Bab 19: Kahwin paksa

Humor Series 5367

" Iqlima...kau kenal ke dengan si Aeif tu.. . " tanya Sarah.

Sengaja Sarah bertanya begitu kerana dia melihat ada tak kena di mata Iqlima apabila melihat Arif.

Diorang bercinta kah?

Tak mungkin...

Iqlima senyap....

" Iqlima... aku tanya kau ni. " kata Sarah

" Hah ? Apa? "

" Kau ada apa-apa ke? dengan Arif? " tanya Sarah sekali lagi.

" Hah ? Arif? mana ada... " nafi Iqlima

" Fuh...nasib baik... "

" kenapa? " tanya Iqlima

" sebenarnya...dia lah lelaki tu...yang aku suka.... " kata Sarah

Ape ni ?
adakah aku sedang bermimpi?
kenapa hati aku sakit?

*****************************************

Arif memejam mata nya. Fikirannya melayang teringatkan Seorang perempuan...Iqlima....

Kenapa dia kerap muncul dalam mimpi aku?
Mengapa dada aku asyik berdebar teringatkan dia?
kenapa dia muncul kembali?

Berbagai macam persoalan yang muncul di minda nya.

Arif melangkah ke dapur.

Telinganya menangkap perbualan Baba dan Umi nya.

" Abang dah nekad. Abang nak satukan Sarah dan Arif " kata Encik Osman

" Abang....Kenapa nak buat keputusan terburu buru...Arif tu kan muda lagi. Entah dia suka ke tak dekat Sarah tu. Kita kena tanya dia dulu bang...Mana lah tau. dia ada pilihan dia sendiri " kata Puan Maria

" Mar... ni lah salah satu cara kita nak eratkan hubungan kita dengan Wahid tu. Mar pun tahu kan...Abang terhutang budi dengan Wahid "

" Iya...tu Mar tahu...tapi "

" Dah tak ada tapi-tapi...keputusan Abang muktamad ! "

Arif membulatkan mata..

' Serius la..aku kena kahwin dengan sarah. Tapi aku tak cintakan dia. ' aku tak mungkin kahwin dengan dia '

Aku suka....Iqlima

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience