Pekerja Baru!

Romance Series 6230

   Cuaca pada pagi itu sangat memahami Ameera. Almaklum, itulah hari pertama dia mula bekerja sebagai designer di salah sebuah syarikat kosmetik yang mula menempa nama di Malaysia iaitu Zara Cosmetic.

   Ameera mengenakan baju putih berlengan panjang smart casual dan dipadankan dengan seluar jeans hitam slim fit. Di syarikat itu tidak mempunyai kod baju, namun Ameera selesa mengenakan pakaian seperti itu kerana sudah terbiasa semasa dia belajar di Universiti.

   Dilihat jam ditangan sudah pukul 8.30 pagi, dia pun mengambil kunci skuter nya dan memulakan perjalanan. Dari rumahnya, perjalanan hanya mengambil masa 15 minit sahaja.

****

   Loceng dipintu dipicit. Kelihatan seorang wanita yang bertubuh gempal berjalan menuju kearah pintu.

   "Ye, boleh saya bantu?" soal wanita itu sambil membuka pintu.
   "Ahh, hai! Saya Ameera, saya pekerja ba..." belum sempat Ameera menghabiskan ayatnya, satu suara dari belakang menyampuk.

   "Ahh, you designer baru tu kan? Masuklah. Ikut Puan Maira ye." En. Azhar, manager di Zara Cosmetic, dia jugalah yang menemu duga Ameera. Jadi Ameera pun sudah mengenali pemilik suara tersebut. Ameera pun tersenyum sambil mengikut wanita dihadapan nya.

   "Oh, Ameera designer baru ye? Saya Maira, admin kat sini." Maira memperkenalkan dirinya sambil berjalan menuju ke meja kosong di hujung sudut.

   Terlihat meja tersebut telah lengkap dengan komputer dan alat tulis untuknya. Dia pun melepaskan sling beg dibahunya dan meletakkan nya dibawah meja. Dia menarik kerusi kemudian duduk. Ada darah gemuruh kerana itu hari pertamanya.

Introduction dia tak panjang sangat lah.. next chapter saya cuba panjangkan ye.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience