" Petang ni ada kawan Baba datang " kata Tuan Osman memulakan mukadimah.
" So? Apa kena mengena dengan Arif " kata Arif dengan selamba. Mata nya masih melekat pada kolam itu. Fikirannya teringat kepada pertemuan dia dan seseorang
" Baba nak Arif ada sekali "
" No. Arif ada hal dengan kawan-kawan " Arif memberikan alasan
" Huh, Arif ingat Baba nak percaya cakap Arif. Sejak bila Arif ada kawan " sindir Tuan Osman
" Jadi Baba nak cakap yang Arif tak ada kawan lah. Dan tak ada orang yang nak kawan dengan Arif huh? " Arif mengetap bibir
Tuan Osman mengangkat bahu.
" Melambak je orang nak kawan dengan Arif. Cuma Arif je yang tak nak " kata Arif dengan angkuh
Ya, Arif memang begitu. Dia tidak ada ramai kawan kerana sikapnya yang senyap, sombong dan tidak suka tahu pasal orang lain. Dia juga suka bercakap sorang-sorang di tempat gelap dan lebih menyebabkan orang pinggirkan nya.
Jadi, dengan siapa dia berkawan. Semestinya dengan haiwan-haiwan peliharaan nya. Seperti kuda betina yang bernama Zara. Itulah sahabatnya
Dia juga kurang kenal dengan saudara mara belah Baba dan Umi nya kerana sikapnya yang suka berkurung di dalam bilik ketika saudara mara nya datang
Namun begitu, dia tetap menjadi kegilaan ramai Wanita kerana rupa parasnya yang terlampau kacak orang kata.
Di dalam hidupnya selama 21 tahun ini, Arif tidak pernah jatuh cinta dengan sesiapa. Tetapi.......
Ada seorang gadis yang pernah membuatkan jantung nya berdegup laju. Tak kan dah jatuh cinta? Dia tidak kenal gadis itu. Tapi tak kan dah jatuh cinta. Entah kenapa dia teringin melihat gadis cantik itu sekali lagi. Tapi....Siapa dia?.....
" Never mind. Baba nak Arif ada jugak petang ni. Muktamad. Jangan nak membantah Tuan Arif Daniel bin Tuan Osman " Tuan Osman meninggalkan anak nya yang macam mencuka itu.
Kepalanya mengeleng perlahan. Arif...Arif.
Degil!!!
sikit sangat ke?
Share this novel