Bab 13: Menganjing

Humor Series 5367

End Flashback....

" Woi! termenung lagi kau nie " jerit Iqlima tepat ke telinga Sarah

Berdekah-dekah Iqlima ketawa. Berair mata nya kerana gelak yang terlampau kuat.

" Hish kau ni Iq. Sejak bila kau datang sini? " tanya Sarah dengan muka yang masam.

' Suka-suka je minah ni gelakkan aku. Tak guna punya kawan ' getus Sarah dalam hati

" Sejak kau duk termenung cam orang hilang anak la " kata Iqlima dengan sisa tawa yang belum hilang

" Suka hati kau lah. Nak gelakkan aku sampai pagi esok pun tak apa. " marah Sarah.

Sarah meninggalkan Iqlima dan Ummu di situ yang terpinga-pinga.

Sarah melabuhkan punggung ke sisi katil Queen yang empuk.

Ummu dan Iqlima memerhati sahaja tingkah laku Sarah. Selang beberapa saat, mereka berdua turut melabuhkan punggung di sisi katil. Ummu duduk di sebelah kanan Sarah manakala Iqlima duduk di sebelah kiri.

" Sarah marah ke? " tanya Ummu

" Tak ada lah "

" Yeke. Sarah nampak cam badmood je ni. "

" Cuba sarah citer kat kita orang. Mana tahu Kita orang boleh tolong " kata Ummu lagi

" Tapi kalau Sarah cerita ni. Mesti kau orang akan gelakkan Sarah. Lagi-lagi kau Iqlima. Tak habis-habis mengusik aku " Sarah mencebik bibir

" Alah aku nak gurau-gurau manja dengan kau pun tak boleh " kata Iqlima

" Boleh je la. "

" Cuma aku risau kalau kau orang gelakkan aku bila dengar luahan hati dan perasaan aku ni " kata Sarah lagi

" Tak-tak aku janji tak akan gelak " Tangan nya diangkat seperti berikrar . Iqlima tersenyum menampakkan semua gigi nya yang putih dan bersih.

" Tapi kalau aku tak tahan sangat aku gelak la. Dan itu kau jangan salahkan aku ya " Iqlima sengih

sorry kalau hambar^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience