Zara membeku tatkala bibir nya menerima kucupan mesra dari Ameera. Malu! Terasa panas pipinya apabila Ameera mengucapkan kalimah itu. Buntu minda nya sewaktu menerima ciuman itu. Haruskah dia menolak? Haruskah dia memarahi? Tidak! Kerana dia sepertinya membiarkan perasaan yang tiba-tiba hadir dan dia sangat mendambakannya saat itu.
Ameera berhenti dan menjarakkan sedikit bibirnya dari Zara sambil memandang tepat kedalam mata Zara. Zara masih lagi terdiam dan memandang Ameera. Apabila dia melihat Zara kekal tenang, dia menciumnya semula dan kali ini lebih mesra. Tanpa disangka, Zara yang tadinya diam mulai membalas ciuman Ameera. Maka saling bertautlah kedua-dua bibir mereka tenggelam dalam nafsu yang membuak-buak.
Kali ini Ameera lebih berani, dia perlahan-lahan menyentuh bahu Zara , dan kemudian tangannya perlahan-lahan menjalar ke pipi, kemudian ke belakang kepala. Kali ini ciuman mereka berdua lebih laju, masing-masing balas membalas ciuman seperti sepasang kekasih yang dilamun cinta. Adegan itu berterusan selama 15 minit dan berhenti apabila lampu tiba-tiba menerangi ruangan itu. Bekalan elektrik telah bersambung kembali. Mereka berdua yang tadinya hanyut didalam ciuman masing-masing menjauhkan diri dan membetulkan posisi duduk.
"Ehem.." Zara berdehem sambil membetulkan rambutnya. Diam! Masing-masing terdiam. Ameera berasa sangat gembira kerana dia berjaya mencium bibir yang telah lama diidamkan olehnya. Dan yang paling penting, Zara seperti membantunya untuk mencapai keinginannya.
"Rasanya hujan dah berhenti, maybe you should go back to your place before hujan turun semula." Ujar Zara dingin.
'Marahkah dia?' Ameera meneka dalam hati. Raut wajahnya yang tadi bahagia terus berubah menjadi pucat. Bimbang jika dia telah tersalah langkah. Tapi tadi sepertinya Zara pun menginginkan perkara yang sama, tapi kenapa Ameera merasa sangat bersalah saat ini?
"Cik Zara, I'm.. I'm sorry for what happen just now.." Ameera cuba mencari cara untuk memujuk Zara. Dia sendiri bingung dan takut sekiranya dia telah menyinggung perasaan Zara.
"No.. It's okay.. Serious.. Just don't say a word no more." Kata Zara sambil berdiri. Sepertinya mahu Ameera pulang segera. Entah apa yang merasuk nya seketika tadi dan kini dia baru tersedar dari kekhilafannya.
Ameera kemudian turut berdiri dan mengemas barang-barangnya. Bersiap diri untuk pulang. Setelah selesai, dia meminta diri untuk pulang, Zara hanya diam dan tidak memandang Ameera walau sekalipun sehingga bayang Ameera tidak kelihatan.
Dia menutup pintu dan kemudian bersandar dibelakang pintu. Dia mengusap mukanya. Dia sendiri tidak tahu apa yang telah terjadi pada dirinya. Kenapa dia harus marah pada Ameera sedangkan dia juga yang bersalah. Dia jugalah yang membiarkan dan membalas tindakan Ameera sebentar tadi. Dia kemudiannya masuk kebilik tidur. Badannya dihempas kekatil yang empuk dalam keadaan tertiarap.
Dia kemudian membalikkan dirinya dan merenung siling. Fikiran nya berkecamuk, perasaan nya bercampur baur. Sungguh dia merasa marah pada dirinya sendiri. Bukan kerana perkara yang telah terjadi, tapi kerana dia bersikap dingin terhadap Ameera sedangkan dia sendiri mendambakan sentuhan Ameera.
Jauh disudut hatinya juga menginginkan Ameera. Waktu Ameera menyatakan suka pada dirinya, terasa berbunga hatinya, sungguh bahagia sekali mendengar kalimah itu. Dan tindakan Ameera menciumnya, dia sendiri merelakan malah dia sendiri juga membalas ciuman itu kerana dia menginginkannya. Perasaan nya berbelah bagi. Dia sepertinya mahu, tapi dalam masa yang sama dia menidakkan perasaannya sendiri.
Zara terbayang adegan mereka saling berbalas ciuman, dadanya berombak menahan nafasnya yang tidak keruan. Sesungguhnya dia sedar kekhilafan itu, tapi dia mengakui bahawa dia juga merasakan manisnya kekhilafan itu.
Zara memejam matanya dan cuba melupakan kejadian sebentar tadi. Berkali-kali dia bertarung dengan perasaan sendiri dan berkali-kali jugak dia memujuk hatinya bahawa perasaan itu dorongan nafsu semata-mata. Dia menyukai lelaki. Ya! Lelaki iaitu Adli! Pengaruh alkohol yang diminumnya tadi perlahan-lahan memberi kesan mengantuk dan akhirnya dia tertidur.
***
Share this novel