Start your conAmeera keluar dan pergi ke ruang tamu sambil dia membetulkan baju T-shirt lengan pendek bewarna putih dan seluar tracksuit hitam. Baju itu sedikit ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh Ameera . Dia kurang selesa kerana kebiasaanya dia memakai pakaian yang longgar sedikit. Dia melihat Zara sedang duduk termenung di sofa sambil tangannya memegang segelas wine merah. Entah apa yang sedang difikiran oleh bosnya itu.
"Ehem.. Cik Zara." Sengaja Ameera berdehem untuk mematikan lamunan Zara. Zara yang tersedar kemudian membetulkan keadaan duduk nya dan mempelawa Ameera untuk duduk.
"You nak wine atau kopi?" Pelawa Zara.
"Emm, Wine boleh." Jawab Ameera. Bagus juga minum wine, biarlah hilang sedikit rasa malu selepas kejadian sebentar tadi fikirnya dalam hati. Zara kemudian menghulurkan segelas wine dan kemudian duduk di sebelah Ameera. Zara mengenakan baju satin sleeveless night dress bewarna maroon. Sangat seksi dan anggun sekali tubuh Zara mengenakan baju tidur tersebut. Ameera yang tanpa sedar mengamati dan mengagumi bentuk tubuh badan Zara cepat-cepat mengalihkan pandangannya apabila Zara tiba-tiba bersuara.
"I..I really want to say sorry about what happen just now, i betul-betul tak sengaja." Ujar Zara sambil memandang gelas wine ditangannya dan kemudian meneguk air tersebut. Terlalu jelas sekali bahawa Zara dalam keadaan yang serba tidak kena. Dari cara duduknya yang kerap berubah-ubah menunjukkan bahawa dirinya sedang dalam keadaan resah. Mukanya merah padam setelah dia mengungkap perkataan maaf.
"No, it is okay, Cik Zara tak sengaja kan?" Jawab Ameera segera. Perasaan malu yang tadi beransur hilang menjelma semula. Dia kemudiannya membetulkan posisi duduknya. Habis wine diteguk, agak laju dia meminum wine tersebut, mungkin kerana perasaan malu menguasai diri. Zara kemudian menambah wine ke dalam gelas Ameera. Dia perasan muka Ameera merah padam, namun dia tidak tahu adakah kerana malu atau sudah mabuk?
Dua gelas...tiga gelas...dan 4 gelas wine sudah habis diminum oleh Ameera, manakala Zara hanya minum dua gelas setengah. Hujan masih turun dengan lebatnya. Sepanjang menikmati wine, mereka berdua masing-masing membatu sambil fokus menonton cerita di TV. Masing-masing juga tenggelam ke dalam dunia mereka sendiri. Sedang mereka leka menonton TV, tiba-tiba bekalan elektrik terputus, Zara menjerit terkejut, Ameera bertindak pantas membuka lampu suluh menggunakan telefon bimbitnya dan kemudian mendekati Zara.
"Cik Zara, saya ada, jangan takut." Pujuk Ameera sambil dia memegang bahu Zara yang seolah-olah kehilangan arah dalam kegelapan. Zara pun menarik nafas lega selepas cahaya lampu suluh dari telefon bimbit Ameera.
"Maaf, I memang takut gelap, kejap lagi lampu menyala balik ni sebab I ada backup electric system." Ujar Zara sambil membetulkan duduknya. Ameera kemudian mengangguk sambil duduk rapat disamping Zara. Cahaya dari telefon bimbit Ameera samar-samar, mereka berdua menunggu untuk bekalan elektrik bersambung kembali. Kebiasaan bekalan elektrik akan bersambung semula dalam beberapa saat, tapi mereka sudah menunggu lebih kurang 5 minit, bekalan elektrik masih tidak bersambung.
"I rasa generator tu problem kot sebab biasa tak lama nak tunggu backup electric ni." Kata Zara sambil tersengih. Mereka kemudian diam semula, Zara semakin lama semakin rapat menghimpit Ameera kerana takut akan gelap. Macam-macam dalam fikirannya, sesungguhnya dia memang takut dalam keadaan gelap lebih-lebih lagi bila keadaan hujan lebat.
Ameera kemudiannya memandang wajah Zara, dalam samar cahaya dia merenung wajah itu, sungguh wajah itu membuatkan hatinya bergetaran, nafsunya bergelora bila duduk dalam keadaan rapat sebegitu dan lebih-lebih lagi apabila kulit mereka berdua saling bersentuhan. Sungguh perasaan itu terbawa-bawa pada malam itu, mungkin kerana dia sendiri sudah mabuk setelah minum wine sehingga sukar untuknya mengawal keadaan.
Zara dapat merasakan kehangatan tubuh Ameera lantas dia tiba-tiba teringat keadaan tubuh Ameera telanjang bulat tadi. Dengan serta merta nafasnya laju dan tersekat-sekat, dia resah dan cuba menghalang fikiran jahatnya itu dari terus merebak. Dalam keadaan duduk memeluk lutut, dia cuba membetulkan posisi duduknya semula dan kemudian memandang Ameera, tanpa disangka mata mereka berdua bertemu membuat mereka berdua masing-masing terdiam.
Perlahan-lahan Ameera mendekati wajah Zara, sambil mengucapkan sesuatu.
"I really like you Cik Zara." Entah apa yang merasuknya hingga dia berani berkata sedemikian. Zara hanya terdiam sambil merenung mata Ameera yang semakin menghampiri dan........Satu ciuman singgah dibibir Zara.
Share this novel