Bab 22

Humor Series 5367

" Baju pengantin nanti, Arif nak warna apa? " tanya Puan Maria

" Arif tak kesah. Ikut la warna apa " jawab Arif

Sarah hanya perhatikan sahaja tingkah Arif. Dari tadi dia senyap. Ada masalah ka?

' Kenapa Arif macam tak suka je. Aku je ke yang beria tentang perkahwinan ni ' kata Sarah dengan keliru.

" Umi...Arif keluar dulu ada hal. " kata Arif

" Lah nak pergi mana? Ni kan wedding Arif. Arif kena ada kat sini. Bukan umi. Arif kena bincang dengan Sarah " ujar Puan Maria

" Sarah kan ada. Biar la dia yang urus sorang-sorang. Lagipun wedding ni bukan Arif nak. Tak ingin la Arif nak kahwin dengan perempuan mulut laser macam dia. What a joke "kata Arif tanpa berfikir

" Arif! Jaga mulut kamu. Kalau Sarah dengar mesti dia sedih. Umi tak pernah ajar anak umi cakap macam ni " marah puan maria

" Suka hati umi la. Jangan salahkan Arif kalau perkahwinan ni tak kekal lama. "

Sarah menekup mulut nya dengan laju supaya tiada yang mendengar dia sedang menangis.

Ya. Dia dengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Arif

Sungguh dia tidak sangka itu tangkapan Arif terhadap dirinya. Hina sangatkah dia...

Semakin laju air mata yang keluar dari tubir matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience