Bab 3: Tiga Ekor Beruk Gila

Humor Series 5367

Telinga Ummu, Iqlima dan Sarah terasa pekak apabila Puan Elena dari tadi membebel kepada mereka.Tu la, siapa suruh bangun lewat.

Puan Elena mengerling sekilas jam berwarna emas di tangannya.

" Ni semua salah kamu bertiga, dah habis waktu kelas saya. Ni last warning.kalau kamu lambat lagi, saya akan gagalkan kamu bertiga sekali dengan rakan sekumpulan kamu, faham! "

' eleh, dia yang duk membebel dari tadi. lepas tu nak salahkan kita pula. lain kali tak payah nak membebel berjam-jam! ' Iqlima membebel sendirian di dalam hati.

" Faham ke tidak! " jerit Puan Elena

Terhenjut bahu Ummu mendengar jerkahan itu.

" Faham puan " mereka bertiga bersuara setelah dari tadi senyap

" Okay, kamu bertiga boleh masuk ke kelas sekarang " kata Puan Elena sebelum kakinya melangkah pergi dari situ.

Mereka bertiga masuk ke kelas perlahan.

Sarah, Ummu dan Iqlima melabuhkan punggung mereka ke atas kerusi itu.

Ummu mengeluh perlahan.
" Iqlima, Ummu rasa lepas ni Iqlima kena kunci jam lah sebab takut bangun lewat lagi. Dan Iqlima jangan tidur lewat lepas ni " kata Ummu

Ya, diantara mereka bertiga, Iqlima lah seorang yang paling lewat nak tidur. Iqlima selalu menyiapkan assignment nya pada waktu malam. Dia lebih suka membuat kerja nya pada waktu malam.

" Betul juga tu " kata Iqlima dengan ringkas.

Telinga mereka menangkap tiga suara yang tertawakan mereka.

" Kesian nya tiga orang tu, kena marah dengan Puan Elena. Sedih nye " ejek Bella manakala dua orang rakan baik nya, Anna dan Rose ketawa mengejek.

Iqlima baru sahaja ingin bangun dari kerusinya, tetapi dihalang oleh Ummu.

" Ummu, kali ni Ummu tak boleh halang Iqlima. Biar Iqlima ajar tiga ekor beruk gila tu " Iqlima merentap tangan Ummu yang memegang tangannya dengan kemas.

Iqlima menuju ke arah Bella, Anna dan Rose.

Tangan nya menepuk meja itu kuat sehingga membuatkan suasana dalam kelas itu yang bising menjadi senyap.

" Hoi perempuan gila, kau memang nak cari pasal dengan kita orang kan. Kita orang ada kacau kau bertiga ke, tak kan. Jadi, jangan sampai aku belasah kau tiga ekor kat sini " Iqlima menunjal kepala Bella sebelum bibirnya dihias senyuman sinis.

" Shit! Don't touch me. Jangan sentuh I dengan tangan You yang jijik tu. Apa, you ingat I takut dekat you ha? " kata Bella dengan berani. Padahal dalam hatinya, Allah sahaja yang tahu betapa takut nya dirinya ketika itu.

Siapa je yang tak kenal dengan perangai panas baran Iqlima. Memang dia selalu buat perkara yang luar jangkaan orang lain.

" Oh tak takut eh. Sini aku ajar kau " Iqlima dengan pantas menarik rambut Bella sehingga membuatkan Bella menjerit.

" Sakit lah betina! Lepaskan rambut I! " jerit Bella sambil tangan nya terkapai-kapai berusaha ingin melepaskan tangan Iqlima yang menarik rambut nya dengan kuat.

" Bravo Iqlima. Bravo! Tarik je rambut perempuan jalang tu sampai botak " Sarah menepuk tangan dengan kuat.

Ummu mencubit bahu Sarah dengan kuat.

" Ouch, sakit lah Ummu. Kenapa cubit Sarah ni? sampai hati " Sarah memuncungkan bibir nya yang berwarna merah jambu.

" Sarah ni dah kenapa pergi sokong yang Iqlima buat. Sepatutnya kita pergi halang dia daripada buat benda yang bukan-bukan dekat Bella tu. Kalau Bella mengadu dekat daddy dia macam mana hah? Tak pasal-pasal Iqlima kena buang dari kolej. Sarah nak ke? " kata Ummu

" Ummu, ayah Bella takkan buat macam tu. Dia pun takut dengan Iqlima. " Sarah sengih.

" Dah kenapa pula dia takut dekat Iqlima. Buang tabiat ke? " tanya Ummu sebelum dahinya berkerut.

" Ha, tu yang Ummu tak tahu. Ayah si bella tu takut dengan ayah Iqlima. Ayah Iqlima tu kan yang bantu Ayah Bella masa syarikat dia hampir bankrupt. Jadi.kalau ayah Iqlima tahu yang ayah si bella ni nak buang Iqlima, confirm Ayah Iqlima ni marah dan tak nak bekerjasama dengan ayah si bella gila ini. Mengerti? "

" Oh " Ummu mengangguk tanda faham.

Tangan Iqlima menampar pipi Bella berkali-kali sehinnga membuatkan pipi gadis itu merah.

" Lain kali, jangan cari pasal dengan kita orang tau. Kalau aku tahu yang kau cari pasal dengan aku, ummu ataupun sarah, siap kau aku kerjakan. faham " kepala Bella ditunjal dengan kasar. Sempat Iqlima mengerling sekilas ke arah Aiman yang duduk di belakang Bella. Iqlima menjeling ke arah Aiman sebelum dia mendengus kasar.

Aiman mengekori Iqlima dengan dua ekor mata nya. ' Hmm, menarik '

Iqlima melabuhkan punggung nya di kerusi. Dada nya turun naik. Marah.

" Eh,Iqlima. Kenapa kau tak kerjakan si perempuan miskin dengan alien hijau tu sekali hah? " tanya Sarah.

Sarah mengerling sekilas ke arah Ummu yang sedang mengecilkan mata kepada nya. Jangan marah, Ummu.

" Ah, kau lah pula yang ajar dua ekor beruk meroyan tu. " Iqlima berdengus kasar.

" Okay " Sarah menapak pergi ke arah Bella, Anna dan Rose

" Woi, perempuan sewel. Aku ada urusan dengan dua ekor kawan kau. " kata Sarah dengan selamba lalu menarik rambut Anna dan Rose dengan kuat dan menghentakkan kepala Anna dan Rose ke meja sehingga benjol.

" Padam muka " Sarah ketawa sinis.

Zarul mengelengkan kepala melihat kelakuan Sarah. ' Sarah. Sarah. Kenapalah perangai kau macam ni Sarah, tak padan dengan cantik ' . Zarul mengeluh perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience