Family Baru..hehehe.

Romance Series 6230

Start your content..."Ko memang awesome la Adik. I'm good.." Iswandi bersuara bangga.

Tidak menyangka adiknya seberani itu. Yalah, masakan tidak, hubungan sejenis, tapi Zara berani meluahkan perasaannya tanpa selindung seolah-olah hubungan tersebut adalah hubungan yang normal. Dan yang paling dia kagumi, pilihan adiknya jugak bukan calang-calang, cantik! Hampir saja dia mahu mencuba nasib. Namun terpaksa dia kuburkan hasratnya.

Papp!

Laju tangan Iskandar hinggap kemulut Iswandi untuk menghentikannya. Iswandi memegang mulutnya, terasa sakit walaupun tidaklah sekuat mana pukulan tersebut. Sekadar menepek, tapi tangan Iskandar ni penuh urat, perlahan pun tetap terasa juga.

"Ish! Ape ko ni Long!" Ujarnya Iswandi sambil menolak bahu Iskandar sebagai balasan kerana perlakuannya tadi.

"Chop! So are you saying that.. You are a lesbian?? What a nonsense!" Iskandar bersuara tegas. Seakan tidak percaya. Terbuntang matanya merenung Zara. Tajam! Dia inginkan kepastian dari mulut Zara.

Ameera tersentak! Keringat dingin mula jatuh di pipi. Jantung seakan berhenti seketika mendengar suara Iskandar.

Manakala Zara pula sudah menelan air liurnya, terasa pahit tiba-tiba. Abangnya yang seorang ni sukar sikit untuk diramal. Namun dia tetap memberanikan dirinya.

Tujuan dia mengumumkan hubungan mereka berdua pada malam itu bukan hanya kerana sudah kantoi, tapi dia juga mahu abang-abangnya tahu supaya mereka berhenti untuk menjodohkan dirinya dengan anak dato'-dato' mana entah yang dia sendiri tak kenal. Dan dia juga berharap agar mereka berhenti membebel berkenaan Adli.

Sesungguhnya dia rimas!

Glupp~

Air liur ditelan. Dia menarik nafas dalam sebelum bersuara.

"Yes, i am!" Tegas Zara membalas ringkas. Masih berlagak tenang padahal jantung dia tengah kuat menggoncang dada ketakutan.

Diam..

Suasana jadi sunyi serta merta. Peluh dingin mula membasahi dahi Zara dan Ameera. Kaku! Sejuk seolah-olah berada di dalam peti ais!

Tangan Ameera digenggam semakin kuat manakala sebelah lagi menahan lututnya untuk mendapatkan kekuatan agar dia tetap kukuh.

Iskandar merenung tajam mata Zara.

Zara pula dengan berani membalas renungan abang sulungnya. Padahal kalau sebelum ini, abangnya lah yang paling ditakuti.

"As you wish.. Then i have no objection." Balas Iskandar bersahaja.

Lutut yang dicengkam kuat terlepas setelah mendengar jawapan Iskandar. Matanya yang merenung tajam Iskandar tadi serta merta mengecil. Keliru dengan jawapan Iskandar.

Satu keluhan terlepas dimulut Ameera. Dari tadi menahan nafas apabila suasa menjadi tegang sebentar. Ameera menarik nafas lega. Walaupun masih tidak percaya, tapi itulah kenyataannya.

'Mereka semua ni baik sangat ke atau mereka tak tahu lesbian tu ape?' Omelnya dalam hati.

Masing-masing tergelak melihat wajah pucat Ameera dan Zara. Nampak je berani, tapi takut tu tak boleh selindung. Berpeluh la jugak dahi tu.

Sengaja Iskandar mengusik adik bongsunya. Dia ingin melihat sejauh mana adiknya boleh mempertahankan kekasihnya itu.

Dia sengaja bersikap sedemikian, walhal dia sudah pun mengetahui hubungan adiknya bersama Ameera kerana Puan Aishah terlebih dahulu memberitahu mereka semua. Sesungguhnya dia tidak membantah kerana dia tahu bagaimana adiknya menderita apabila bersama Adli sebelumnya.

Acap kali dia menegur, dia membantah mahupun menasihati, agar Zara memutuskan hubungannya dengan Adli, namun kesemuanya gagal. Tapi kali ini, sepertinya mereka sudah boleh menarik nafas lega dengan pilihan Zara. Tidak perlu lagi bimbang akan manusia yang tidak berguna itu hadir dalam hidup Zara.

Lesbian! Ya, mereka tidak kisah sekiranya Zara memilih untuk mencintai perempuan jika itu boleh membahagiakan si bongsu tersebut.

Boleh dikatakan keluarga mereka ini tidak kisah pada golongan LGBT, kedengaran agak liberal, tapi mungkin kerana mereka sekeluarga kerap merantau ke luar negara. Walaupun tidak pernah terlintas bahawa diantara mereka akan ada yang tergolong dalam golongan tersebut, tapi mereka tidak membantah. Mereka menerima kehadiran golongan tersebut kerana mereka juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Bagi mereka, cinta itu buta. Ia bisa hadir tanpa diduga, tanpa memilih jantina, tanpa memilih usia, pangkat mahupun darjat. Cinta itu subjektif. Keindahan cinta boleh dirasakan oleh sesiapun. Siapalah kita untuk menentukan siapa yang harus kita cintai padahal cinta itu datang dengan sendiri.~

"Zara, you don't have to worry, kami tak halang mahupun larang, kalau itu yang boleh buat you happy, kami terima, as long as Ameera boleh jaga Zara dengan baik." Ujar Shah Azharudin sambil tersenyum memandang Ameera.

Yang lain mengangguk tanda setuju sambil tersenyum.

"Can you promise me that you will take care of my daughter?" Sambungnya lagi sambil memandang Ameera.

"I will try uncle.. I.. I promise you that i will never hurt your daughter." Jawab Ameera meyakinkan sambil menggenggam erat tangan Zara.

Wajah Zara dipandang. Terukir senyuman bahagia di bibirnya. Zara menunduk malu. Dia juga merasa amat bahagia sekali apabila hubungan mereka direstui oleh ahli keluarganya.

#PS
Btw...Thank you pada yang masih setia menunggu sambungan cerita ni.. saya akan sambung lagi bila saya free..

Maaf jugak sebab lama dah xupdate, balik kampung sebulan bercuti jumpa family tercinta.. :) Love you all~****

**** Okay guys.. nampak macam merapu je kan semua ahli keluarga mereka menerima hubungan terlarang ni.. but.. benda ni memang ada yang betul-betul terjadi kat atas bumi yang nyata ni.. ada orang yang boleh menerima hubungan sesama sejenis ni. Ketahuilah bahawasanya kamu tidak bersendirian.. Pada yang belum jumpa..mungkin belum tiba giliran anda..****

Share this novel

Zahra haniffa
2024-06-25 23:49:22 

gile ni cite ..lesbian blh sma family setuju....ulama pun melarang....adooy apa nak jadi...lah...


NovelPlus Premium

The best ads free experience