Setelah beberapa minggu berlalu, Ameera semakin selesa dengan keadaan ditempat kerjanya. Sebagai seorang designer, dia kerap bekerja lebih masa untuk menyiapkan sesuatu design untuk mengejar date line. Dia sangat komited dengan kerjanya dan akan bersungguh-sungguh menyiapkan sesuatu tugas yang diberi. Bukan hanya kerana pekerjaan, tapi dia memang meminati bidang itu sepenuh hatinya.
Semenjak dari hari makan tengah hari bersama Zara, Ameera cuba untuk tidak menaruh harapan yang tinggi. Malah dia juga sedar bahawa siapalah dirinya jika dibandingkan dengan Naim. Lebih-lebih lagi dia tahu bahawa Zara menyukai lelaki sejati, jadi tidak mustahil jika dia menyukai Naim. Namun hatinya tidak dapat dibohongi, walau sejauh mana dia mencuba untuk membuang perasaannya itu, dia tetap kalah kepada dirinya sendiri. Mana mungkin dia boleh menjauhkan perasaan itu jika Zara sentiasa ada di depan matanya dan acap kali juga mereka bertemu empat mata. Manakala Zara juga semacam menjauhkan diri daripadanya, masing-masing bergelut dengan perasaan mereka sendiri.
Pagi itu Ameera menerima panggilan dari abangnya yang mana abangnya mengajak Ameera untuk makan tengahari bersama. Abangnya akan singgah ke pejabat Ameera dan mengajak dia untuk makan di kafeteria yang terletak ditingkat bawah pejabatnya. Tepat jam 12.00 tengahari, dia bergegas untuk pergi ke kafeteria kerana abangnya sampai kira-kira 15 minit yang lalu. Zara yang sedari tadi memerhati Ameera berasa curiga kerana kebiasaannya, Ameera adalah orang terakhir yang akan keluar dari pejabat dan dia juga akan meminta izin darinya untuk keluar makan tengahari. Sejujurnya, ada sekelumit perasaan dihatinya mengharap Ameera untuk mengajak dia keluar bersama.
Zara bersiap untuk keluar makan tengahari setelah melihat Ameera pergi begitu saja, dia bercadang untuk makan di kafeteria saja pada hari itu. Ada sedikit perasaan hamps menyelubungi hatinya. Mungkin kerana tidak mendengar suara Ameera yang kebiasaanya meminta izin dirinya untuk keluar.
Setelah tiba di kafeteria, Zara memesan ice Americano dan sandwich, sementara menunggu air yang dipesan, dia melihat keadaan sekeliling. Matanya terhenti pada sebuah meja yang mana terlihat seorang perempuan dan seorang lelaki sedang bergelak ketawa. Terlihat bahagia sekali, terbit rasa cemburu dan kecewa apabila menyaksikan adegan itu. Ameera! Dialah punca nya! Tertutup selera nya untuk makan, lalu dia memutuskan untuk makan di biliknya. Sedang Zara berjalan keluar dari kafeteria, Ameera terpandang akan Zara, namun dia tidak menyapa. Sepertinya mood Zara tidak baik.
Selesai makan tengahari, Ameera kembali ke pejabat, dia bertembung dengan Zara sewaktu hendak ke bilik air. Ameera menyapa dan senyum. Namun tiada respon dari Zara, dia hanya menonong keluar dari bilik air dan membiarkan sapaan Ameera tidak berbalas.
'Haishh, emosi betul dia ni. Period kot.' Katanya dalm hati sambil menyelit rambut depannya yang jatuh ke telinga.
Ameera melihat jam ditangan menunjukkan hampir pukul 8.00 malam. Rakan-rakan pejabat yang lain telah lama pulang, hanya tinggal dia berdua dengan Zara. Kebetulan Zara juga terpaksa menyiapkan beberapa kerja pada hari itu. Sedang Ameera leka menyiapkan kerjanya, Zara menyapa.
"Ameera, i nak balik dah, you tak balik?" Soal Zara.
"Oh, kejap lagi kot Cik Zara. Cik Zara balik lah dulu." Jawab Ameera sambil membetulkan posisi duduknya. Zara hanya mengangguk dan berlalu. Lebih kurang 5 minit kemudian, Ameera pun berkemas dan pulang. Sedan dia menuju ke arah skuternya, terlihat Zara sedang berdiri sambil bersandar ditepi kereta Mercedes miliknya dengan bonet hadapannya terbuka. Ameera menghampiri Zara baru sahaja selesai bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya.
"Cik Zara, kenapa ni?" Soalnya.
"Hai, Ameera, emm..tak tahu apa masalah, tak boleh start." Balas Zara sambil memandang keretanya.
"So how? Dah panggil orang untuk tengok?" Soal Ameera kembali.
"Dah, tapi buat masa bengkel pickup kereta esok hari, sebab dah lewat kan."
"Okay, nak saya hantar Cik Zara balik? Itupun kalau Cik Zara tak kisah." Tawar Ameera. Zara terdiam sejenak, kemudian menerima tawaran Ameera memandangkan dia belum lagi menghubungi pemandu peribadi keluarganya. Ameera memang sentiasa membawa helmet lebih didalam ruang simpan dibawah tempat duduk skuternya sebagai persediaan bila-bila memerlukan.
Share this novel