyi dan sepi.
Dia bangkit dari melututnya.Dia mengesat air matanya yang masih mengalir.
**************
Tengku Aqeev memberhentikan kereta sedikit jauh dari rumah Thia.Dia menurunkan tingkap untuk memerhati Faeeq dan isterinya itu.Kalaulah dia tak buat silap mesti sekarang ni mereka hidup bahagia.
Cincin milik Thia dijadikan rantai lehernya.Dia menaikkan tingkap keretanya dan berlalu dari situ.
Thia rasa berpaling melihat luar pagar.Dia rasa macam ada orang yang memerhati tapi mungkin perasaannya saja.Dia memandang Faeeq yang bermain bola.
Tengku Aqeev bertemu dengan peguam peribadinya bagi membincangkan beberapa isu yang diwarkan terutama soal sijil kelahiran Faeeq.Dia mahu permohonan untuk pertukaran nama itu diluluskan.
"Terima Kasih Tuan Sulaiman sebab tolong saya untuk uruskan permohonan tu"ucap Tengku Aqeev memasukkan tangan sebelah kanan dalam poket seluarnya.
"Itu memang tugas saya Tengku.Macamana dengan prosedur tuntutan penceraian tu?"soal Tuan Sulaiman.
Tengku Aqeev menarik nafasnya.
"Saya setuju untuk diadakan perbicaraan tapi saya minta satu je...saya harap saya ada peluang untuk perbaiki hubungan dengan isteri saya"ucap Tengku Aqeev mengharap walaupun sekali.Ya sekali saja.
Tuan Sulaiman mengangguk perlahan dan menepuk bahu Tengku Aqeev yang sudah seperti anaknya itu.
********
"Qeev dah bagitahu dekat Pak Engku dan Mak Engku?"soal Syed Uwais bagai tidak percaya.
Tengku Nayla mengangguk perlahan.Dia pun masih marah sebenarnya dengan Tengku Aqeev.Lagi-lagi bila dia tengok Tengku Sri Khadijah dan Tengku Najhan langsung tidak peduli dengan Tengku Aqeev.Mereka seakan menghukum Tengku Aqeev.
"Marah diaorang? Aqeev pula macamana?"soal Syed Uwais ingin tahu lagi.
"Bonda dengan Ayahanda kecewa dengan dia dan tak nak cakap langsung dengan dia.I sebenarnya kesian dengan my brother tu.Buat pertama kali dalam hidup I, I tengok dia nangis teruk sangat"cerita Tengku Nayla pada Syed Uwais.
Syed Uwais terdiam.Betullah orang kata karma tu wujud.Tapi sama ada didunia ataupun akhirat pasti akan kena.
Farhan mengikut langkah Tengku Aqeev memasuki kedai permainan Toy R Us dia memilih jenis permainan yang bersesuaian dengan umur Faeeq.
"Tengku minta maaf tanya? Tengku beli untuk siapa?"soal Farhan.Tengku Aqeev yang sedang membelek-belek menggariskan senyuman.
"Untuk anak akulah siapa lagi"ucap Tengku Aqeev berjalan ke arah lain pula.
"Anak? Sejak bila Tengku kahwin?"soal Farhan dalam hati.Tak ajak pun....
Tengku Aqeev mengeluarkan "black card" dan diberi pada petugas dikaunter pembayaran.Farhan baru mahu mengambil hadiah yang Tengku Aqeev beli tapi tangan Tengku Aqeev lebih laju.
"Jom..."ucap Tengku Aqeev pada Farhan.
Sampai di rumah Mak Ina orang yang menjaga Tengku Aqeev sewaktu Thia bekerja.Dia melihat-lihat.
"Asalamualaikum......"ucap Tengku Aqeev.Dalam beberapa saat seorang wanita yang lingkungan 50 an keluar dari rumah.
"Walaikumusalam....Encik ni?"soal Mak Ina.
"Saya Aqeev... bapa kandung Faeeq.Boleh saya jumpa dia kejap"ucap Tengku Aqeev.
"Tapi Thia tak bagi jumpa Faeeq.Mak Ina takut kalau Thia marah nanti"ucap Mak Ina.
Tengku Aqeev tersenyum tawar.
"Tapi kalau kejap Makcik izinkan.Faeeq!!"panggil Mak Ina.
Tengku Aqeev memandang wajah yang baru keluar dari rumah.
"Faeeq ni Daddy"ucap Tengku Aqeev menghulurkan tangan pada Faeeq untuk dipeluknya.
Faeeq datang terus memeluk tubuh Tengku Aqeev tanpa banyak cakap.Tengku Aqeev mencium ubun dan pipi Faeeq lama.
"Maafkan Daddy... Faeeq...maafkan Daddy"ucap Tengku Aqeev memeluk tubuh itu.Mak Ina menyeka airmatanya.
Tengku Aqeev melepaskan pelukannya.Dia memberi hadiah pada Faeeq.
"Daddy ada hadiah untuk Faeeq.Daddy tak pernah nak sambut hari jadi Faeeq jadi Daddy belikan tiga toys untuk Faeeq.Faeeq suka?"soal Tengku Aqeev mengusap pipi si kecil itu.
"Suka...thank you Daddy..."ucap Faeeq mencium pipi Tengku Aqeev.Tengku Aqeev bangkit dan menghulurkan Faeeq pada Mak Ina.
"Terima Kasih Mak Ina... sebab bagi saya jumpa Faeeq"
"Sama-sama... walaupun Mak Ina tak tahu apa yang pernah berlaku antara kamu dengan Thia.Cuma Mak Ina harap kamu sabar"ucap Mak Ina.
Tengku Aqeev mengangguk.
"Bye Faeeq Daddy balik dulu kalau ada rezeki kita jumpa lagi"ucap Tengku Aqeev terus menuju ke dalam kereta.Farhan terus memandu meninggalkan kawasan perumahan itu.
********
Thia melihat Faeeq bermain dengan permainan baru ada banyak pula tu.Takkan Mak Ina beli.Ini semua berjenama ni.Dia pun paling-paling belikan kedai biasa sahaja.
Thia duduk berhadapan dengan Faeeq.
"Faeeq....siapa belikan Faeeq mainan?"soal Thia sengaja menyoal mana tahu Faeeq akan bagitahu.
"Daddy belikan..."ucap Faeeq.Thia mengerutkan dahi "Daddy". Faeeq selalu panggil Syed Uwais "Daddy".Takkan Syed Uwais yang bagi?.
Dia mengambil telefonnya dan menaip sesuatu.
Thia : Asalamualaikum.... Tuan ke yang bagi hadiah dekat Faeeq?.
Ting!
Tuan Syed: Walaikumusalam...tak ada.Saya dekat Singapore sekarang petang tadi baru sampai"
Thia terdiam dia memandang Faeeq yang sedang bermain.Dia mula rasa ada sesuatu yang tidak kena.Kalau bukan Syed Uwais takkan Tengku Aqeev?.
Tengku Aqeev melihat rumahnya sunyi sepi.Dia ke arah dapur melihat Mak Wan sedang mengemas dapur.
"Mana semua orang Mak Wan?"soal Tengku Aqeev.
Mak Wan serba salah nak cakap.Tapi Tengku Aqeev perlu tahu juga.
"Tengku Sri Khadijah dan Tengku Najhan diaorang makan dekat luar malam ni"ucap Mak Wan.
"Nayla sekali?"
"Mungkin.Tengku nak makan ke? Mak Wan boleh siapkan?"
Tengku Aqeev hilang senyum.
"Takpelah Mak Wan.Lepas ni Mak Wan rehat saya pun penat.Selamat Malam"ucap Tengku Aqeev berjalan dengan langkah berat ke arah atas.
Thia memandang Faeeq yang setia memegang hadiah itu.Tiba-tiba hatinya rasa panas pula.Dia dapat rasakan Tengku Aqeev jumpa dengan Faeeq siang tadi.
Thia memandang Faeeq yang setia memegang hadiah itu.Tiba-tiba hatinya rasa panas pula.Dia dapat rasakan Tengku Aqeev jumpa dengan Faeeq siang tadi.
Share this novel