Bab 14 : Degil!

Humor Series 5367

Mata Anna dan Rose melilau mencari kelibat rakan baiknya, Bella.

" Rose, mana Bella ni. Kita cari tak jumpa pun " kata Anna dengan resah.

" Jangan-Jangan dia dah keluar dari kelab malam ni tak? " kata Anna lagi.

" Hish, Jangan mengarut boleh tak. Kan kita nampak dia masuk sini tadi. Tak kan dia dah keluar pula " Rose memicit dahinya. Pening.

" Ye la. Mana lah tahu Bella keluar ikut pintu belakang ke? " Anna cuba menduga

Rose tidak menjawab pertanyaan Anna. Sebalik nya dia tidak berputus asa mencari Bella.

Matanya tertacap kepada susuk tubuh seorang perempuan yang ada iras dengan Bella sedang khusyuk menari. Tapi dalam samar-samar sahaja dia nampak.

Mata nya dikecilkan lagi. Jelas! Itu Bella!

" Anna, I dah nampak Bella. Tu dia! " kata Rose sedikit menjerit. Gembira bukan kepalang dia apabila dapat menjumpai Bella.

" Mana? I tak nampak pun " kata Anna masih melilau lilau mencari Bella

" Ish U ni. Tu, yang tengah menari tu. "

" Oh, yang tu. Jom kita pergi kat dia "

" Ok Jom "

" Bella, Jom lah balik " pujuk Anna

" Hish, I kata tak nak lah. Apa yang U susah sangat nak faham ni ha? " jerit Bella

Jenuh Rose dan Anna memujuk Bella untuk pulang. Macam macam cara mereka buat. Tapi tidak berkesan juga. Degil betul si Bella ni. Haihhh

" Kalau U all nak balik, pergi lah. I nak enjoy lagi. " kata Bella lagi

" Bella! kalau kita orang nak balik, kita orang dah balik dari tadi tau. Ni kita orang tunggu juga U. Sebab apa? Sebab kita orang risaukan U tau tak? " kata Rose pula

" Tak perlu lah you all nak risaukan I. I boleh jaga diri I sendiri. "

" Lagipun I dah biasa kat sini " ujar Bella lagi

" You tak takut ke pergi tempat macam ni sorang-sorang, Bella? U tak takut ke kalau kalau ada orang nak rogol U ke? You tak takut? " tanya Rose

" Tak. " jawab Bella sepatah

'Heh, memang patut pun kau tak takut, Perempuan. Kau kan dah ditebuk tupai. Dah tak ada dara dah. Entah entah kalau ada orang nak rogol kau, kau relakan je kan. Kau lagi suka kan kalau lelaki sentuh kau. Dasar perempuan liar' maki Rose dalam hati.

" Dah dah. U all pergilah balik. I nak enjoy lagi ni. Shuh shuh " Bella menghalau Rose dan Anna

Rose berdengus. Huh kau nak aku balik sana kan. Ok Fine!

" Dah la Anna Jom la kita balik. Tak payah lah kita layan orang macam ni. Bukan reti nak hargai apa yang kita buat kau dia " Rose menarik tangan Anna untuk pergi dari situ. Tak betah dia lama-lama di tempat maksiat itu.

Belum sempat kaki mereka melangkah keluar dari itu, mereka terdengar suara Bella

" Eh apa ni. Lepaskan aku la! " jerit Bella seraya meronta ronta apabila ada seorang lelaki cina yang mabuk memeluknya dari belakang

Rose segera berpaling ke belakang.

" Woi, Jangan sentuh kawan aku la! " marah Rose

Tangannya memukul belakang lelaki mabuk yang memeluk Bella

" Rose! Tolong I " Air mata mula berembes di pipi mulus Bella

" Kurang ajar punya perempuan! " jerit lelaki mabuk itu apabila Anna meludah kepadanya.

Lelaki mabuk itu mengangkat tangan ingin menampar Anna tetapi...

Dush

Lelaki mabuk itu rebah apabila di tumbuk oleh seorang figura.

Mata Bella sedikit terbeliak melihat figura tersebut ialah seseorang yang dia sangat kenali.

" Abang Ammar! " jerit Bella

Ya! Ammar adalah bodyguard kepada Bella. Bella dan Ammar sangat lah rapat. Ammar selalu menolongnya apabila dia dibuli. Kerana itu lah Bella memanggil Ammar, abang.Tetapi sejak peristiwa yang lepas, Ayah Bella telah memecatnya. Entah kenapa dia muncul semula.

Ammar memandang tajam ke arah Bella. Lengan Bella dipegang kuat.

" Sakit lah. Lepaskan Bella. " jerit Bella

" Diam! " jerkah Ammar hingga membuat kan Bella terdiam.

Ammar menarik lengan Bella dengan kasar. Kaki panjang nya melangkah pergi dari situ. Terkedek kedek Bella berlari untuk mengikut langkah Ammar yang laju.

Rose dan Anna mengangkat bahu dan mengikut langkah Ammar.

selamat membaca^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience