Zara dengan tiba-tiba mendekati dimana bibirnya terlalu hampir dengan bibir Ameera. Ini membuatkan jantungnya berdegup laju sehingga boleh kedengaran denyutan nya di telinganya. Dalam masa yang sama ianya mengundang suatu perasaan yang sukar Ameera gambarkan, diantara perasaan gemuruh bercampur nafsu. Namun Zara terhenti disitu, ianya kembali memejam matanya sambil merangkul erat tubuh Ameera.
Ameera kejung dan tidak bergerak walaupun seinci. Dia tidak tahu reaksi apa yang harus dia lakukan. Nafsunya melonjak naik tatkala dipeluk erat oleh zara sehingga dia bisa merasakan kehangatan dari tubuh Zara.
'Aah! Tak boleh jadi ni. Jangan buat gila Ameera! Aku kena buat something, kalau tak, tak pasal-pasal aku kena buang kerja.' Katanya didalam hati, dia pun kembali waras dan sedar akan perbuatannya sebentar tadi lalu memutuskan untuk tidur diluar pada malam itu.
Perlahan-lahan Ameera cuba melepaskan pelukan Zara yang agak rapi. Dia mengalih tangan Zara yang sebelumnya memeluk pinggangnya, dia cuba bangkit dari barunya secara perlahan kerana bimbang Zara akan terjaga, namun usahanya itu gagal apabila Zara kembali menarik dan merangkul kembali pinggang nya malah lebih rapi sebelum nya dan tidak semena-mena, Ameera hilang kawalan menyebabkan dirinya terjatuh sedikit ke arah Zara, maka bibirnya dan bibir Zara pun bertemu.
Ia merasakan bibir Zara sangat lembut dan tanpa sedar dia mencium bibir Zara buat seketika. Namun dia kembali sedar dan kali ini dia bingkas bangun secara mendadak. Menahan nafsunya dari terlepas. Kali ini dia bangkit secara drastik hingga Zara berpaling arah kerana gangguan dari pergerakan yang telah Ameera lakukan.
Ameera segera keluar dari bilik dan pergi ke tandas lalu menghampir sinki untuk membasuh mukanya. Dia tahu perbuatannya itu tidak wajar dilakukannya. Setelah itu dia pergi ke sofa untuk tidur. Sempat juga dia berfantasi sekiranya perkars tadi menjadi kenyataan. Ameera pun tertidur setelah hanyut didalam angan-angannya.
****
Pagi itu agak cerah hingga cahaya matahari menembusi sliding door. Sinaran itu mengganggu tidur Ameera, terasa silau dek kerana cahaya yang memancar tepat kemukanya. Dia membuka mata dan melihat jam di dinding. Sudah pkul 11.30 pagi. Dia terus duduk kerana teringat Zara yang tidur di biliknya malam tadi.
Dia pun pergi ke biliknya, dilihatnya Zara masih tidur dengan nyenyak jadi dia pun menarik nafas lega. Ameera pun membasuh mukanya, dan setelah selesai dia bercadang untuk menyediakan sarapan pagi. Dia pun membuka peti ais untuk melihat apa yang boleh dimasak.
'Hmmm, ada telur dan jem, buat pancake je lah.' Dia bermonolog sendiri. Dia menyediakan teh o panas untuk Zara kerana fikir nya itu bagus untuk Zara hilangkan hangover setelah mabuk. Sedang dia leka membuat pancake, tiba-tiba terdengar satu jeritan dari dalam biliknya. Dia bergegas lari masuk kedalam.
Share this novel