BAB 15

Drama Series 98810

Thia melangkah ke arah katil.Dia memandang Faeeq yang lena dipelukkan Tengku Aqeev.Rasa bersalah kerana Faeeq selalu melalui traumanya setiap malam.

Dia mengalihkan pandangan matanya pula pada Tengku Aqeev.Bercalar muka lelaki itu dengan cakarannya tadi.Dia mahu menyentuh tapi dia takut kalau lelaki itu tak suka.

Dia membaringkan diri disebelah Faeeq yang berada di tengah-tengah antara Tengku Aqeev dan dirinya.

Dia tak sangka Tengku Aqeev boleh nampak segala-galanya apa yang jadi tadi.

Kepalanya berat dan di terlelap disitu tanpa dia sedar.

Kedengaran azan subuh berkumandang Thia tersedar dari lenanya dan dia melihat Tengku Aqeev sedang bersiap-siap.Dia bangkit dan melihat Faeeq masih tidur.

Tengku Aqeev pandang pada Thia yang sudah bangun.

"Awak nak solat subuh sekali ke? Saya tunggu awak"ucap Tengku Aqeev tenang.Thia bangkit turun dari katil.

"Saya pergi siap kejap"ucap Thia terus keluar dari bilik.Tengku Aqeev mengangguk dan duduk disebelah Faeeq.Sebenarnya dia terkejut apabila bangkit pagi tadi menyedari Thia tidur di bilik ini.

"Daddy!!!" suara Faeeq menghentikan lamunan.Faeeq memeluk tubuh Tengku Aqeev.

"Kenapa sayang? Nak solat juga ke?"soal Tengku Aqeev mencium pipi Faeeq.

"Mummy!!!"ucap Faeeq.

Thia masuk ke dalam bilik bawah semula selepas bersiap-siap untuk solat bersama.Dia membawa botol susu Faeeq sekali.Semalam anaknya itu tak dapat habiskan susu apabila tiba-tiba dia mengamuk.

"Mummy ada dekat sini"ucap Thia mendekati Faeeq.Tengku Aqeev memberi ruang pada Thia.
Thia duduk disebelah Faeeq.

"Mummy okay?"soal Faeeq.

Thia senyum.Tengku Aqeev nampak mata Thia sembam mungkin banyak menangis.

"Jom solat.Saya harap awak tak kisah kalau saya nak imamkan awak harini"ucap Tengku Aqeev pada Thia.

Thia memegang pipi Faeeq.Botol susu diberikan pada Faeeq.

"Mummy solat kejap nanti Mummy siapkan sarapan"ucap Thia sebelum mengambil tempat dekat sejadah yang sudah dibentangkan oleh Tengku Aqeev.

Tengku Aqeev terus mengambil tempat di kerusi.Dia mengangkat takbir dengan perasaan sebak.

Untuk pertama kali dalam tiga tahun dia dapat imamkan isterinya sendiri.Dia berharap perkara ini akan dia lalui setiap pagi.

Selesai solat Tengku Aqeev membaca doa selepas solat.Mereka berdua mengaminkan bacaan doa.Tengku Aqeev masih tidak berpaling.Thia rasa janggal dengan apa yang berlaku malam tadi.

Dia mendekati Tengku Aqeev.Tengku Aqeev beralih pandangan pada Thia.

"Saya minta maaf pasal malam tadi.Saya betul-betul tak sengaja nak pukul awak semalam"ucap Thia terus tidak mahu menyimpan lagi.

Tengku Aqeev memandang Thia.

"Saya faham apa yang awak lalui...dan semua tu datang dari pada saya.Saya punca kenapa awak jadi macam tu.Awak tak salah Thia...saya yang buat awak rasa macam tu..jadi awak memang patut lepaskan semuanya pada saya..."ucap Tengku Aqeev dengan perlahan.Tangannya mahu menyentuh wajah Thia tapi dia takut Thia tak suka jadi dia menarik kembali tangannya.

Thia hanya diam.Dia mengesat airmatanya yang mengalir dihujung matanya.

Tengku Aqeev bangkit dari duduknya dan melangkah ke arah Faeeq yang sedang menyusu.

"Anak daddy ni pampers dah penuhlah dan masyam.Nak Daddy mandikan tak?"ucap Tengku Aqeev.Thia melipat sejadah dan terus keluar dari bilik.

Dia perlu menyiapkan sarapan dan makan tengahari untuk Tengku Aqeev.Senang nanti Tengku Aqeev nak makan kalau dia berada di butik.

Tengku Aqeev membuka mengurut rambutnya ke belakang.Dia tahu Thia masih susah nak maafkan dia.Dan situasi semalam dah buka matanya sekarang.

******

Tengku Nayla turun untuk bersarapan bersama-sama dengan Tengku Sri Khadijah dan Tengku Najhan.

"Nayla pergi mana semalam satu hari tak nampak?"soal Tengku Sri Khadijah.

Tengku Nayla menghirup air teh panas didepannya.

"Nayla tak ada sehari Bonda sibuk tanya? Abang Qeev hampir mati tak nak tanya pulak?"perli Tengku Nayla mengigit kuih karipap.

Tengku Najhan berhenti mengunyah.

"Apa yang kamu cakap ni Nayla?"soal Tengku Najhan.

"Bonda dan Ayahanda tahu ke apa yang berlaku sekarang ni? Apa yang Abang Qeev tengah lalui sekarang ni?"soal Tengku Nayla memandang kedua-dua mereka.

"Cuba kamu cakap biar jelas Tengku Nayla"ucap Tengku Sri Khadijah.

Tengku Nayla meletakkkan tangannya atas meja.Dan tersenyum senget.

"Nayla cuma nak maklumanlah.Abang Qeev jatuh bot lima hari lepas dekat Pahang"ucap Tengku Nayla.

Tengku Sri Khadijah dan Tengku Najhan nampak terkejut.

"But it's okay...you guys berdua tak nak ambil tahu pasal Abang Qeev jadi that's enough information"ucap Tengku Nayla bangkit dari kerus yang diduduknya.

"Nayla!!! Qeev dekat mana? Kenapa dia tak balik sini?"soal Tengku Sri Khadijah.Tengku Nayla berpaling memandang Bonda.

"Bukan ke Bonda pulaukan dia, jangan risau dia okay dengan orang yang jaga dia"ucap Tengku Nayla terus keluar dari rumah.

Dia perlu ke pejabat Tengku Aqeev untuk mengganti tempat Tengku Aqeev sementara.

*******

Thia menyiapkan sarapan sementara Faeeq memakai baju selepas mandi.Thia hanya membiarkan sahaja Tengku Aqeev dengan Faeeq.

"Faeeq cepat makan lepas tu boleh pergi rumah Nek Ina"ucap Thia.Tengku Aqeev memimpin Faeeq ke ruang makan.

"Saya kan ada kenapa nak hantar Faeeq pergi rumah Mak Ina"ucap Tengku Aqeev.Thia meletakkkan mi goreng.

"Awak kan nak rehat? Nanti kalau saya tak ada dekat rumah Faeeq nak buang air besar ke atau nak kencing ke? Awak nak kena uruskan dia.."ucap Thia.

"Takpelah Thia....saya boleh tengokkan Faeeq"ucap Tengku Aqeev yang bersungguh-sungguh nak jaga Faeeq.

"Tak!!! saya nak hantar Faeeq juga pergi rumah Mak Ina"ucap Thia mahu ke dapur ambil air.

"Ke awak takut saya bawa lari Faeeq"ucap Tengku Aqeev pada Thia.Thia hanya diam tidak bergerak.

Tengku Aqeev mendekatkan dirinya pada Thia.Dia memegang bahu Thia.Thia mengelak darinya.

"Jangan sentuh saya!!"ucap Thia tegas.Terus dia mahu meninggalkan ruang makan.Tengku Aqeev dengan cepat memegang kemas tangan Thia.

"Okay fine!!! tapi sarapan sekali dengan saya.Awak tak makan apa dari semalam"ucap Tengku Aqeev memujuk hati Thia.Dia melepaskan sentuhan tangan pada isterinya itu.

Dia takut kalau dia beremosi nanti.Tengku Aqeev duduk disebelah Faeeq.Thia menarik nafasnya dalam-dalam dan melabuhkan punggung duduk bersarapan sekali dengan Faeeq dan Tengku Aqeev.

Meja sarapan mereka sunyi tanpa sepatah bicara.Selesai bersarapan Thia terus menghantar Faeeq ke rumah Mak Ina dan pergi ke butik.

Tinggal Tengku Aqeev sendirian di rumah, Dia mencapai telefon yang baru dia beli oleh Farhan tempohari.

Dia duduk berfikir lama di ruang tamu.Kepalanya serabut dengan macam-macam perkara.

******

"Sekarang ni kau nak buat apa.Kau nak terima dia balik lepas apa dia buat dekat kau dulu.Dia kejam tau Thia" panjang lebar Laila memberikan nasihat.

"Aku buntu... Laila. Faeeq perlukan dia"ucap Thia.Dia buntu sama ada harus korbankan diri dia untuk Faeeq dapat kasih sayang seorang bapa?.

"Aku tahu Thia yang kau nak Faeeq dapat kasih sayang seorang Ayah.Tapi perlu ke kau korbankan diri untuk manusia yang buat kau merana selama ni?.Apa yang kau tangguh selama ni kau tak fikir ke?"panjang lebar Laila membebel.

"Aku rasa dia banyak berubah Laila.Tapi aku tak tahu kenapa hati aku berat sangat nak terima dia balik.Apa yang dia buat dekat aku dulu sentiasa menghantui aku"ucap Thia.

Laila diam dia tahu Thia nak yang terbaik untuk Faeeq.

"Okay aku nampak dia berubah dari seorang yang pentingkan diri kepada seorang yang caring.But Thia...kau kena baiki diri kau dulu baru kau boleh terima dia"ucap Laila pada Thia.

"Maksud kau?"

Laila berjalan ke arah Thia.Dia memeluk bahu kawannya itu.

"Thia...kau lepaskan masa silam tu.Jangan biarkan dia terus tenggelam dalam diri kau.Kau pasti faham maksud aku kan?. Faeeq datang dari dia.Kalau tak ada dia Faeeq takkan wujud dengan kau sekarang.Masa lalu kau yang buatkan kaki kau berdiri dekat satu tempat je"

Laila adakala memberi nasihat ada betul ada kalanya tak betul.

"Kau fikir apa yang aku cakap ni Thia.Aku nak yang terbaik untuk kau dan Faeeq"

Thia diam.Thia menerima kata-kata Laila.Dia rasa dia perlu bagi peluang pada lelaki itu.Mungkin itu yang terbaik.Kita sendiri tak boleh jangka masa depan kita kelak.

**********

Shadow datang berjumpa dengan Tengku Aqeev di rumah Thia.

"Sorry minta kau datang jumpa aku dekat sini.Sebab minggu depan baru aku masuk pejabat"ucap Tengku Aqeev.

"Tak pe bos saya faham.Ni yang bos minta saya carikan"ucap Shadow menyerahkan kertas putih itu pada Tengku Aqeev.

Tengku Aqeev membaca laporan itu.Dan dia memandang wajah Shadow.

"Betul ke apa yang ada dalam laporan ni?"soal Tengku Aqeev dengan wajah serius.

Shadow serba salah nak bagitahu Tengku Aqeev.

"Betul Tengku semua maklumat ni saya dapat dari sumber yang betul.Memang Puan Thia ada pernah dapatkan rawatan"ucap Shadow.

Tengku Aqeev mengigit bibirnya.

"Tengku nak maklumat semua untuk dapatkan hak penjagaan Faeeq ke?"soal Shadow.Tengku Aqeev hanya diam sahaja.

Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan mendail nombor Tuan Sulaiman peguam peribadinya.

Shadow hanya diam sementara Tengku Aqeev berbincang.Tengku Aqeev selesai berbincang dengan Tuan Sulaiman.

"Thanks shadow"ucap Tengku Aqeev pada PI peribadinya itu.Dia perlu buat sesuatu.

********

Thia membuka pintu rumah sebaik sahaja sampai dirumah.Faeeq berlari ke arah Tengku Aqeev yang sedang duduk diruang tamu.

"Thia...ada benda saya nak cakap dengan awak"ucap Tengku Aqeev.Thia berjalan ke arah lelaki itu.

Thia terpaksa mendongak memandang lelaki itu yang tinggi.Tengku Aqeev mengangkat tubuh kecil itu kepangkuannya.

"Ada apa yang penting awak nak cakap?"soal Thia.

Tengku Aqeev menarik nafasnya dalam-dalam sebelum melepaskan yang terbuku dihati.

"Thia...awak memang tak nak terima saya semula ke?"soal Tengku Aqeev penuh debar.

Thia diam tidak bersuara.Kebisuan Thia telah memberi jawapan pada Tengku Aqeev.Dia mengangguk perlahan.

"Okay saya faham..."

Thia pelik.Dia tak cakap apa-apa lagi pun.Apa yang Tengku Aqeev faham?.

"Saya dah buat keputusan Thia....dan saya rasa keputusan ni baik untuk kita berdua..."ucap Tengku Aqeev.

Hati Thia rasa debar.

"Keputusan apa?"soal Thia.

Tengku Aqeev mengucup Faeeq yang berada dalam rangkulannya.Thia memandang Faeeq yang berada dekat suaminya itu.

"Awak nak ambil Faeeq daripada saya ke?"soal Thia pada Tengku Aqeev.Tengku Aqeev kali ini diam pula.

Sememangnya keputusan yang dia buat tak cukup menguatkan dirinya.Tapi dia harus demi masa depan masing-masing.

Sememangnya keputusan yang dia buat tak cukup menguatkan dirinya.Tapi dia harus demi masa depan masing-masing.Apa keputusan Tengku Aqeev?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience