Bab 16: Merajuk ke?

Humor Series 5367

" Papa. Ni maklumat yang papa minta hari tu. Ammar dah cari. Tak lama lagi. Semua nya akan berakhir. Kita sekeluarga tak akan berpisah " Ammar senyum nipis.

Dia dapat melihat betapa sayu wajah ayah kesayangan nya ketika itu.

' Bertabahlah papa. Semua ni ujian yang Allah beri kepada keluarga kita '

Ammar memandang wajah sunggul ayahnya. Melihatkan ayahnya yang diam membisu. Ammar meminta diri untuk pergi.

" Papa. Ammar pergi dulu. Ada banyak lagi kerja yang Ammar nak buat. Ermm. Lagi satu kalau Papa nak minta tolong apa-apa, Papa cakap je dekat Ammar. InsyaAllah Ammar boleh tolong "

Ammar melangkah pergi dengan perlahan. Air mata keluar dari tubir matanya dengan laju.

" Ammar "

Ammar mengesat air mata nya sebelum menoleh ke arah ayahnya.

" Ye Papa "

" Thanks " kata Dato' Ahzhar

Ammar tersenyum sebelum berkata. " No problem pa. Anything for you "

**********************************************

" Sarah. Kau jangan lupa tau "

" Ye "

" Betul ni?. Janji? Tak tipu eaa? "

" Ye la makcik oi "

" Ok . Cerita kat aku.Apa yang aku suruh kau buat. Apa projek kita? " sengaja Iqlima menyuruh Sarah mengulang semua apa yang dia dan sarah bincangkan sebentar tadi.

Iqlima tahu Sarah banyak termenung semasa dia dan Sarah membincangkan tentang projek yang mereka. Eh jap. Iqlima sorang je yang beria bercakap tadi. Sarah tu tahu angguk je. Haihhh...

" Erkkk.. Ape erk? " Sarah menggaru garu kepala nya yang tidak gatal.

Iqlima ape lagi. Dia terus meluku kepala nyanyuk Sarah. Haihhh. Baru je tadi dia berbincang dengan Sarah. Takkan Makcik tu da lupa kut. Haihhh... tu la siapa suruh asyik bermenung je dari tadi. Teringatkan buah hari la tuuu.

'Haihhh....Susah betul bercakap dengan orang yang tengah angau ni'

" Kau ni nyanyuk betul la Sarah. Tadi baru kita bincang. " kata Iqlima dengan nada yang mengeluh.

" Hehe. Sorry la. " Sarah sengih

" Sorry naik Lorry la kau " kata Iqlima seakan akan merajuk.

" Alaaa. Iq. Jangan la merajuk...Olololololololo. Manja sekali kamu " Sarah cuba memujuk. Padahal dia tidak reti dalam bab memujuk.

" Dah la Sarah .Aku nak balik kelas" Iqlima bangun dari tempat duduknya dan melangkah pergi.

" Eh tunggula aku. Iqlimaa " Sarah mengejar langkah Iqlima yang laju. Bapak laju Iqlima jalan. Dulu masa sekolah menengah pernah jadi atlet lumba lari ke?

" Iq. Nanti balik rumah. Kau cerita la dekat aku. " kata Sarah

" Hmmm "

sorry lambat update..enjoy reading~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience