" Korang, aku rasa aku dah jatuh cinta la "
Suasana dalam bilik itu sunyi sepi setelah mendengar luahan hati Sarah. Tiada sesiapa pun yang bersuara. Suara mereka seakan-akan hilang.
Tak lama kemudian...
Bilik yang sunyi itu menjadi riuh dengan gelak tawa Ummu dan Iqlima. Terbahak-bahak mereka ketawa sehingga kan berair mata mereka.
Sarah memuncungkan mulut. ' Huh! Dah agak dah. Mesti aku kena gelak ni. Apa lah nasib dapat kawan yang suka menyakat. Saborrr je la '
" Sarah...serius la. Kau...Tak tipu..kan " kata Iqlima dengan sisa tawa yang belum hilang.
" Aku dah agak yang kau orang akan gelakkan aku. Huh " Sarah ingin bangun daripada tempat duduknya.
" Eh Sarah sabarlah. Duduk lah dulu. Kita orang ada banyak benda nak tanya ni " Ummu berkata pula
" Eleh. Kalau Sarah duk sini pun. Korang nanti tak habis habis gelakkan Sarah " Sarah mencebik
" Hehe. Sorry la. Kita janji kita tak gelak dah. Okay "
" Kalau Ummu, Sarah boleh percaya la. Iqlima tu " Sarah memuncungkan mulut ke arah Iqlima yang masih ketawa sambil memegang perut.
Ummu terus mencuit lengan Iqlima. " Iqlima, dah la tu. "
" Okay. Okay. Tapi aku tak boleh berhenti ketawa la. Hahahaha " Iqlima menyambung ketawa setelah berkata.
Sarah menggeleng kepala beberapa kali.
" Woi Iqlima. Kau nak tahu tak siapa lelaki yang buat aku jatuh cinta tu?. " tanya Sarah seraya duduk kembali
" Eh mesti la nak. " Iqlima berhenti ketawa.
" Oh, jadi lelaki tu anak kawan papa kau la ye? " tanya Iqlima
" Ye " jawab Sarah sepatah
" Wait, aku pelik la dengan kau ni. Macam mana kau boleh jatuh cinta dengan orang yang selalu buli kau dulu ea? " tanya Iqlima
Ummu mengangguk mengiyakan kata-kata Iqlima.
" Entah la. Aku pun tak tahu. Tapi tu dulu la. Memang masa dia kecil- kecil dia nakal. Tapi sekarang aku tengok dia dah matang la " Sarah menjawab
" Eh lelaki tu nama apa ea? " tanya Ummu pula.
" Tuan Arif Daniel "
" Tuan? Apasal panggil dia tuan lak? Kau ingat dia tu majikan kau ke? " tanya Iqlima.
" Eh kau ni. Ke situ lak. Dah memang nama dia ada Tuan. Tuan Arif Daniel Bin Tuan Osman. "
" Oh " Iqlima tersengih
" Jadi dia tu cinta pertama kau la kan? " Iqlima sengih
" Begitulah " kata Sarah sambil tersenyum nipis.
" Eh Sarah. Dia tu belajar kat Universiti yang sama cam kita kan? Nanti tunjukkan rupa orangnya. " kata Ummu
" Haah. Insyaallah. Kalau kita terserempak dengan dia. " Sarah senyum manis lagi dan menampakkan lesung pipit nya yang dalam.
Aduhai Cinta......
selamat membaca~ Jangan lupa follow nana Okay^^
Share this novel