Mereka berdua terbaring keletihan. Zara memejamkan mata dan kemudian terlelap. Ameera tersenyum bahagia. Walaupun Zara tidak menyatakan perasaannya, tapi dia tahu bahawa kemenangan miliknya.
Dia berpaling lalu tersenyum menatap Zara yang tengah nyenyak tidur. Penat setelah diserang sebentar tadi. Ameera mengusap wajah Zara lalu mengecup lembut dahi Zara. Sungguh dia benar-benar jatuh cinta pada Zara. Ameera kemudian memejamkan mata dan terlelap disamping Zara.
****
Ameera perlahan membuka matanya, dia terjaga dari tidurnya setelah merasakan ada yang mengusap lembut pipinya. Dilihat Zara tersenyum sambil menatap wajahnya. Perlahan Zara mengucup bibirnya dan kemudian berbisik ke telinga Ameera.
"Thanks Sayang." Lembut ucapan itu keluar dari mulut Zara. Hati Ameera berbunga setelah mendengar ucapan itu lalu terus memeluk Zara. Dia memandang mata Zara sambil mengukir senyuman tidak percaya.
"Bermimpikah saya?" Soalnya
"No you are not.." Balas Zara lalu menghadiahkan satu ciuman di bibir Ameera.
****
"Morning my sunshine.." Satu kucupan mesra hinggap di pipi Zara. Dia tersenyum bahagia, sambil mengusap matanya yang kelat, dia melihat jam di dinding, hampir pukul 8.00 pagi.
"Baby.. pergi mandi dan siap-siap ye? Saya dah tengah siapkan breakfast." Ujar Ameera. Zara tersenyum sambil mengangguk. Dia kemudian bangkit dari tidurnya. Ameera keluar untuk menyiapkan sarapan pagi mereka berdua.
Sudah genap seminggu mereka berdua bersama dan sepanjang seminggu tu juga Zara menetap dirumah Ameera. Kawan-kawan Ameera juga sudah mengetahui hubungan mereka berdua dan mereka turut gembira dengan berita itu.
Tapi tidak pada Naim, tidak ada riak gembira pada wajahnya, hanya bersahaja. Tapi disebalik wajahnya yang bersahaja, ada perasaan kecewa, hatinya seperti ditoreh-toreh. 'Kenapa tidak aku Ameera?Kenapa?' Soalnya dalam hati.
Setelah selesai sarapan, Ameera dan Zara bergegas ke tempat kerja. Walaupun mereka berdua bersama, namun di pejabat mereka berdua menyembunyikan hubungan tersebut. Almaklum, hubungan terlarang, Zara bimbang hubungannya itu akan menjadi buah mulut orang-orang disekeliling.
Tingg!!
Ameera membaca pesanan Whatsapp yang dia terima.
Zara : Lunch we go out ya! On me...
Ameera : Okay Sayang.. ^^)
Zara : I Love you!
Ameera : Do you?
Zara : I do love you.. really really do! with all my heart Baby ;)
Ameera tersenyum kemudian meletakkan telefon bimbitnya kembali di atas meja. Dia menyambung semula kerjanya. Hatinya masih berbunga-bunga setelah menerima pesanan ringkas sebentar tadi.
"Aiepp.. ape senyum-senyum, teringat kat pakwe ke?" Sergah Yuni sambil menepuk meja Ameera.
"Haishh.. terkejut saya. Ade apa-apa yang boleh saya bantu?" Soal Ameera sambil tersengih. Tanpa disedari ada yang memerhati tingkahnya. Terbit rasa cemburu apabila melihat kemesraan diantara mereka berdua. Lantas telefon bimbit dicapai lalu membuka aplikasi whatsapp. Tidak lama kemudian telefon Ameera berbunyi menandakan ada pesanan ringkas diterima. Ameera membuka dan membaca.
Zara : You are mine.. Behave please.. I can't see you with others!"
Ameera : Don't worry Sayang, I'm yours and will be forever yours ^^)
Ameera tergelak kecil setelah membaca pesanan ringkas tersebut. 'Cemburu jugak you ni kan Sayang." Ujarnya dalam hati lalu mematikan bicara dengan Yuni dengan memberi alasan untuk menyiapkan kerjanya yang tergendala.
****
Share this novel