" Woi, Sarah! Cepatlah sikit mandi Tu! Kau tengah mandi ke atau duk bertapa dalam bilik air Tu! Kita dah lewat lah. Ni semua salah engkau tak kejut aku pagi tadi " Iqlima mengutuk-mengutuk pintu bilik air.
" Alah, Kau jangan memekak boleh tak. Sabar lah. Sikit lagi nak siap ni. Lagipun, bukan aku yang tak kejut kau. Aku ni pun yang bangun lambat. Kau salahkan si Ummu tu ler. Dia yang bangun awal tapi tak kejut kita " Sarah membebel-belel dalam tandas.
" Ah, lantak lah. Aku malas nak salahkan sape-sape. Sarah! Cepat Keluar. Aku tak solat subuh lagi ni! " Belum sempat Iqlima hendak menendang pintu bilik air, Sarah sudah membuka pintu.
" Done " sarah keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambut nya dengan tuala. Reaksinya hanya selamba tanpa rasa bersalah.
Iqlima mengecilkan mata melihat Sarah yang bersahaja keluar dari bilik air tanpa berkata apa-apa.
Terus Iqlima masuk dalam bilik air dan menghempaskan pintu dengan kuat
Terperanjat Sarah apabila pintu bilik air dihempaskan dengan kuat
Sarah mengelengkan kepala. ' Iqlima. Iqlima. Tak habis-habis dengan perangai baran kau tu '
Terhenjut Bahu Ummu mendengar pintu yang dihempaskan dengan kuat itu.
' Siapa pula yang mengamuk ni. Jiran sebelah ke. Hish tak kan lah sampai dengar kuat kat dalam rumah ni. Hmm, ni mesti Iqlima mengamuk sebab aku tak kejut dia tadi. Lagipun bukan salah aku, aku dah kejut tapi dia yang tak bangun '
Ummu mengeluh perlahan.
Selepas beberapa minit.
" Good morning, Ummu "
Ummu mendongakkan kepala sebelum berkata. " Mana Iqlima? "
" Dia tengah siap-siap " Sarah melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Ummu.
" Sarah, Iqlima tengah merajuk ke tu? " soal Ummu dengan separuh berbisik
" Eh kenapa pula dia nak merajuk. Dia tu dah besar macam anak gajah . " Sarah mengekek ketawa.
" Tak baik cakap macam tu. Kan kita lambat kejut dia " Ummu menampar lengan Sarah.
" Kita? Sarah pun bangun lewat. Ummu kan dah kejut dia. Tapi dia yang tak bangun " kata Sarah dengan selamba sebelum menghirup kopi. Panas.
" Tapi.... " bicara Ummu terhenti apabila bahunya disentuh lembut.
Ummu berpaling ke arah kanan. " Baa "
Terperanjat Ummu melihat Iqlima di depan matanya.
" astaghfirullah " Ummu mengurut dada perlahan sebelum tangan nya mencubit lengan Iqlima.
" Aduh sakit lah " Iqlima mengosok-gosok lengan nya. Pedih.
Sarah menghamburkan ketawa melihat muka Iqlima yang merah seperti sedang menahan sakit.
" Woi, Sarah. Apahal kau gelak, Ha? " geram Iqlima melihat Sarah yang masih ketawakan nya. Tak guna punya kawan.
" Tu lah engkau. Cari pasal dengan Ummu lagi. Kan dan kena 'sengat ketam' " Sarah menepuk meja dengan kuat sambil ketawanya belum hilang. Sempat dia mengerling sekilas ke arah Ummu yang sedang tersengih.
" Cubitan Ummu memang sakit. Kalau kena, pedih oi. Memang sesuai Ummu dipanggil 'Queen Crab' " Sarah berkata dalam hati.
" Dah-dah jangan bergaduh. Jom pergi Kolej. Kita dah lambat ni " Ummu berkata sebelum beg nya di capai.
Ummu berpaling ke belakang melihat Iqlima yang masih belum bangun dari kerusi.
Tubuh langsing Iqlima dipeluk dari belakang.
" Iqlima marah Ummu ke? Jangan lah marah. Ummu gurau je tadi "
Iqlima senyum. " Tak ada lah. Iqlima tak marah pun. Saja je tak tengok Ummu pujuk Iqlima atau tak "
" Ehem-Ehem. Oi disana, cepat lah sikit. Kita dah lambat ni. Tak payah buat drama kat sini. Kau pun satu Nenek lampir, tak payah lah nak mengajuk. Kau tu bukan budak-budak. Dah tua baka dah " Sarah menjerit sedikit. Mengada-ngada dia orang ni. Dah lambat ni.
" Sarah " panggil Iqlima meleret. Dia tahu Sarah pasti tujukan Nenek Lampir kepadanya
Sarah hanya tersengih. " Alamak, Nenek Lampir dah mengamuk. Lari "
" Sarah jangan lari " Iqlima mengejar Sarah yang sedang menuju ke arah kereta.
Ummu mengelengkan kepala melihat telatah rakan baik nya. Macam budak-budak.
Share this novel