Mata tu Agak Nakal Ye?!

Romance Series 6230

   Sebaik saja tiba di club, Ameera hanya mengikut kata Zara mencari kereta Zara. Setelah menjumpai kereta Zara, dia kemudiannya menunggu dan memerhati Zara sehingga dia masuk ke dalam kereta Merc  milik Zara sehinggalah Zara berlalu, sempat juga masing-masing melambai tangan sebelum keduanya berlalu pergi.

   Setelah seminggu berlalu, Zara kerap bekerja lebih masa untuk mengisi masa yang lapang, kerana dia sendiri tidak mahu terus dibelenggu kesedihan setiap kali keseorangan. Semasa di pejabat, dia juga kerap bertegur sapa dengan Ameera, namun hanya sapaan sebagai seorang bos dan pekerja.

   Sebenarnya, sejak dari peristiwa di rumah Ameera, Zara kerap memerhati Ameera yang mana tempat duduk Ameera  betul-betul didepan pejabatnya. Tapi Ameera tidak perasan kerana cermin kaca penghadang hanya boleh dilihat dari dalam pejabat Zara untuk mengekalkan privacy.

   Sesekali Zara merenung Ameera yang sedang mencetak dokumen, ada juga sewaktu Ameera membancuh air dan adakalnya juga sewaktu Ameera bersembang dengan pekerja yang lain. Dia kagum dengan keindahan wajah Ameera, walau hanya mengenakan gincu berwarna merah cair dan maskara, dia tetap terlihat anggun dengan rambut yang diikat ala kadar yang mana ada rambut yang dibiar tidak berikat. Manakala lesung pipit nya pula dalam sekali. Dia sendiri tidak faham kenapa dia sering mencuri pandang akan Ameera, namun dia mengendahkannya dan menyambung kembali kerjanya.

   Tengahari itu Ameera dan rakan-rakannya bercadang untuk makan tengahari bersama, kebetulan tempat kerja mereka jugak tidak jauh diantara satu sama lain. Tengahari itu Naim, Diana dan Abun tiba awal dari Ameera di sebuah restoren jepun. Rakan pejabat yang lain masing-masing sudah menghilang dari ruang pejabat, hanya tinggal Ameera dan Zara. Ameera pun terburu-buru mengemas barang-barangnya untuk keluar. Dia kemudiannya mengetuk pintu Zara untuk meminta izin keluar.

   Tukk.Tukk.Tukk.
   "Cik Zara, saya nak keluar lunch dulu ye." Pinta Ameera. Zara pun memandang lalu tersenyum dan mengangguk tanpa bersuara. Perasaan malu tiba-tiba terbit di sanubarinya, mungkin kerana dia sedang leka memerhati Ameera sebelum Ameera mengetuk pintu biliknya. Baru beberapa langkah Ameera menjauh dari pintu bilik Zara, dia kemudian nya berpatah balik dan mengetuk semula bilik Zara.
   "Cik Zara tak lunch? Kalau nak boleh join saya, kawan-kawan saya yan malam tu pun join sekali." Pelawa Ameera mencuba nasib. Entah apa yang merasuknya tiba-tiba sehingga dia memberanikan diri untuk mengajak bosnya keluar makan.
  
   "Aaa, emmm, okay, boleh jugak kot, I pun dah rasa lapar sedikit." Tanpa disangka, Zara menerima pelawaan Ameera bersahaja. Apalagi Ameera, tersenyum dia sehingga ketelinga kerana tidak menyangka bahawa bosnya sudi untuk keluar makan bersama.
   "Tapi Cik Zara okay ke kalau jalan kaki? Sebab restoran tu sebelah bangunan kita je." Tanya Ameera. Bagi Zara benda itu biasa kerana dia sering berjalan kaki ke bangunan sebelah untuk berjumpa klien, dia lebih memilih untuk berjalan kaki daripada menaiki kereta, mana tidak, berjalan sajaha tidak lebih dari 10 minit, kalau naik kereta boleh cecah setengah jam kerana jalan utama di kawasan pejabatnya itu adalah jalan utama.
  
   Mereka berdua kemudiannya tiba di tempat yang dijanjikan, dalam perjalanan, sempat juga Zara bertanya akan rakan-rakannya itu, dia tidak berapa mengingati wajah-wajah mereka, namun dia tahu dua diantaranya adalah pengkid. Ameera pun menceritakan serba sedikit tentang Naim, Abun dan Diana. Abun dan Diana adalah pasangan kekasih, manakala Naim pula tengah terikat dengan percintaan jarak jauh. Ameera sangat berfikiran terbuka dan tidak peduli akan pandangan orang terhadap kaum seperti mereka, baginya kalau suka, kawan, kalau tidak, boleh pergi mam$%s. Tapi yang mengkagumkan Ameera adalah Zara menerima ceritanya itu seperti biasa, langsung tiadak riak terkejut mahupun jijik di wajahnya.

   "How about you? Your partner orang sini?" Soal Zara tiba-tiba.
   "Oh, no, i'm still single." Balas Ameera sambil tergelak kecil.
   "Mustahil lah tak berpunya, Ameera cantik kan." Ujar Zara sambil tersenyum. Ada sebuah perasaan lega apabila dia mengetahui bahawa Ameera masih tidak berpunya.
   "Mana ada cantik Cik Zara, belum ada jodoh lagi kot." Jawab Ameera malu, manakan tidak, dirinya baru saja dipuji cantik.
   "Ke you memilih sangat?" Sambung Zara kembali dengan nada mengusik. Mereka berdua tergelak kecil sewaktu tiba di meja makan.

   Abun dan Diana terperanjat melihat Zara berjalan disamping Ameera, ye lah, bos-bos makan dengan kita, siapa yang tidak gelabah kan. Namun Naim nampak tenang, baginya itu biasa kerana dia juga datang dari keluarga yang berada, dia juga bekerja di syarikat kepunyaan bapanya sendiri. Mereka kemudian menyambut Ameera dan Zara dengan senyuman mesra dan mempelawa mereka untuk duduk. Mujur meja makan yang ditempah Naim boleh memuatkan 6 kerusi, jadi tidak perlu mereka untuk pindah ke meja makan yang lebih besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience