Bab 10 : Pernah jumpa

Humor Series 5367

Bella melemparkan telefon nya dengan kasar.

Ahgrhh!!Bosan nya

Terangkat kedua-dua bahu Rose dan Anna. Fuhh. Terkejut mak.

" Babe, U ni dah kenapa. Kena sampuk ke? " perli Anna. Mengada ngada betul lah perempuan ni.

" Babe, I bosan la. " rengek Bella persis budak kecil.

" You ingat U sorang je ke yang bosan? I dan Anna pun bosan lah " kata Rose pula

" Korang....Jomlah keluar.....Kita pergi jalan-jalan. Nak?.... " tanya Bella seraya mengerdipkan mata bundar nya.

" Tapi kita nak pergi jalan-jalan kat mana. Ni dah malam Bel, Jangan macam-macam " kata Rose seraya bermain-main dengan rambut blonde nya

" Adalah....Dah sekarang kita bersiap dulu okay. Lepas ni I tunjuk la " kata Bella sebelum melangkah menaiki tangga.

**********************************************

Tuan Arif memandang kosong Iphone yang berada di tangan nya.

Iphone nya diletakkan di sisi. Dia memgenggam tangan nya. Jantung nya berdegup kencang. Ini kali pertama Tuan Arif berjumpa dengan kenalan rapat ayah nya.

' Kenapa aku berdebar semacam ni. Hish. Tenanglah wahai hati '

Ting Tong

' Dah sampai ke? Cepat nya '

Arif mengintai di sebalik langsir. Dia melihat seorang lelaki yang sebaya dengan ayahnya, dua orang perempuan. Yang satu tu mungkin sebaya dengan umi nya. Dan satu lagi, macam dia pernah nampak. Perempuan satu lagi itu mungkin sebaya dengan nya. Tapi di mana ya?

Dengan pantas Arif keluar dari rumah mewah itu dan membuka pagar rumahnya. Sempat Arif memberikan senyuman nipis kepada mereka

" Jemput lah masuk,uncle, aunty " kata Tuan Arif tersenyum ramah.

Pelik, selama ini Tuan Arif tidak pernah begini. Jarang dia senyum kepada orang luar. Bukan jarang, tak pernah!

Ah, suka hati akulah. Lagipun kalau Baba tak paksa aku layan dia orang ni baik2, aku pun tak akan buat begini lah. Tak mungkin.

Arif berperang dalam hati nya

" Ni anak Osman ya. Baik nya budi pekerti. Kacak pula tu. Pandai Osman didik anak kan bang " kata wanita yang sebaya dengan umur Umi Arif

Pipi Arif merah mendengar pujian itu. Tak apa lah. Sekali sekala kena puji. Tapi bukan ke selalu dia kena puji dengan orang ramai. Lagi-lagi perempuan. Ceh!

**********************************************

" Aunty, Uncle. Jemputlah minum ya. Arif panggilkan Baba sebentar. Tadi Baba tengah solat dhuha " kata Arif dengan ramah. Ceh! Macam lelaki melayu terakhir.

Setelah Arif pergi. Gadis yang berada di sebelah mama nya itu termenung. Macam pernah nampak. Dia tu ka?

Puan Suraya menepuk perlahan paha anak nya. Dah kenapa pula anak aku ni. Termenung je.

" Sarah, termenung apa tu " tanya Puan Suraya sebaik sahaja menyadarkan anak dara nya.

" Ibu, Sarah macam pernah nampak lah dia ni kat kolej. " kata sarah

" Hmmm, memang patut lah sarah nampak muka dia tu macam familiar je. Sebab tu pun belajar kat Kolej yang sama dengan Sarah " ujar Puan Suraya

" Ya ka Bu, patutlah " kata Sarah sambil tersengih

Selepas beberapa minit, Arif datang.

" Aunty dan Uncle tunggu kejap ya, Baba tengah bersiap tu. " kata Arif. Sempat dia mengerling sekilas kepada gadis yang memandang ke arah nya tanpa berkelip.

Dah kenapa pula perempuan ni. Macam tak pernah tengok orang

Puan Suraya yang perasan anak dara nya memandang Arif tanpa berkelip itu, terus mencuit bahu anak nya.

" Sarah, tak baik pandang anak teruna orang lama-lama. Tahu lah Arif tu handsome. " usik Puan Suraya

Sarah yang tersedar cepat-cepat memandang ke bawah. Alamak malunya kantoi curi-curi pandang dia. Tapi Kacak juga dia ni eh. Jantung Sarah berdegup kencang. Ya allah kenapa dengan aku ni.

Sarah cepat-cepat mengelengkan kepala.

Selang beberapa saat, Osman muncul juga.

Tuan Osman dan Encik Wahid, ayah kepada Sarah bersalaman dan berpelukan

" Osman, lama tak jumpa kau. Kau sihat? " tanya Encik Wahid dengan ramah

" Alhamdulillah. Aku sihat walafiat. " kata Tuan Osman

" Ha, Osman. Kau ingat lagi tak anak aku yang tunggal ni, Nurul Sarah Wahida " kata Encik Wahid

" Mestilah aku ingat. Dulu kan dia selalu main dengan anak aku, Afifah. "

" Dah besar panjang Sarah ni ya " kata Tuan Osman lagi sambil tersenyum ramah kepada Sarah

Sarah membalas senyuman itu. Ramah nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience