Bab 4 : Encik Razif

Humor Series 5367

Tray di hempaskan atau meja dengan kasar. Suasana di kantin yang bising itu menjadi sunyi sepi.

Mata-mata terarah kepada gadis yang sedang menguis-guis nasi dengan garfu.

" Iqlima " tegur Ummu melihat wajah cemberut sahabat baiknya.

" Hmm " gumam Iqlima. Jari Jemari milik nya mengetuk meja perlahan-lahan

" Aku geram betul dengan beruk tiga ekor tu. Ada je benda yang nak sakitkan hati kita " bebel Iqlima

" Tu lah Iqlima. Aku kan dah cakap hari tu yang kau suruh ayah kau buang je tiga ekor beruk tu dari kolej. Ni tak " kata Sarah sambil tersengih

" Sarah " panggil Ummu meleret. Sempat dia memberi jelingan tajam ke arah Sarah. Sarah hanya menbalasnya dengan tersengih.

" Sarah, kan aku dah cakap hari tu. Aku nak biar dia orang senang-senang dulu. Aku nak tengok apa perancangan dia lepas ni. Kalau lepas ni dia orang dah melampau, baru aku fikir apa yang aku kena buat untuk bagi pelajaran kat dia. Kita cuma perlu Wait and See. Okay " Iqlima menyambung menyuapkan nasi ke dalam mulut nya. Sedap.

" Hmm, tu lh kerja kau. Tunggu, tunggu dan tunggu. Entah sampai kiamat pun kau suruh aku tunggu " Kata Sarah dengan mulutnya yang penuh. Sempat dia mengerling sekilas ke arah Ummu yang diam membisu.

Sedang rancak mereka berborak..

Pap

Terhinjut bahu Ummu kerana terkejut. ' Ya Allah, ni dah masuk tiga kali aku terkejut. Kalau lama-lama macam ni, sakit jantung aku. ' Ummu mengeluh perlahan

Ummu mendongakkan kepala seraya gegendang telinga disapa oleh figura yang cukup dia kenali. Zarul?

" Hoi kau pahal Zarul. Datang mengejut kat sini. Dah buang tabiat ke hah? " Sarah menjeling

" Kau diam boleh tak perempuan " Zarul membalas jelingan Sarah sehingga membuatkan gadis itu terkedu

' Berani mamat ni jeling aku. Dasar buaya darat tak guna '

Sarah bangun dari tempat duduknya dan menyepak kaki Zarul dengan kuat. Padam muka.

" Ouch, sakit lah. Kau ni dah kenapa perempuan " Zarul mengosok-gosok kaki nya yang disepak oleh Sarah. Sakit oi.

" Sarah! Sarah ni dah kenapa. Boleh tak bawa bertenang. Duduk sekarang. " arah Ummu

Melihat Sarah yang masih berdiri itu membuatkan Ummu lagi panas hati. Degil budak ni!

" Duduk! " arah Ummu dengan tegas.

Dengan malas-malas Sarah duduk semula di tempat duduknya.

" Zarul, Ummu minta maaf bagi pihak Sarah eh. Sarah memang macam tu, suka melenting tak tentu pasal. Never mind, ada apa Zarul datang sini? " sempat Ummu menjeling sekilas ke arah Sarah yang bermasam muka. Merajuk la tu.

" Sebenarnya macam ni, tadi Encik Razif nak jumpa Ummu " jawab Zarul

" Kan senang kau cakap dari awal tadi. Lembap betul " sampuk Sarah .

Iqlima yang tadi mendiamkan diri semasa Sarah dan Zarul sedang bergaduh kini mengelengkan kepala dengan perangai mereka. Macam budak-budak. Setiap kali jumpa, pasti nak bergaduh .

Eleh, Kau pun sama dengan si Sarah tu. Tak de beza pun, 2×5 je.

Ummu mengerutkan dahi. Pelik. Tetiba je. " Kenapa Encik Razif nak jumpa Ummu?. Ada Apa-apa ke? " tanya Ummu

" Entah, Ummu pergilah tanya sendiri. Zarul pergi dulu. Bye. Assalamualaikum. " Zarul senyum sinis ke arah Sarah sebelum pergi meninggalkan mereka.

" Sarah, Iqlima. Jom teman Ummu jumpa Encik Razif " kata Ummu

" Ok jom " Sarah mula bangun dari tempat duduknya.

" Iqlima, kau nak ikut tak? " tanya Sarah

" Tak apa lah, kau pergi jelah dengan Ummu. Aku nak pergi library sekejap " kata Iqlima sebelum bangun daripada tempat duduknya dan pergi ke arah perpustakaan.

" Jom Sarah "

" Jom "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience