Sebaik sahaja tiba disuatu sudut, Ameera melepaskan genggaman tangan nya dari tangan Zara. Zara mula teresak-esak dan menangis semahu-mahunya.
Buntu! Ameera buntu bagaimana hendak memulakan bicara. Dia kemudian nya mencari tempat yang sesuai dimana mereka boleh duduk sementara Zara berhenti menangis.
Dilihatnya ada kerusi di hujung sudut club tersebut lalu dia pun memimpin Zara untuk duduk di sana.
"Cik Zara, Cik Zara okay tak ni? Siapa lelaki tadi? Nak saya buat report polis ke??" Tanya Ameera risau. Masakan tidak, Zara menangis tidak berhenti sehingga mata-mata yang ada di sana memandang mereka berdua.
Dilihatnya Zara tidak membalas pertanyaannya, lalu dia pun mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi pihak polis.
"Cik Zara, saya call polis ye?" Soal Ameera kembali.
"No..no..noooo..." jawab Zara dalam tangis sambil menggeleng kepala. Ameera pun menurut dan dia hanya duduk dihadapan Zara sambil berharap Zara akan berhenti menangis.
Selang beberapa minit, telefon nya berdering. Tertera nama Naim lantas dia pun menjawab panggilan tersebut.
"You kat mana? Asal tiba-tiba ghaib ni??" Soal Naim cemas. Suara nya tenggelam timbul namun masih bisa ditangkap oleh gegendang telinga Ameera.
"I kat luar, ada emergency, panggil yang lain keluar boleh? I Need help." Balas Ameera. Serentak itu telefon pun dimatikan.
Dia menunggu rakan-rakannya keluar membantu. Sejujurnya, dia pun panik dan buntu dengan apa yang baru sahaja terjadi. Tidak lama kemudian, kelibat Naim, Abun dan Diana keluar dari dalam club tersebut sambil mata mereka melilau mencari keberadaan Ameera.
Abun orang pertama yang melihat Ameera terus berjalan menuju kearah Ameera sambil menepuk lengan Naim dan Diana.
"Siapa?" Soal Abun tanpa suara, hanya menggunakan pergerakan bibir sahaja. Ameera pun berdiri dan mengajak rakan-rakan nya pergi jauh sedikit daripada Zara untuk berbincang.
"Ini bos I, tadi tak sengaja nampak dia kat dalam, and korang tau tak? Ada sorang mamat ni lempang muka dia. I nampak, then i pun terus datang dan bawak dia keluar dari sana." Jelas Ameera panjang.
Yang lain hanya mendengar penjelasan Ameera dengan tekun.
"And now, i don't know what should i do with her. She's just crying till now." Sambung nya lagi sambil memandang Zara yang tengah menangis.
"Relax, biarkan je dia menangis. Bagi dia ruang, kita teman dia dan tolong dia kalau dia perlukan pertolongan." Balas Naim dengan tenang.
****
Hampir 20 minit juga Zara menangis, dia kemudian nya berhenti menangis, namun masih tersedu-sedu. Ameera pun cuba untuk bertanya kembali dan berharap Zara akan membuka mulut.
Belum sempat Ameera bersuara, Zara membuka mulut.
"I need a drink, please tolong teman I. But not here please.." pinta Zara dengan tersedu-sedu sambil memandang Ameera.
Mereka semua seolah-olah faham dan terus pergi ke club lain yang berdekatan. Sambil mereka minum, sempat juga mereka memperkenalkan diri masing-masing.
Namun hanya beberapa soalan sahaja yang keluar dari Zara, selebihnya mereka hanya diam menikmati musik dan wine. Sesekali mereka memandang Zara yang sedang minum.
Mungkin agak kekok bagi mereka, manakan tidak, dia adalah bos Ameera. Tidak pernah terlintas difikiran mereka bahawa mereka akan minum bersama seseorang yang bergelar bos.
Zara minum dengan banyak pada malam itu sampai dia tidak mampu untuk berdiri. Memandangkan Ameera pun tidak tahu dimana kediaman Zara, dia mengambil keputusan untuk membawa Zara balik kerumah nya pada malam itu.
Dengan bantuan Naim, Zara dipapah ke atas katil Ameera. Lalu Naim pun beredar untuk pulang ke rumahnya. Ameera kembali memandang Zara, dilihatnya baju Zara habis tertumpah air sewaktu minum di club tadi, dia pun bercadang untuk menukar baju Zara.
Naluri perempuannya tidak sampai hati melihat Zara dalam keadaan sebegitu. Mujurlah ukuran badan mereka berdua lebih kurang sama, tidak perlu pening kepala untuk cari baju ganti. Cuma Ameera lebih tinggi daripada Zara walaupun Zara lebih tua 6 tahun dari Ameera.
Sewaktu hendak membuka baju Zara, dia sedikit tergoda dengan tubuh Zara yang seperti seorang model. Dia membuka baju Zara perlahan-lahan, namun dia tidak membuka pakaian dalam Zara kerana dia sendiri merasakan tidak perlu dan mungkin Zara tidak selesa jika dia bangun pada keesokan harinya.
Setelah selesai menukar baju dan seluar, dia pun baring disebelah Zara. Dia pun cuba menutup matanya namun gagal, dia berpaling kearah Zara yang berada disebelah sambil berfikir.
'Apalah yang jadi kat dia ni sebenarnya.' Bisik nya dalam hati.
Sedang dia memerhati Zara, tidak semena-mena Zara berpaling kearahnya. Rambut nya yang panjang dan ikal yang menutup mukanya dari tadi tersingkap hingga menampakkan wajahnya yang cantik.
Bibir nya yang persis seperti pelakon Angelina Jolie terlihat seksi dimata Ameera. Baru itu lah dia betul-betul melihat wajah Zara.
Glupp~
Ameera menelan air liur nya. Pemandangan indah di depan matanya itu betul-betul mengusik hatinya. Dia perlahan-lahan merapatkan mukanya ke arah Zara.
Umpama magnet, matanya memandang bibir Zara. Hampir saja dia mencium Zara, namun dia tersedar sendiri.
'Dia bos kau Ameera!! Gila apa?!' Gerutu Ameera dalam hati. Belum sempat dia mengalihkan pandangannya, dengan tiba-tiba Zara membuka mata.
Maka mereka berdua pun saling bertentang mata. Ameera terkedu dan kaku tidak bergerak walau seinci.
Share this novel