Perasaan Apakah Ini??

Romance Series 6230

Dalam perjalanan, mereka berdua hanya membisu. Ameera fokus menunggang skuter, cuaca semakin gelap menyebabkan dia kena lebih berhati-hati.

'Macam nak hujan la, lencun la aku balik ni..' Keluh Ameera dalam hati.

Sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah Zara, hujan pun turun dengan lebatnya, awan tidak bisa menampung beban air lalu mencurah-curah membasahi bumi. Mereka berdua tergesa-gesa masuk ke kawasan parking untuk berteduh. Ameera keresahan, ye lah, macamana dia nak balik dalam keadaan hujan yang lebat, baju mereka berdua pun sudah basah ditimpa hujan walaupun tidak sampai beberapa minit hujan turun.

"You masuk dululah berehat and salin baju. Hujan lebat ni." Zara mempelawa Ameera.

"Eh, takpe lah Cik Zara, saya boleh je redah hujan ni." Jawab Ameera sambil tersengih. Padahal dalam hati dia dah mengeluh sakan pasal hujan yang terlalu lebat dengan sejuk yang mencengkam dek kerana baju yang basah.

"No, you masuk salin baju, nanti hujan dah reda, you nak balik then balik lah, nanti you demam i jugak susah kan." Kata Zara sambil menggerakkan jari telunjuk nya kira ke kanan tanda tidak setuju. Ameera memandang Zara dalam keadaan yang keliru, mengapa Zara yang susah kalau dia yang demam? Sepertinya Zara dapat membaca apa yang ada dalam kepala Zara lantas dia pun menyambung semula.

"I susah lah sebab you pekerja I, dah kalau you demam, syarikat jugak yang susah sebab kerja you tertangguh." Kata Zara selamba, padahal dalam hati dia risau sekiranya Ameera balik dalam keadaan hujan yang lebat dan dia tak sanggup kalau-kalau Ameera demam disebabkan terkena hujan. Susah hatinya memikirkan sekiranya Ameera jatuh sakit disebabkan itu. Ameera hanya mengangguk dan kemudian membontoti Zara masuk ke dalam rumah. Dia terkesima apabila melihat banglo kediaman Zara, sangat besar dan cantik dengan gaya Modern Farmhouse dan dipenuhi hiasan bunga-bungaan.

"You boleh guna bilik air ni untuk mandi dan tukar baju. Ni baju I, harap-harap muat lah ye. Mandi tau so takde lah demam sbb kena air hujan." Pesan Zara sambil menghulurkan pakaian untuk Ameera. Bilik air tetamu Zara berkonsepkan keterbukaan, pintu yang ada hanyalah pintu kaca dan dihiasi dengan frosting tinted di tengah-tengah dimana bahagian atas dan bawah badan akan nampak dengan jelas, manakala di bahagian tengah-tengah badan akan kabur jika sesiapa menggunakan bilir air tersebut.

Sedang Ameera mandi, Zara baru teringat yang dia lupa untuk menyediakan kain tuala untuk Ameera, dia pun bergegas untuk mengambil tuala di dalam stor pakaian dan menghantar tuala tersebut ke bilik tidurnya. Ketika dia membuka pintu bilik tetamu, tanpa diduga dalam masa yang sama Ameera dalam keadaan berbogel keluar dari bilik air untuk mencari tuala. Maka tanpa disengaja, Zara melihat sosok tubuh Ameera yang tengah berbogel lantas menutup matanya dengan tangan manakala Ameera pula menjerit dan dengan pantas menutup bahagian dada dan bawah menggunakan tangan dan cepat-cepat berundur masuk ke dalam bilir air semula.

Sungguh gugup rasanya Zara melihat pemandangan itu, dadanya berombak kencang menarik nafas yang sangat laju. Dia tidak pernah melihat tubuh perempuan lain bogel selain dari dirinya sendiri. Dan yang peliknya, perasaan serba-salah, malu bercampur baur, dan ada juga perasaan yang lain wujud yang sukar digambarkan. Apakah perasaan itu?? Adakah itu perasaan takut? Tidak, mungkin bukan takut, mungkin ianya teruja. Atau tidak juga, mungkin ianya perasaan ghairah. Tapi, dia perempuan, dan Ameera juga seorang perempuan. Mengapa harus ada perasaan itu??

Dia dengan cepat meminta maaf, dan kemudian meninggalkan tuala di atas rak sebelah bilir air dan kemudian dia cepat pergi dari bilik tersebut meninggalkan Ameera dalam keadaan malu. Entah bagaimana dia hendak bersemuka dengan Zara selepas ini, manakan tidak, bos dia iaitu Zara melihat dia dalam keadaan telanjang bulat. Sungguhpun dia memang menyukai Zara, tapi tidaklah terlintas difikirannya untuk berhadapan dengan situasi itu. Lainlah kalau diranjang, ianya berbeza, perasaan malu tidak akan ada jika ianya berlaku dengan kerelaan kedua-dua pihak.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience