Selepas saja Ameera tiba dirumah, dia terus menyalin pakaiannya yang basah ditimpa hujan ketika perjalanan pulang. Setelah itu dia baring dikatil, sepanjang perjalanan pulang, dia tidak berhenti memikirkan kebodohan diri sendiri. Rasa bersalah menyelubungi diri setelah melihat reaksi Zara yang dingin. Terus menerus dia mengenang kembali kejadian itu sehingga dia terlena.
***
Pagi itu Zara tidur dengan nyenyak sehingga tidak sedar penggera yang telah ditetapkan di telefonnya. Kira-kira hampir 12 tengahari baru dia tersedar, dia segera bingkas dari tidurnya dan bersiap-siap untuk pergi ke pejabat. Sebelumnya dia telah menelefon Encik Badar iaitu pemandu peribadi keluarganya untuk menghantarnya ke pejabat pada hari itu.
Setelah tiba di pejabat, dia menyerahkan kunci kereta miliknya kepada Encik Badar dan menyuruhnya untuk berurusan dengan pihak pusat servis untuk urusan servis kereta dan kemudian berjalan menuju ke pejabat. Sebelum tiba didepan pejabat, dia berhenti dan menarik nafas panjang sambil membetulkan pakaian dan rambutnya. Sepertinya dia bersedia untuk berjumpa dengan seseorang. Setelah itu dia masuk ke pejabat sambil matanya galak mencari seseorang namun tidak kelihatan. Mungkin ke bilik air getusnya di dalam hati. Dia kemudiannya masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu. Setelah itu dia duduk dan membuka laptopnya dan membuat kerja, sesekali matanya melilau keluar mencari seseorang.
Setelah 20minit berlalu dan wajah yang dinanti masih tidak kelihatan, dia resah, manakan tidak, selepas kejadian malam semalam dia langsung tidak menghubungi Ameera, Ameera juga tidak menghantar apa-apa pesanan ringkas padanya.
'Where are you Ameera?' Soalnya dalam hati, bimbang sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku kepada Ameera ketika dalam perjalanan pulang. Hatinya tidak senang lantas dia keluar mendapatkan Maira.
"Maira, mana Ameera?"
"Dia cuti sakit Cik Zara."
"What?! Kenapa?" Soalnya bimbang.
"Dia terkena serangan asma pagi ni, jadi dia cuti dua hari." Jelas Maira.
Terbit rasa kasihan dalam hatinya terhadap Ameera.
'Adakah aku puncanya? Harap-harap dia baik-baik saja.' Bicaranya dalam hati. Dia kemudian kembali ke tempatnya dan menyambung kerja. Sepanjang hari dia merasa resah, duduk serba tidak kena. Dia tidak boleh menumpu perhatian pada kerjanya dek kerana memikirkan keadaan Ameera.
Sesekali mencapai telefon bimbit dan mencari nama Ameera, mahu sahaja dia menghubungi Ameera namun niatnya terhenti, kerana perasaannya yang sendiri berbelah bagi, masih malu dengan diri sendiri di atas kejadian malam semalam, tapi dalam masa yang sama dia betul-betul risau akan keadaan Ameera.
Telefonnya berbunyi, tertera nama Encik Badar, dia pun menyahut panggilan itu. Setelah usai, dia melihat jam ditangan, tepat pukul 5.30 petang. Encik Badar menghubungi Zara kerana hendak menyerahkan semula kunci kereta miliknya setelah urusan servis kereta selesai. Zara menyuruh Encik Badar untuk menunggunya di tempat letak kereta, dia memutuskan untuk terus pulang.
Ketika di dalam kereta, dia sekali lagi cuba untuk menghubungi Ameera, kali ini dia nekad untuk bertanyakan keadaan Ameera. Setelah beberapa saat, terdengar satu suara menyahut panggilannya, suaranya agak lemah. Sayu rasa hatinya mendengar suara itu. Sungguh tidak bermaya sekali suaranya.
"Hai Ameera, sorry ganggu you rehat, i tahu you tak sihat..." Zara mati kata-kata, dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahu ketika dia menghubungi Ameera.
"Tak apa Cik Zara. Kenapa ye? ?" Soal Ameera cuak, bimbang Zara menghubungi nya kerana peristiwa semalam, namun suaranya terdengar lemah.
"Ahh... Tak ada pape, you dah makan ubat?"
"Oo, dah.. Dahh Cik Zara." Jawab Ameera ringkas, dia masih meneka kemungkinan soalan-soalan lain yang berkaitan malam semalam keluar dari mulut Zara, takut tiba-tiba disoal, dia tidak bersedia lagi jikalau Zara memarahinya di atas kejadian semalam. Dirinya tidak berdaya untuk menghadapi kemungkinan yang akan terjadi dalam keadaan yang dirinya yang tidak sihat.
"You dah makan?" Soal Zara sepatah.
"Emm, belum lagi Cik Zara. Nanti malam sikit kot." Pelik! Itu fikir Ameera, dia tidak tahu kenapa Zara tiba-tiba menanyakan soalan sebegitu, sepertinya malam semalam dia bersikap agak dingin selepas kejadian itu. Tapi harini kenapa? Dia sendiri bingung tidak tahu apa yang bermain di dalam fikiran Zara.
"You makanlah, nanti bertambah sakit kalau tak makan. You rehat lah dulu ye.." Pesan Zara.
"Baik Cik Zara. Nanti I makan, sekarang takde selera lagi."
"Okay, have a good rest ya! Take care." Zara mematikan talian, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.
Ameera terpinga-pinga, masih keliru dengan kelakuan Zara. Dia kembali memejam mata, tidak mahu berfikir terlalu jauh. Hendak makan pun tidak larat, apa lagi untuk memikirkan benda-benda seperti itu. Dia hanya mahu berehat secukupnya agar dia boleh kembali bekerja seperti biasa.
****
Share this novel