" Ummu, Iqlima! " jerit Sarah
" Kau ni dah kenapa " dahi Iqlima berkerut melihat Sarah sedang mencangkung di hadapan tayar kereta mereka.
" Macam mana tayar kereta kita pancit ni. " Sarah menunjukkan ke arah tayar mereka yang pancit.
" Shit! Siapa punya kerja lah ni. Tak guna " marah Iqlima.
Muka nya yang putih melepak itu merah.
" Sarah, kenapa ni? " tanya Ummu yang datang dari mana entah.
" Ni, tayar kereta kita pancit. Macam mana kita nak pergi kolej ni. " Sarah mengeluh perlahan.
" Ya Allah. Macam mana boleh jadi macam ni "
" Entah lah. Baru tadi Sarah nampak tayar kereta kita pancit.
" Aku rasa ni mesti kerja tiga ekor beruk tu. Dia kan memang selalu cari pasal dengan kita " Iqlima mengepal penumbuk.
" Nur Iqlima Asiah. Tak baik tuduh macam tu. Lagipun tak ada bukti yang dia orang yang pancitkan tayar kereta. " Ummu menegur Iqlima.
Iqlima berdengus kasar.
" Habistu macam mana kita nak pergi kolej. Dah lambat ni. " tanya Sarah
" Kita jalan kaki. " kata Ummu
" What! No. Jauh kot. Tak ada jalan lain ke " Iqlima tidak setuju dengan Ummu.
" Tak ada lah jauh sangat. Lagipun ni je jalan menyelesaian yang ada " kata Ummu
" Sarah okay kan kita jalan kaki " soal Ummu
" Haah, Sarah okay je. Sarah lebih rela jalan kaki daripada tak pergi kolej. Iqlima, Jom la. Please. Aku janji akan belanja kau seminggu kalau kau ikut kita orang jalan kaki "
" Ye la. Tapi janji ea yang kau akan belanja aku selama seminggu. "
" Ha ye. Aku janji " Sarah mencebik.
" Tapi kalau aku pensan nanti, kau kena bertanggungjawab "
" Baiklah Cik Iqlima. Dah jom. Kita lewat dah ni "
Mata nya melilau-lilau mencari tiga figura yang selalu dia terserempak di kolej.
" Ummu, Iqlima dan Sarah belum datang ke? " Zarul mundar-mandir di hadapan kelas nya.
" Dah la kelas pagi tadi dah terlepas. Ni dah tengah hari. Kalau dia orang lewat juga kelas lepas ni, mesti kumpulan aku dah gagal. " Zarul memicit kepala
" Ah, aku pergi cari dia orang la " belum sampat Zarul menapak pergi dari situ, satu figura telah memanggilnya.
" Zarul "
Zarul memejam mata sebaik sahaja suara itu menampar cuping telinga nya. ' Bala apa pula yang datang ni '.
" Zarul, awak dengar tak saya panggil ni. " tanya Puan Elena
" Ye, Puan. Saya dengar. Ada apa puan? " dahi Zarul mula berpeluh-peluh.
" Awak nak pergi mana, lepas ni kan kelas saya. Awak jangan memonteng pula " Puan Elena memberi amaran.
" Eh tak puan. Saya bukan nak memonteng. Saya nak ke toilet jap " Zarul sengih.
" Okay, Tapi jangan lama-lama. Tinggal beberapa minit lagi kelas saya bermula " kata Puan Elena sebelum kakinya melangkah pergi dari situ.
Zarul menarik nafas lega. ' Aku kena cari dia orang ni '
Zarul menarik tangan adiknya dengan kasar. Terus kakinya melangkah ke arah kereta miliknya.
" Abang, abang nak pergi mana ni " dahi adiknya berkerut. Dah kenapa pula abang aku ni. Kalut semacam.
Sesampai di tempat parkir kereta, Zarul melepaskan tangan adiknya.
" Masuk "
" No, ina tak kan masuk selagi abang tak cakap apa yang jadi sebenarnya?" kata Zarina
" Ok look. Macam ni, abang nak Ina tunjuk kat abang, mata rumah Ummu, Iqlima dan Sarah. " jawap Zarul dengan tenang.
" Tapi, kenapa. Oh Ina tahu. Abang nak buat bukan-bukan dekat dia orang kan. No, Ina tak kan bagitahu. Abang ingat Ina tak kenal perangai buaya darat macam abang " Zarina menyilangkan tangan ke dada.
Zarul mencubit pipi adiknya. " Hey, cakap tu baik-baik sikit. Abang bukan nak buat bukan-bukan kat dia orang lah. Abang ada urusan dengan dia orang. sebab tu abang suruh Ina yang tunjukkan jalan untuk ke rumah dia orang ni. Lagipun tak baik Ina tuduh Abang macam tu. "
Zarina tersengih " Hehe. Sorry Abang. Jom Ina tunjukkan rumah dia orang "
" Ok Jom "
Zarina dan Zarul masuk ke dalam perut kereta.
Kereta milik Zarul laju membelah jalan.
" Ummu, Sarah. Jauh lagi ke? " tanya Iqlima. Dirinya jatuh terduduk. Tudung nya yang senget sempat dibetulkan
" Sikit lagi ni. Lepas 5km sampai la. " jawap Ummu sambil ketawa kecil
" What! 5km!. Jauhnya " Iqlima meraup wajahnya. Telinga nya menangkap suara figura yang tertawakan nya. Ni mesti Sarah yang gelakkan aku. Tak guna punya kawan!
" Aku pelik, kenapa kau orang tak nampak penat ha. Padahal dah jauh kita berjalan " soal Iqlima. Dia orang ni kaki robot ke apa. Tak kan tak penat langsung.
" Kita orang selalu bersenam, jogging. Bukan macam kau. kalau ajak bersenam, ada je alasan dia. Pemalas. Nasib baik kau tu kurus tau walaupun tak bersenam. Kalau kau gemuk, si Aiman tu confirm tak nak kan engkau " Sarah mengekek ketawa manakala Ummu hanya mengelengkan kepala.
" Sarah! Boleh tak kau jangan sebut nama lelaki tak guna tu. Berbulu telinga aku tau tak " Iqlima merengus kasar.
" Eleh, lelaki tak guna konon. Tapi kenapa kau tak suka kat dia ha?. Aku tengok dia handsome , kaya je. " tanya Sarah
" Sarah, kau pun tahu kan yang Si jantan tu buaya darat. Berapa ramai perempuan yang dia ada? Banyak tau. Lagipun aku tak nak lah dekat Lelaki camtu. Entah-entah kalau aku kahwin dengan dia nanti, aku dapat 'madu' ..Euww, nauzubillah " bebel Iqlima manakala Ummu hanya pasrah mendengarnya.
" Ek eleh. Nanti dia kahwin, dia berubah la tu " kata Sarah
" Eh korang! Tengok tu " kata Ummu sambil menunjukkan ke arah kereta Lamborghini yang berwarna hitam itu.
" Eh, tu kereta Zarul kan? " soal Sarah
" Haah lah. Cepat lambai " kata Iqlima sebelum tangan nya melambai-lambai ke arah kereta itu diikuti dengan Ummu dan Sarah
Share this novel