Setelah Ameera selesai menceritakan peristiwa semalam, Ameera agak teragak-agak untuk menanyakan sesuatu. Namun perasaan ingin tahu tidak dapat disembunyikan, lalu dia pun memberanikan diri untuk bersuara.
"Maaf Cik Zara kalau soalan saya keterlaluan tapi, siapa lelaki semalam dan kenapa Cik Zara tak bagi saya call polis?" Soal Ameera sambil menghirup air milo yang mulai sejuk.
"Oh....hmmmmm...that is my boyfriend." Balas Zara. Serentak itu perasaan sedih mula terbit kembali apabila mengenangkan Adli tergamak memperlakukan dirinya seperti itu. Dia merasa amat kecewa sekali apabila dirinya ditampar dikhalayak ramai, tapi yang paling menyakitkan apabila adegan itu berlaku dihadapan perempuan yang bersama dengan Adli. Adli tidak pernah mengaku curang, namun acap kali dia meninggalkan Zara begitu saja dan menghilang.
Zara sudah masak dengan perangai Adli, tapi entah mengapa dia tidak boleh meninggalkan Adli. Setiap kali Adli datang dan pergi sesuka hatinya dan setiap kali itu juga Zara memaafkan Adli. Tanpa sedar airmata Zara mula mengalir, Ameera yang menyedari mula merasa bersalah. Adakah kerana soalan yang diajukan terlalu sensitif buat Zara? Dia sendiri mula bingung apabila Zara mula menangis teresak-esak.
Ameera dengan segera meletakkan gelas ke meja, dia menarik kerusi agar dia boleh duduk dengan lebih rapat. Dia mula memeluk Zara dengan niat untuk menenangkan Zara, Zara hanya membiarkan malah tangisan nya semakin galak apabila Ameera mula membelai rambutnya. Zara menangis di dada Ameera buat beberapa ketika, terasa senang sekali apabila dia dilakukan seperti itu.
Setelah reda, dia mengesat airmata, habis baju Ameera basah terkena hingus dan juga airmatanya. Ameera kemudiannya menghulurkan tisu supaya Zara boleh mengelap sisa airmata dan hingusnya.
"Thanks...." Ucap Zara sambil tergelak kecil.
"Memalukan je I ni, menangis macam budak kecik." Sambungnya lagi.
"No..it's okay, atleast beban kat dada you berkurangan kan." Balas Ameera sambil tersenyum. Tidak lama kemudian, Zara ingin pulang ke rumahnya, dia teringat bahawa semalam dia pergi ke club itu membawa kereta.
"By the way, i nak balik, tapi kereta i kat mana?" Soal Zara.
"Ah, tak tahu la jugak, maybe masih kat club kot, sebab semalam pon kawan saya yang hantar kita balik." Jawab Ameera.
"I need my stuff, i have to call someone to pick me up." Ujar Zara lagi.
"Barang Cik Zara ada dalam bilik saya, and baju Cik Zara saya cuci dulu nanti saya pulangkan." Jawab Ameera selamba.
"Baju??" Soal Zara dengan nada terkejut sambil melihat baju yang dipakai olehnya. Barulah dia sedar bahawa dia menggunakan baju Ameera. Ameera pun menjelaskan kenapa dia terpaksa menukar baju Zara dan Zara hanya mengangguk tanda faham.
Ameera kemudian pergi mengambil beg tangan Zara didalam bilik kemudian menyerahkan kepada Zara. Zara mencapai telefon bimbit didalam beg kemudian mencari nama seseorang.
"Kalau Cik Zara tak kisah, saya boleh hantar Cik Zara ke club, tapi naik skuter je lah, sebab saya tak ada kereta lagi." Ameera menawarkan diri untuk menghantar Zara. Zara menolak dengan baik kerana dia boleh menghubungi pemandu peribadi keluarga untuk menjemputnya.
"Hello..Encik Badar sekarang ada kat mana?" Zara menelefon pemandu peribadinya.
"Sekarang saya kat Seremban Cik Zara, Tuan ada meeting kat sini." Jawab Badar.
"Ohh.. okaylah kalau macamtu." Dia pun mematikan panggilan. Ameera yang mendengar perbualan itu bertanya kembali untuk memberikan tawaran tadi kepada Zara. Zara yang tiada pilihan terpaksa akur, dia tidak pernah menaiki motor mahupun skuter dan itu akan menjadi pengalaman pertamanya.
Mereka kemudian bersiap-siap untuk berangkat pergi ke club. Sepanjang perjalanan, Zara memeluk erat tubuh Ameera kerana takut. Entah kenapa Ameera seperti menikmati keadaan itu. Ada senyuman nakal terukir dibibirnya apabila sesekali dia melepasi bonggol di jalan, Zara akan memeluknya dengan lebih kuat dan keadaan itu menyebabkan Ameera boleh merasa dua benjolan bergeseran dibelakangnya.
Share this novel