Bab 26

Romantic Comedy Series 5493

" Sarah, tunggu sini kejap tau. Ummu tertinggal barang kat atas " kata Ummu kemudian ber lalu pergi meninggalkan Sarah di parking kereta itu

" Hmmm..Belum cakap apa-apa dah pergi. Ok la. Sarah tunggu " Sarah mencebik lalu memerhatikan sekitar rumah sewa dua tingkat itu

Sedar tak sedar dah dua tahun aku menginap kat sini. Haihh. Cepatnya masa berlalu

" Jom Sarah. termenung apa? termenung dekat bakal suami la tuew " usik Ummu Habibah seraya memegang bahu Sarah

Wajah Sarah yang ceria menjadi muram. Apabila disebut tentang bakal suaminya mesti dia sedih bila teringatkan sikap lelaki itu yang semakin sambil lewa mahupun perkahwinan mereka saban hari semakin dekat.

' Alamak. Laju betul la mulut kau ni Ummu ' Ummu menampar mulutnya

' Niat aku nak bawa dia pergi jalan-jalan ni sebab nak buat dia happy biar tak sedih lagi. Haishh. Ni belum pergi dah sedih. Potong la kau ni Ummu! '

Sarah sering menceritakan masalah nya kepada Ummu. kerana Ummu lah dia bertahan

Dulu dia juga akan meluahkan masalah kepada Iqlima.Tetapi sejak kebelakangan ini Iqlima sering sibuk. Katanya ada projek besar kena buat. Mereka jarang melihat Iqlima

Entah la. Dia pun tidak tahu Harap Iqlima baik-baik sahaja. Dia tidak mahu berburuk sangka dengan rakan baik sendiri.

Lagipun tak mungkin Iqlima berubah hati

" Err..eh Sarah. Jomla dah lambat ni. Ummu teringatkan satu restoran yang ada satu makanan viral ni. Jom la pergi melantak kat sana. Kang ramai orang " kata Ummu. Dia menolak badan Sarah

Sarah hanya tersenyum sahaja. Haihh Ummu ni bab makan nombor satu

" Iqlima jom gi makan " serjah Arif.

Puas Arif mencari kelibat Iqlima. Ke Perpustakaan tiada. Dalam kelas pun tiada. Selepas itu dia bertanya kepada rakan sekelas Iqlima

Katanya Iqlima di taman berdekatan kolej mereka

Di taman Dia melihat Iqlima berada di meja batu berseorangan

Terukir senyuman manis di bibir Arif. Terus dia sergah Iqlima

" Astaghfirullah " Iqlima mengurut dadanya. Haih. Mamat ni selalu macam ni. Suka main sergah je. Tak beri salam pun

" Eii...kau ni Arif. Cuma belajar bagi salam boleh tak. ni main sergah. Nasib baik pelempang ni tak naik kat muka tu " kata Iqlima

" hehehe sorry la. Dah aku cari kau kat mana-mana tak jumpa pun. Last-last aku tanya member kau .Dia cakap kau kat taman. So aku pergi la..Lepastu aku.. "

" kau sergah macam tu. Ish kau ni memang la "

" ha...siapa suruh kau buat aku tercari-cari " Arif mencebik lalu melempar kan pandangan ke tasik di taman itu

" So? Macam mana? Kau nak tak makan dengan aku " tanya Arif.Dia mendekatkan mukanya sedikit dengan Iqlima buat gadis itu berdebar

" Ek eleh Kau ingat aku kesian ke kalau kau buat muka macam tu " Kata Iqlima menghilangkan rasa gugup

Arif menjauhkan kembali mukanya. " Jom la makan. Lapar ni "

" Kita? berdua? tak nak la "

" lah kita bukannya makan kat hotel dalam bilik. Kita makan tempat orang ramai "

" No Arif .Nanti timbul fitnah macam mana. Kau nak? " ugut iqlima

" ye la. Aku ajak adik perempuan aku sekali " kata Arif

" Beresss.Kau nak makan kat mana? " tanya Iqlima

" Aku nak makan kat satu restoran yang ada makanan viral ni. Dah lama aku teringin nak makan. dengan kau..."

Iqlima merona. Serius la.Arghh . kau ni biar betul iqlima. cringeeee nyee

" Whatever " balas iqlima ringkas

" Dah LA malas aku nk layan kau ni. buat semak je. Pergilah main jauh jauh . shuh shuh " iqlima tarik muka masam

" Yeke kau rase macam tu " Arif buat muka Toya selepas berkata begitu

" Nak makan tak ni dengan aku " tanya Arif dengan nada memujuk

Lama Iqlima senyap ..Akhirnya selepas fikir masak masak...

" yela yela . kau pergilah dulu. nanti aku ikut kau dari belakang. nanti orang ingat kita bercinta pulak " kata Iqlima

" Apa salahnya " Arif buat muka tak bersalah

" Kau ni kan " iqlima menggenggam penumbuk nya

" okay okay sorry. aku pergi dulu jemput adik aku. lepas tu kau ikut tau " Arif menyerah kalah

' memang tak boleh bergurau dengan perempuan ni '

" Babai " Arif melambai tangan ke arah Sarah sambil mengenyit mata

Sarah membalasnya dengan menjeling kepada lelaki itu . Arif tersengih melihat tingkah Sarah yang baginya sangat comel

Dan dalam hatinya pula terlintas akan tunang nye

' Biar lah dia tu. Kan aku dah cakap tak suka . Siapa suruh paksa mak ayah aku untuk kahwinkan dengan kau '

sorry ambil masa yang lama. selamat membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience