Bab 25 Tipu

Humor Series 5367

Saban hari, Iqlima dan Arif semakin rapat sejak kejadian di kedai runcit itu.

Sarah juga semakin menderita dek kerana Arif semakin tidak jauh darinya.

Setiap kali keluarga mereka berjumpa untuk membincangkan hal perkahwinan ,pasti ada sahaja alasan Arif

" Apa yang kita perlu buat dengan Arif tu bang? Makin pelik pula perangai dia " tanya Maria

" Habis tu awak nak suruh abang buat apa? Nak batalkan perkahwinan? Kad semua dah bagi. awak jangan nak mengarut " kata Osman

" Mar bukan apa bang . Mar kesian dekat Arif tu . Sebab dia... " Percakapan Maria terhenti . Takkan dia nak cakap yang Arif tu dah jatuh hati dengan orang hati. Tak . Dia tak akan beritahu suaminya. Entah apa lah nasib anak terunanya jika diberitahu kepada Osman

" Dia apa? Mar ada sembunyi kan sesuatu daripada abang ke? " tanya Osman. Bukan dia tak tahu yang isterinya itu sentiasa menyebelahi anak mereka

" Tak ada apa la bang . Dah la Mar nak tidur. " Maria berbaring membelakangi suaminya

" Tak takut dosa ke baring belakangi suami. Tua-tua pun tak tahu lagi ? " kata Osman sanbil senyum mengejek

Maria mengemam bibirnya rapat. Aduhh..Macam mana boleh lupa ni. tu la banyak sangat makan semut

Maria berbaring mengadap suaminya semula

" Siapa kata Mar tak tahu. Mar tahu la. Cuma Mar saja je nak test abang tadi " kata Mar tidak mahu mengaku

" Ye la tu " osman tersenyum dengan celoteh isterinya

" Hai Iqlima " kata Arif seraya duduk di hadapan gadis itu

" oh waalaikumussalam " Iqlima tersenyum mengusik

Arif mencebik. Pandai sakat aku

" Buat apa tu " tanya Arif sambil menongkat dagu

" tengah memancing ni. Nak join "

" haihhh tengah buat assighment la " kata Iqlima lalu menyambung membuat kerjanya

" Ooo " Arif membulatkan bibirnya. Dia terus merenung perempuan itu. Cantiknya ciptaan Allah

Iqlima teringatkan sesuatu. " Ermm Arif. Nak tanya sikit boleh "

" Ya. Tanyalah sayang "

Gugup Iqlima tatkala mendengar suara garau itu memanggil dirinya 'sayang'

" Kau dengan Sarah ada apa-apa ke " tanya Iqlima

Kening Arif Daniel berkerut. " Kenapa kau tanya macam tu "

" Sebab hari tu. Sarah cakap kau bakal suami dia dan dia suka kau " kata Iqlima

Arif Daniel terdiam seribu kata. Aku kena beritahu dia ke? lagipun heh sarah tu tak penting. Tak ada kena mengena dalam hidup aku

" Tak ada la. Dia silap orang tu. Sebenarnya bakal husband dia tu abang kembar aku. Bukan aku " kata Arif sambil tersenyum

Ya. Dia ada kembar. Tetapi sekarang kembar nya sedang belajar di Australia. Sudah lama abangnya tidak menjejakkan kaki ke rumah

iqlima tersenyum lega. " Nasib baik " kata iqlima perlahan tetapi cukup didengari oleh Arif

" Apa Iqlima? kau cakap apa ? "

" Hah. tak ada apa-apa. Baguslah la kalau macam tu " Iqlima tersengih

" Bagus? kenapa? kau dah jatuh cinta dengan aku? " usik Arif

" Eh kau ni. Perasan. " iqlima mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal

" Ek eleh "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience