"You jangan bagi i marah pagi-pagi ni boleh tak!Memekak lah" tengking Adli. I dah kata tak kan. You nak i block nombor you ke?!!"sambungnya lagi.
"Sayang please jangan, oo..okay, okay, i mintak maaf. Nanti i call you balik okay sayang."
Tutt~
Talian dimatikan. Tanpa sedar airmata Zara mengalir semula hingga merosak solekan nya. Dia mengambil tisu dan menghembus hingus. Matanya bengkak kerana semalaman menangis setelah melihat gambar yang dihantar oleh Zarif, iaitu kawan baiknya.
Gambar Adli berciuman dengan seorang wanita ketika di club malam. Zara cuba menghubungi Adli sebaik saja menerima gambar tersebut. Ingin saja dia terus pergi ke club tersebut pada waktu itu, tapi disebabkan dia sedang keluar makan malam bersama keluarganya membataskan dia untuk pergi.
Disepanjang makan malam itu, dia menahan tangis dan resahnya kerana takut akan Ayah dan abang-abang nya. Keluarga Zara sudah masak dengan perangai Adli.
Pernah sekali sewaktu Zara pergi kerumah keluarganya sambil menangis kerana Adli berlaku curang. Ayah dan abang-abang nya memanggil orang dan memukul Adli.
Dek kerana itu, Adli memutuskan hubungan nya dengan Zara dan menghilang selama seminggu. Zara bagaikan hilang semangat sampai dia tidak pergi ke pejabat. Berkurung dibiliknya.
****
Zara tiba ke pejabat dengan muka yang bengis. Pekerja yang ada menyapanya. Ameera yang melihat nya terus berdiri sambil tersenyum. Tapi Zara menonong berjalan ke dalam bilik nya yang berada betul-betul dibelakang meja Ameera.
Pssst! Ameera menoleh kearah bunyi tersebut.
"Bos tengah moody, nanti je ye saya kenalkan awak dengan dia. Sekarang saya kenalkan awak dengan yang lain dulu Ok." kata Maira sambil tersengih.
Ameera mengangguk tanda faham sambil tersenyum. Dia kemudian nya berjalan disamping Maira. Setelah memperkenalkan diri, Ameera kembali duduk di mejanya. Dia kembali melihat contoh-contoh produk didalam komputernya.
Dihari pertamanya, dia tidak mempunyai tugasan dahulu, hanya disuruh memahami selok belok product yang ada dan meneliti hasil kerja senior designer sebagai rujukan nya nanti.
Ameera bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan iklan media sosial untuk marketing team. Manakala senior designer pulak bertanggungjawab untuk design kulit dan kotak produk-produk.
****
Jam menunjukan pukul 12.10 tengahari. Masing-masing pekerja yang berada didalam pejabat tersebut bersiap untuk pergi makan tengahari.
Baru saja Ameera bangkit dari kerusi, terdengar pintu dibelakangnya dikuak. Ameera pun menoleh sambil bersedia untuk mengukir senyuman mesra kepada bos nya. Kerana emosi bos nya tidak stabil, jadi dia belum lagi memperkenalkan diri nya.
Zara berhenti dihadapan pintu sambil memandang Ameera dengan pandangan yang agak bengis.
"You siapa?!" soal Zara dengan nada tegas. Kerana sibuk melayani perasaan sendiri, dia lupa bahawa hari itu pekerja baru akan masuk.
"Aa. Sa..saya Ameera Puan, staff baru kat sini." jawab Ameera teragak-agak. 'Eh perempuan ni, muka cantik, tapi perangai.. Hishh, tau la bos, tapi tak perlu kot camtu sangat!' gumamnya dalam hati.
"Oh, okay. Nanti kalau ada yang tanya, bagitau i keluar." ujar Zara. Masih tegas tapi lebih lembut dari sebelumnya.
"Baik Puan." Ameera mengangguk tanda faham.
"And one more thing, don't call me Puan." sambung Zara.
"Okay Puan, eh Cik Zara." sahut Ameera.
'Macamni hari-hari seram ah nak hadap bos." omel nya dalam hati. Dia pun mengambil telefon bimbit dan dompetnya dan bergegas untuk keluar makan tengahari.
Share this novel