BAB 16

Drama Series 98796

Tengku Aqeev mencium pipi Faeeq dan menyerahkan Faeeq pada Thia.Thia memeluk anaknya.

"Saya rasa ini yang terbaik untuk kita semua.Saya tak nak ada yang terluka sebab saya lagi.Saya tak nak luka awak bertambah dalam"ucap Tengku Aqeev memandang mata Thia.

Dia mengeluarkan sesuatu untuk Thia.Sampul kecil itu diserahkan pada tangan isterinya.

"Apa ni?"soal Thia.

"Ini nafkah dan perbelanjaan untuk awak dan Faeeq.Untuk tiga tahun yang saya tak dapat laksanakan tanggungjawab dan awak boleh ambil bila-bila yang awak nak"ucap Tengku Aqeev tenang.

Thia membuka sampul itu dan mendapati ada kad bank.Warna kad bank itu setahunya limited untuk orang kayangan sahaja.

"Saya tak perlukan ni"ucap Thia mahu menolak.

"Hadiah untuk Faeeq dan Awak"ucap Tengku Aqeev.Thia pelik dengan kelakuan Tengku Aqeev.

"Saya akan tunaikan permintaan awak Thia.Demi tengok awak pulih, saya lepaskan kebahagiaan saat sendiri untuk awak gembira dengan Faeeq"

Tengku Aqeev mengundurkan dirinya sedikit memberi ruang antara mereka.Dia menggengam tangannya kuat.

"Awak isteri yang baik pada saya dan ibu yang terbaik pada Faeeq.Terima kasih...sebab masih sudi anggap saya Daddy Faeeq.Saya takkan lupa tu.Maafkan saya andai saya menjadi penghalang untuk awak bergerak ke hadapan"ucap Tengku Aqeev menahan sebak.


Airmata Thia mengalir sebaik sahaja mendengar kata-kata Tengku Aqeev.

"Nur Fathia saya lepaskan awak dengan talak satu."ucap Tengku Aqeev.Thia terdiam membisu.Lelaki itu terus melangkah keluar dari rumah Thia dengan menahan sebak.

Thia memeluk tubuh Faeeq rapat.Tengku Aqeev mengalah untuk mengejarnya.Tengku Aqeev memandu beredar dari rumah Thia.Dan kalau boleh dia nak hilang terus dari dunia ni lagi baik.

Thia terduduk di lantai.Dia tak sangka begitu cepat lelaki itu mengalah untuknya.Itu yang dia minta dulu pada lelaki itu.Dia yang nak lelaki itu lepaskan dia?.

**********


Tengku Sri Khadijah dan Tengku Najhan sedang duduk dikerusi tepi kolam renang terdengar bunyi kereta masuk ke dalam laman rumah.

"Itu Qeev balik rasanya"ucap Tengku Sri Khadijah bangkit melihat.Tengku Aqeev keluar dari kereta dan berjalan masuk terus tanpa bertegur.

Tengku Sri Khadijah mendekati Tengku Aqeev.Dia melihat anaknya yang jalan tidak seperti biasa.

"Qeev kenapa ni?"soal Tengku Sri Khadijah.Tengku Nayla yang berada di tangga hanya memerhati.

Tengku Aqeev hanya diam.Dia mengesat airmatanya kasar.Terus dia berjalan melepasi tubuh Tengku Sri Khadijah mahu ke tangga.Dia mendaki tangga memandang Tengku Nayla.

Tengku Nayla melihat keadaan Tengku Aqeev yang nampak serabut.Tengku Aqeev terus naik tanpa berkata sepatah terus ke bilik.Tengku Nayla berlari-lari anak ke bilik Tengku Aqeev.

Tengku Aqeev duduk dipenjuru katil.Dia meramas rambutnya kasar.Hidupnya dah musnah.Semua musnah atas tangannya sendiri.Tengku Nayla mengetuk perlahan pintu bilik itu.

"Abang....buka pintu ni...."ucap Tengku Nayla memulas tombol pintu.Bilik itu gelap gelita seakan sengaja tidak membuka lampu.Dia berjalan mendekati arah katil.

Dia melihat Tengku Aqeev yang menundukkan wajahnya pada lutut atas lantai.

Tengku Sri Khadijah dan Tengku Najhan berdiri didepan pintu.Mereka tidak tahu apa yang dilalui oleh anak lelaki mereka itu.

"Abang Qeev...."seru Tengku Nayla memegang lengan baju Tengku Aqeev.Tengku Aqeev memandang pada Tengku Nayla.Airmatanya semakin lebat.

"What happened?"soal Tengku Nayla.Dia tak pernah nampak keadaan Tengku Aqeev sebegini.Tengku Aqeev memegang tangan kuat.

"I....I....I .... already let her go....."ucap Tengku Aqeev menangis teresak-esak.Tengku Nayla terus memeluk tubuh Tengku Aqeev.Tubuh itu terhinjut-hinjut tidak dapat menahan kesakitan melepaskan Thia.

"Why do you do that? you say you love her?"soal Tengku Nayla.Tapi Tengku Aqeev terus tenggelam dalam kesedihan.Dia tiada kekuatan.

Tengku Sri Khadijah turut menangis dalam pelukan Tengku Najhan.Esakan Tengku Aqeev kuat malam itu.

********

Syed Uwais nampak terkejut dengan cerita Tengku Nayla.Dia tak sangka Tengku Aqeev akan melepaskan Thia.Sebelum ini kawan baiknya itu begitu tekad nak dapatkan Thia semula.Tapi kenapa tiba-tiba Tengku Aqeev buat keputusan sebegitu.

"Habis sekarang ni apa yang Qeev nak buat?"soal Syed Uwais.

Tengku Nayla menyedut minumannya dan memeluk tubuhnya.

"Entah.... mungkin pergi mahkamah untuk rasmikan penceraian.Nayla pun tak tahu apa nak buat?.Bila ditanya...dia tak nak jawab kenapa dia lepaskan Thia sedangkan dia masih sayangkan perkahwinan ni"ucap Tengku Nayla.

"Sekarang dia dekat mana?"soal Syed Uwais pada Tengku Nayla.

"Pagi pergi pejabat balik terperap dalam bilik tak bercakap dengan Bonda dan Ayahanda"ucap Tengku Nayla.

"Thia tak ada telefon ke?"soal Syed Uwais.

"Syed... Thia pun mungkin rasa sedih tapi tak tahulah kalau dia yang minta Abang Qeev lepaskan dia"ucap Tengku Nayla.

"Takpelah.... nanti I pergi jumpa Qeev"ucap Syed Uwais.

Tengku Nayla mengangguk perlahan.

*********

Thia memandang sampul yang diberi oleh Tengku Aqeev padanya.Dia duduk dalam bilik bawah yang menjadi tempat Tengku Aqeev bermalam beberapa hari dirumahnya.

Masih dia rasa kehadiran lelaki itu dalam rumah ini.Faeeq pun akan selalu cari Tengku Aqeev dekat dalam bilik ni.Thia terpaksa bohong yang Tengku Aqeev ada kerja jauh.

Kalau tidak pasti Faeeq akan mengamuk.Besok adalah hari mereka perlu selesaikan perkara ini di mahkamah.Thia tak tahu sama ada dia ada kekuatan untuk menghadap lelaki itu atau tidak.

"Mummy!!! Faeeq nak Daddy!"ucap Faeeq pada Thia.Tangannya mengusap rambut anaknya itu.

"Daddy kerja...nanti kita jumpa Daddy... Faeeq sayang Daddy ke?"soal Thia pada Faeeq.

"Sayang.... Daddy beli toys..."ucap Faeeq yang setia dengan mainan pemberian Tengku Aqeev itu.Dia mencium ubun Faeeq lama.

Syed Uwais mengetuk pintu pejabat Tengku Aqeev sebelum membuka pintu.Farhan kata Tengku Aqeev ada sahaja dekat dalam pejabat.Semua aktiviti luar dibatalkan kerana Tengku Aqeev tiada mood.

Pintu ditolak perlahan dan dia masuk ke dalam.Dia lihat Tengku Aqeev yang duduk di kerusi membelakangkan dirinya.

"Bukan kau nak kejar dia ke? Kenapa kau lepaskan dia pulak?"soal Syed Uwais melangkah masuk ke mendekati meja Tengku Aqeev.

"Aku nak yang terbaik untuk dia dan Faeeq.Aku tak nak jadi penghalang untuk dia terus tenggelam dalam sejarah hitam yang aku sendiri cipta"ucap Tengku Aqeev memicit kepalanya.

Syed Uwais memeluk tubuh.

"Terbaik untuk Thia..maksud kau?"soal Syed Uwais.

Tengku Aqeev bangkit dan berjalan ke arah jendela pejabatnya.

"Thia tak nak aku ada dengan dia...dia tak boleh terima aku...dan aku tak nak dia terus berdosa sebab aku.Kalau orang dah tak suka kita nak buat apa?. Semua aku dah buat...Syed... Aku ni hanya kenangan terburuk yang pernah hadir dalam hidup dia.Tak ada kenangan manis...."ucap Tengku Aqeev perlahan.

Syed Uwais menghembuskan nafas panjang.Dia melihat pada Tengku Aqeev yang kembali duduk di kerusi.

"Faeeq macamana?"soal Syed Uwais.

"Aku akan selamanya ayah kandung dia.Itu tanggungjawab aku sebagai seorang Ayah.Tapi aku serahkan hak penjagaan pada Thia.Aku tak nak ambil satu-satunya harta yang dia ada"ucap Tengku Aqeev.

Syed Uwais tersenyum senget.

"Habis kau bukan harta dia?"soal Syed Tengku Aqeev mengangkat pandangan matanya pada kawan baiknya itu.

"Entah....aku tak tahu isi hati dia...sebab dia tutup hati dia untuk aku ketuk.Dahlah aku ada banyak kerja nak buat sekarang"ucap Tengku Aqeev mengelak dari terus diasak pelbagai soalan dari Syed Uwais.

Syed Uwais mendekati Tengku Aqeev dan bahu kawannya itu ditepuk perlahan.

"Tak ada yang mustahil"ucap Syed Uwais terus berjalan keluar dari pejabat Tengku Aqeev.Tengku Aqeev meraup wajahnya.

*************


Thia memandang Faeeq yang sedang bermain sorang-sorang dihadapannya.Laila membawa air untuk Thia.Muk air diletakkan atas meja depan televisyen.

"Thia...."seru Laila melihat Thia seakan tenggelam dalam lamunan.Thia tersedar apabila Laila menegurnya.

Laila melabuhkan punggung disebelah Thia.Dia melihat kawan baiknya itu yang nampak sungul.

"Kau kenapa?"soal Laila.

"Tak ada apa-apa"

"Tipu....kau nak cerita dekat aku...aku sanggup dengar cerita kau"ucap Laila menawarkan telinganya untuk ditadah.

"Aku tak tahu nak mula dari mana...mungkin kau rasa aku ni tak adil kan sebab tak bagi peluang pada Daddy Faeeq untuk betulkan balik kesilapan dia"ucap Thia perlahan.

Laila menarik nafasnya.

"Thia....aku nak tanya kau satu soalan dan aku nak kau jawab jujur dengan aku, boleh?"soal Laila pada Thia.

Thia mengangguk perlahan.

"Okay.... sepanjang kau jumpa balik dengan Tengku Aqeev ni.Kau takkan tak ada perasaan yang kau sayang dekat dia.Maksud aku sayang pada suami kau?"soal Laila.Dia nak Thia buka hatinya.

"Aku tak tahu Laila.....aku baru nak cuba untuk terima dia...tapi aku tak sangka dia akan buat aku macam ni...kalau dia nak selamatkan rumah tangga ni, kenapa dia mengalah?"soal Thia.

Laila mencapai tangan Thia.

"Thia.... manusia ni ada tahap kesabarannya... lagi-lagi bila orang yang dia sayang tu buat tak tahu...tak peduli...pastu asyik salahkan dia...sesiapa pun akan pergi dari hidup kita..."terang Laila pada Thia.

"Maksud kau dia lepaskan aku sebab aku tak peduli dekat dia"ucap Thia.

"Aku cuma buat andaian je...tapi sebab dia tu aku tak tahu...besok kau nak pergi mahkamah kan?"soal Laila.

Thia mengangguk perlahan.

**********

Tengku Aqeev memakai songkok dikepalanya dan mahu keluar dari rumah.Tengku Nayla cepat-cepat turun dari tangga mengejar langkah Tengku Aqeev.

Tengku Aqeev membuka pintu terpandang Tengku Nayla yang kelam kabut semacam.Dengan bertudung serta berjubah bagai.

"Ehh Nayla aku bukan nak pergi kendurilah"ucap Tengku Aqeev membuka pintu kereta.

"Memanglah Nayla nak ikut Abang Qeev pergi mahkamah.Tahu Abang Qeev pergi dengan Farhan.Tak salah rasanya Nayla nak ikut"ucap Tengku Nayla terus masuk dalam kereta.

Tengku Aqeev malas nak banyak cakap.Dia pun turut masuk ke dalam kereta.Dia memandu dengan tenang.

Tengku Nayla memandang Tengku Aqeev dari tadi.
"Kau nak cakap? Pandang-pandang..."ucap Tengku Aqeev perasan Tengku Nayla tak lepas pandangnya.

"Abang Qeev tak menyesal ke lepaskan Thia macam tu je.Masih ada masa nak betulkan semua ni"ucap Tengku Nayla.

Tengku Aqeev hanya diam.

Persidangan mahkamah sedang berjalan.Tengku Aqeev kekal tenang sedangkan hatinya bergolak memikirkan macam-macam perkara.Thia terkejut apabila pihak mahkamah memberitahu hak penjagaan Faeeq diserahkan padanya.Dia memandang Tengku Aqeev yang mengangguk mengiakan keputusan hakim.

Selesai sidang penceraian Tengku Aqeev dan Nur Fathia.Thia mendekati Tengku Aqeev yang mahu pulang.Laila, Syed Uwais dan Tengku Nayla menanti dibelakang sahaja.

"Awak...."seru Thia perlahan.Tengku Aqeev memandang Thia disebalik kaca mata hitamnya.Thia menarik nafasnya dalam-dalam.

"Awak masih Daddy Faeeq....saya izinkan awak jumpa Faeeq.Tapi saya tanya kenapa awak lepaskan saya?"soal Thia dengan suara menggeletar.

Tengku Aqeev membetulkan spek matanya terlebih dahulu.

Dia memberikan senyuman.

"Saya kena tetap jadi Daddy Faeeq.Saya nak awak cari kebahagiaan Thia.Teruskan senyum ke depan jangan pandang masa silam.Asalamualaikum...."ucap Tengku Aqeev terus melangkah dengan berat hati.

Tengku Nayla memandang Laila dan Syed Uwais.Thia memandang lelaki itu yang berjalan tanpa berpaling padanya.

"Saya harap awak bahagia Thia... mungkin itu kebahagiaan yang paling awak nantikan..."

"Saya harap awak bahagia Thia... mungkin itu kebahagiaan yang paling awak nantikan..."

Share this novel

NUR FATHIA
2023-12-31 22:15:02 

???????????? kenapa aqvee cpt sgt mengalah? Thia knpa x nk luahkn perasaan tu?


NovelPlus Premium

The best ads free experience