Ahh! Dia ke??

Romance Series 6230

   "Macam mana kerja kat sini? Okay tak?" You dah lima hari kan kat sini?" Tanya Farouq, Senior Designer di Zara Cosmetic.
" So far so good. Cuma tu lah, bos kite tu memang selalu tak masuk office ye?" Balas Ameera.
" Taklah selalu, ikut mood dia jugaklah. Tapi kalau mood dia okay, sebulan - bulan tu jugak you akan tengok muka dia kat office." Jawab Farouq.
"Oooooo" balas Ameera ringkas.
"By the way, esok hari Sabtu kan, malam ni nak keluar tak?" Ujar Farouq lagi.
"Emm, sorry tapi saya malam ni dah ada plan." Jawab Ameera sambil tersenyum.

   Tiingg! Bunyi telefon Ameera menandakan mesej yang masuk. Diperhatinya notifikasi whatsapp, dan membukanya.

'Mira, malam ni on tak on?' - Abun
'Siapa jugak ada malam ni?' - Ameera
'Ahh, macam biasa lah, semua free malam ni.' - Abun
'Okay lah, kalau macam tu on je lah. Sape pickup aku?' - Ameera
'Naim pickup lah. Aku dan Diana nak singgah rumah mak dia dulu.' -  Abun
'Ai ai cip!' - Balas Ameera ringkas.

   Petang itu Ameera balik agak lewat dari hari sebelum nya, Farouq sudah mula memberi tugas kepada Ameera pada hari itu. Ameera baru sahaja selesai mandi, kedengaran telefon bimbit nya berbunyi. Dia pun bergegas mencapai telefon bimbit nya dan menjawab panggilan tersebut.

"Hai you, i kat luar ni." Naim menyapa. Naim adalah kawan sekuliah Ameera dan jugak Abun, seorang pengkid sejati. Bukan sahaja perwatakan dan pakaian seperti lelaki, malah dia memiliki suara yang garau. Ramai wanita-wanita yang jatuh cinta padanya kerana menyangka dia adalah lelaki, tapi setelah tahu, mereka hanya tinggal suka. Dan ada juga yang terjebak ke dalam hubungan songsang ni kerana dia. Tubuhnya yang tinggi dan agak maskulin, beserta wajahnya yang agak tampan dan berkulit cerah. Pantas ada diantara wanita terpikat padanya.

"Aii, awal! I masih berkemban lagi ni, jap buka pintu" sambil mata Ameera melirik ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 7.30 malam dan terus mematikan telefon bimbit nya.
"You masuk dulu and tunggu jap, i nak bersiap dulu. Asal awal sangat?" Soal Ameera.
"Tak ada lah, tadi i nak beli rokok dulu, malas nak dua tiga kali keluar, so i terus datang lah." Sambil tersengih memandang Ameera.
"Ooo..." jawab Ameera ringkas lalu masuk kebilik semula.

   Dalam diam Naim menyimpan perasaan pada Ameera, bukannya dia tidak mahu meluahkan perasaannya pada Ameera, tapi dia tahu Ameera tidak berkenan dengan lelaki mahupun pengkid. Ya, pendek kata, Ameera menyukai perempuan yang lemah lembut.
Sepanjang dia mengenali Ameera, dia kerap bertukar-tukar pasangan. Bukan kerana dia tidak setia, tapi dia agak tegas dalam hubungan.

   Pernah sekali, Wawa, girlfriend kepada Ameera diputuskan hanya kerana dia melayan mesej lelaki sekelas dengannya. Mungkin bukan curang, tapi bagi Ameera, mesej yang terlalu mesra itu membuat dirinya berasa tidak selesa. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kerana dari perbualan mesra, yang akhirnya dia dicurangi.

****

   Ameera dan kawan-kawan nya berseronok di Club malam. Ameera mencapai gelas wine sambil matanya melilau kearah orang ramai yang sedang asyik menari-nari. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada raut wajah seorang wanita yang dia kenali. 'Ahh, Dia ke??' Katanya didalam hati. Sosok tubuh itu seolah-olah sedang mencari sesuatu, matanya melilau didalam samar-samar cahaya yang berwarna-warni. Kemudian dia berhenti di salah satu meja dan menarik tangan seorang lelaki yang sedang duduk bersama beberapa orang. Lelaki itu kelihatan agak marah lalu berdiri. Tidak semena-mena satu tamparan hinggap dimuka perempuan tersebut.

"Boss!!" Pekik Ameera lalu berlari kearah wanita tersebut. Pekikannya tidak didengari kerana suaranya tenggelan di dalam musik yang agak kuat di club tersebut.

"Hoi, apahal you ni?!!" Ameera menolak bahu lelaki tersebut dan kemudiannya mencapai Zara. Serentak itu Zara memegang pipinya dan menangis. Zara pergi ke club tersebut sebaik sahaja menerima mesej dari kawan nya tentang keberadaan Adli. Semenjak hari itu, Adli tidak menjawab panggilan nya, malah nombor nya disekat. Sudah beberapa kali Zara pergi ke rumah Adli untuk mencarinya, namun hampa. Ameera kemudian menarik tangan Zara dan membawanya keluar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience