Bab 6 : Siapa dia?

Humor Series 5367

Mata bundar milik Iqlima fokus membaca novel itu di hujung rak.

Tanpa dia sedar, sepasang mata memandang dirinya sambil tersenyum lebar.

Laju sahaja kaki itu melangkah ke arah gadis yang khusyuk membaca.

" Hai "

Iqlima mendongakkan kepala apabila gegendang telinga nya disapa suara figura yang tinggi lampai itu.

Iqlima berdengus kasar. Tubuhnya di angkat dari duduk dan berlalu pergi dari situ.

Aiman merentap tangan Iqlima.

Pang!

Terkedu Aiman apabila pipi kirinya ditampar oleh Iqlima

" Kau jangan nak sentuh aku, lelaki tak guna. Ouh, kau memang tak tahu batas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Wait, jangan-jangan mak bapak kau tak ajar eh yang lelaki dan perempuan yang bukan mahram tak boleh bersentuhan. Nak cakap kau ni non muslim, memang tak lah. Mak bapak kau ajar kau apa eh, buat maksiat? Oh, sebab tu kau suka pegang perempuan kn? " sindir Iqlima

Timbul urat biru di rahang lelaki itu. Tangan nya dikepal.

" Kurang ajar! " jerkah Aiman

Belum sempat Aiman hendak menampar Iqlima, satu tangan sudah menghalangnya.

" Bro, Rilek ah. Tak kan nak pukul perempuan kot. Tak gentle lah kau ni "

Iqlima menjeling tajam ke arah dua lelaki itu. Kakinya melangkah dengan laju meninggalkan mereka berdua.

Aiman merentap tangan lelaki yang memegang tangannya. Langkah kaki nya turut pergi meninggalkan lelaki itu.

Lelaki itu mengelengkan kepala. Senyuman sinis terhias di bibir nya. Iqlima. Kau hutang dengan aku.

" Weh, kau pahal do dari tadi masam mencuka je aku tengok. Kau ada masalah ka? " tanya Sarah

Melihat Iqlima yang tidak menjawab pertanyaan nya, Sarah terus membuat isyarat mata kepada Ummu.

Ummu menarik nafas dengan dalam. " Iqlima okay ke. Dari tadi Ummu nampak Iqlima senyap je. Macam tengah marah kat orang. Iqlima ada masalah ke. Kalau ada bagitau Ummu, mana tahu Ummu boleh tolong "

Iqlima menarik senyuman nipis. " Sebenarnya ma... " belum sempat Iqlima hendak menjawab pertanyaan Ummu, Encik Razif sudah masuk ke kelas mereka.

" Nanti lah Iqlima cerita " bisik Iqlima sambil mengenyitkan mata.

Sarah menyiku lengan Ummu. " Ummu tak perasan ke yang Encik Razif tu asyik pandang Ummu je dari tadi? " tanya Sarah. Dagunya digosok perlahan.

" Entah. Perasaan Sarah je kot. Jangan fikir bukan-bukan eh. Ke Sarah cemburu tengok Encik Razif tu pandang Ummu je? Sarah cemburu eh? " Ummu ingin menduga sahabatnya

" Euw, mustahil lah Sarah suka dekat Encik Razif yang buaya tu. Dah lah dia tu pernah jadi pero... " Belum sempat Sarah ingin menghabiskan perkataan itu, Ummu menampar lengan Sarah.

" Sarah, tak baik lah cakap macam tu. Encik Razif tu kan dah insaf. Dia dah tak buat benda terkutuk tu lagi " nasihat Ummu

" Ye lah tu " Sarah mencebik.

" Woi, korang borak apa ni. Boleh tak tumpukan perhatian masa Encik Razif mengajar. Ada je nak diborakkan. Mengumpat la tu " bebel Iqlima

" Kau diam lah " Sarah mengetuk meja Iqlima sehingga Encik Razif mendengar nya.

" Apa bising-bising ni? Sarah, Iqlima. Kamu berborak masa kelas saya ye? " marah Razif

" Eh, mana ada. Ummu Habibah yang bising. Saya dengan Iqlima tak salah " Sarah tersengih mendengar kata-kata nya sendiri.

" Sarah! Apahal kau salahkan Ummu pula. Kurang ajar kau " marah Iqlima.

" Rilek ah. Encik Razif mesti tak kan salahkan Ummu punya. Aku nak tengok Reaksi dia. Dia marah ke tak eh? " ujar Sarah

" Apa-apa je lah kau ni "

" Ummu? " tegur Razif sambil anak matanya memandang Ummu yang menunduk.

" Tak apa lah " Razif menyambung kelas nya yang tertangguh tadi.

" Ha, tengok. Encik Razif tak marah dekat Ummu punya " ujar Sarah seraya memgenggam tangan Ummu.

" Tapi kenapa erk. Bukan Encik Razif tu marah ke kalau orang bising dalam kelas dia? Dia dengan Ummu tu ada apa-apa ke? " tanya Iqlima

" Ha, tu yang kau tak tahu. Nanti balik aku cerita k " ujar Sarah

" Hmmm " gumam Iqlima

" Sorry tau Ummu. Sarah cuma nak tengok reaksi Encik Razif je tadi " Sarah tersengih

" Tak pe. Ummu tak ambil hati pun " balas Ummu dengan senyuman

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience