Cemburu kah Aku??

Romance Series 6230

Ameera duduk di antara Naim dan Zara, setelah selesai memesan makanan, mereka pun kembali terdiam. Zara yang merasa agak janggal ketika itu memulakan bicara.
"You all, thanks sebab tolong temankan I malam tu. Ameera dah ceritakan semuanya. And thanks to you again Naim sebab tolong papah i ke bilik." Ujar nya ikhlas. Mereka yang lain nya kemudian bersuara mengatakan bahawa mereka senang untuk berbuat sedemikian, walaupun sesiapa saja yang dilakukan begitu, mereka tidak akan teragak-agak untuk menolong.

"Cik Zara tak usah bimbang, kami ni pencinta wanita, jadi kami akan melindungi wanita-wanita yang ada." Kata Abun dengan mendabik dada sambil tersengih. Yang lain turut tergelak melihat gelagat Abun yang sedikit lucu. Dia adalah kawan Ameera yang paling menghiburkan, manakala Naim pula karakter dia agak keras dan tenang. Lain pula Diana yang pendiam dan hanya menjadi tukang gelak. Tidak lama kemudian makanan mereka pun sampai dan kemudian nya masing-masing menjamu selera. Ameera memesan beef yakiniku, sedang dia menikmati menu kegemarannya itu, tanpa dia sedari ada sedikit comot di bahagian bibirnya. Naim yang menyedari itu segera mengambil tisu dan mengelap kotoran tersebut.
   "Apa you ni makan comot-comot." Ujar Naim sambil tergelak kecil. Yang lain tidak mempedulikan adegan tersebut kerana mereka tahu bahawa Naim memang cukup menjaga Ameera. Bukannya pertama kali Naim memberi layanan istimewa sedemikian malah selalu, namun ada mata yang kurang selesa melihat adegan tersebut.

   Ya! Zara, dia berasa sedikit cemburu apabila Naim melayan Ameera dengan baik sekali!
   'Ahh, cemburu ke? Tak mungkin lah.. you are straight Zara!' Tepis Zara dalam hati. Dia menidakkan perasaan yang tiba-tiba datang tanpa diduga itu. Malah dia sendiri tidak tahu mengapa dia harus cemburu sedangkan dia bukan seorang yang menaruh minat pada perempuan! Langsung tidak pernah terlintas difikiran nya bahawa dia menyukai perempuan, dan dia juga tidak pernah menyukai perempuan atau terlibat dengan mana-mana hubungan seperti itu. Dia cuba kembali fokus pada hidangan dihadapannya dan cuba menghindar perasaan yang entah dari mana datang tanpa diundang. Sesekali matanya melirik Ameera yang duduk disebelahnya, memang dia mengakui bahawa Ameera mempunyai pesonanya yang sendiri.

   Setelah usai menjamu selera, mereka pulang ke pejabat masing-masing. Zara dan Ameera pun berjalan kaki balik ke pejabat. Dalam perjalanan, Zara mengajukan beberapa soalan pada Ameera berkenaan Naim.
   "Naim dengan you ada something ke?" Soal Zara tiba-tiba.
   "Nope. Kami hanya sekadar kawan." Balas Ameera.
   "Ooo, but it looks like you are someone special for her." Ujar Zara lagi. Ameera hanya tergelak kecil sambil menggeleng kepala tanda menidakkan pernyataan itu. Ameera merasa soalan dan nada Zara ada berbaur cemburu. Adakah Zara meminati Naim? Dia merasa sedikit kecewa sekiranya itu benar. Sepanjang tempoh persahabatan mereka, selalunya itu lah yang berlaku, jika ada perempuan yang meminati Naim, mereka akan datang pada Ameera dan bertanya samada mereka berdua mempunyai hubungan istimewa atau tidak, dan setelah Ameera menjelaskan, mereka akan mula mengorak langkah untuk menggoda Naim. Naim agak terkenal di Universiti dulu, sudahlah lah wajahnya yang agak tampan seperti artis korea, badannya juga tegap kerana dia bersukan dan dia juga seorang atlet badminton semasa di Universiti, tidak kurang jugak dia datang dari keluarga yang berada. Bagaimana seorang perempuan boleh kelihatan sempurna sekali apabila menjadi seorang lelaki, bayangkan kalau Naim berpakaian seperti perempuan, tidak kah pelik?! Jadi tidak mustahil jika ada perempuan yang straight tergoda dan jatuh hati padanya.

   Setelah tiba di pejabat, kedua-dua mereka kembali ke tempat duduk dan menyambung pekerjaan. Ameera yang sedikit kecewa berasa tidak bersemangat. Mungkin kerana dia telah jatuh hati pada Zara dalam diam, jadi apabila mengetahui bahawa Zara seperti agak berminat dengan Naim, dia cuba menguburkan perasaannya itu. Zara membuka laptopnya dan memulakan kerja tapi gagal. Fikiranya agak terganggu sejak dari makan tengahari tadi. Sesungguhnya dia sendiri tidak mengerti, adakah dia cemburu?

   Dia cuba mengalihkan fikirannya lalu mencapai telefon bimbit, dia melihat gambar-gambar Adli dan dirinya, dia inging membuktikan yang perasaannya itu salah. Zara berjaya, setelah melihat gambar-gambar selfie dirinya dan Adli, dia merasa sebak, dia sangat merindui teman lelakinya itu. Sudah berapa lama Adli menghilangkan diri, dan sudah puas juga dia mencari Adli namun tidak berjaya. Nombornya telah disekat menyebabkan dia gagal untuk menghubungi Adli. Dia juga pernah pergi ke kediama Adli, namun kosong tidak berpenghuni, mungkin Adli sedang bahagia bersama teman barunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience