Bab 11 : Tak berubah?

Humor Series 5367

" Bel, U jangan macam-macam. Kalau papa I tahu I pergi tempat macam ni, mati I kena kejar dengan parang nanti. Seram " kata Anna. Klub malam di hadapan nya dipandang dengan takut. Tempat maksiat!!

"Kurang asam punya kawan. Ada ke bawa aku ke tempat maksiat macam ni. Sejahat-jahat aku, aku tak pernah lagi jejak ke tempat maksiat macam ni. Walaupun aku ni pakai baju tak cukup kain, aku masih suci okay! Dan tak pernah lagi berjinak-jinak dengan arak. Lagi satu, aku belum pernah tidur atau pun buat hubungan 'ehem-ehem' tu dengan mana-mana lelaki. Pendek kata, aku masih fresh okay! 'Tak pernah main sabun lah' " ujar Anna dalam hati.

" La korang ni chill la. Kita datang sini bukan nak buat apa apa yang tak baik pun. Kita cuma dance je. Untuk hilangkan bosan " Bella cuba memujuk

'Ceh, hilangkan bosan konon, dah yang kau duk menari dekat kelab tu macam orang gila tu tak dikira buat benda tak baik lah?!. Apa kau ingat bagus sangat ke menari macam tu. Kau dikira tayang badan kau kat orang lain tau. Macam mana kalau tengah kau gila-gila duk menari lepastu datang lelaki yang kau tak kenal, raba-raba badan kau. Nak ke ha!!' marah Anna dalam hati

" Anna! kalau you tak nak masuk, I masuk dengan Rose je lah. Jom Rose " kata Bella seraya menarik lengan Rose yang muka nya pucat. Anna cepat cepat menarik lengan Rose semula.

" Bel, U jangan libat kan sepupu I,Rose dengan benda-benda maksiat macam ni " Anna memberi amaran seraya menarik lengan Rose

" Rose, cakap lah sesuatu! " bentak Anna

" Bel, betul cakap Anna tu. U tak boleh libatkan kita orang dalam benda-benda macam ni. I tak nak kena marah dengan papa I. Kita orang bukan macam you, yang suka pergi tempat macam ni " kata Rose yang dari tadi senyap.

" Fine, suka hati U all lah nak masuk ke tak. Tapi you tak boleh halang I . I nak masuk. Tepi! " kata Bella selepas melepaskan lengan Rose dengan kasar.

" Bella, jangan masuk " jerit Rose apabila melihat Bella sudah masuk ke dalam kelab malam itu.

" Anna, macam mana ni " kata Rose dengan cemas

" Okay macam ni. Apa kata kita masuk je temankan dia " kata Anna

" Tapi.... " Rose ragu-ragu

" Rose, kita terpaksa masuk. Kalau kita biar je dia masuk dalam sorang-sorang, U rasa apa yang akan jadi kat Bella dalam sana. Dia tu dah la cantik. Confirm lh dia jadi perhatian kat sana. I takut dia kena apa2 je Lagipun U nak ke kena marah dengan Papa Bella nanti. Kita diamanahkan untuk jaga Bella " kata Anna seraya memegang bahu Rose

Rose melepaskan keluhan kecil sebelum berkata. " Kalau macam tu jom lah "

Mereka beriringan masuk ke dalam kelab malam itu sambil berpegangan tangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience