Start your content...Enjin kereta dipadam, Puan Aishah keluar dari tempat duduk penumpang hadapan, diikuti Ameera dibelakang dan Zara.
Puan Aishah berjalan dihadapan, manakala Zara dibelakangnya, Ameera? Masih kaku berdiri dihadapan kereta tidak berganjak seinci.
Kagum melihat vila yang tersergam indah. Banglo milik Zara besar, tapi tidak dapat dibandingkan dengan vila tersebut. Kolam renang disebelah kanan pintu masuk cukup besar dan luas dan dihiasi taman bunga yang sangat cantik landskapnya.
Walaupun hari sudah malam, namun cahaya lampu kuning memancar ke seluruh kawasan rumah menyerlahkan keanggunan vila tersebut. Terdapat deretan kereta berbumbung yang terletak di dibahagian kiri. Porche Carrera GT dan McLaren Artura diantara model-model kereta yang ada menyerlahkan kemewahan keluarga tersebut.
'Fuhhh.. Aku ni salah landing ni..' Detik hati Ameera. Terasa kerdil sungguh dirinya apabila melihat kemewahan dihadapannya.
"Menung apa Sayang?" Zara berbisik ditelinga.
"Ohh, t-takk.. Tak ada pape.. Sorry." Jawab Ameera sambil tersengih.
"Jom.." Ujar Zara tersenyum sambil memimpin tangan Ameera.
"You, takutlah, betul ke takde pape?" Soal Ameera gusar.
"Just wait and see ye Sayang, I pun tak tau, if my parents maybe okay, but my brothers ... I'm not so sure.."
Zara juga gugup ketika melangkah masuk ke dalam rumah. Dia tahu bahawa ibu bapanya mungkin tidak akan memarahinya, akan tetapi abang-abangnya?
Diruang tamu, terlihat dua orang lelaki sedang duduk berborak, seorang lebih berumur, manakala seorang lagi masih muda. Tampan! Rambut tersikat rapi dengan mengenakan T-shirt lengan panjang berwarna coklat muda dan berseluar slack bewarna coklat tua, macam ala-ala artis korea lagaknya. Kulit yang putih dan berbadan sasa, memang pilihan gadis-gadislah pendek cerita.
Manakala yang seorang lagi, walaupun sudah berumur, tapi masih terserlah ketampanan nya, penampilah yang agak kemas dan rapi. Al-Maklum, orang ada-ada ni vibe dia memang lain macam sikit.
'Rasanya itu ayah Zara kot.' Bisik Ameera dalam hati sambil melihat lelaki yang berumur tersebut.
"Ah, sudah sampai anak ayah ni. Susah betul nak jumpa yang seorang ni."
Ujar Shah Azharudin, ayah kepada Zara sebaik sahaja dia melihat kelibat Zara.
Serentak itu Shah Iswandi menoleh.
Matanya tertancap kepada wajah asing yang berada dibelakang Zara.
Zara mengukir senyuman lalu mendepakan tangannya memeluk ayahnya. Dia kemudian mengalih pandangan kearah abang keduanya, iaitu Shah Iswandi lalu menyambut salam yang dihulurkan.
"Dik, siapa?" Sambil memuncungkan mulutnya kearah Ameera.
"Ish.. Ape Angah ni, sabarlah, orang kenalkan ni ha." Jawab Zara malu melihat gelagat abangnya.
"Ayah, Angah, ni Ameera, kawan adik." Kenalnya kepada mereka.
Ameera menghulur tangan kepada ayah Zara untuk bersalaman dan disambut mesra oleh Shah Azharudin.
Iswandi pula tanpa segan menghulur tangan untuk bersalaman. Nampak berminat sungguh pada Ameera. Dari gaya tidak sepadan dengan perangai. Gelojoh!
Baru saja Zara dan Ameera hendak duduk, Puan Aishah datang menyapa.
"Eh, mana Along?" Soal Puan Aishah.
"Aah, mana Along?" Sambung Zara sambil kepalanya melilau mencari kelibat abang sulungnya.
"Ade kat atas, katanya nak tidur kejap, penat kat office banyak kerja." Jawab Iswandi.
"Ahh Wandi, panggil Kanda, lewat dah ni. Sejuk lauk-lauk tu kang." Ujar Puan Aishah lagi.
Shah Iswandi pun berlari anak pergi ke tingkat atas untuk mendapatkan Iskandar manakala yang lain bergerak menuju ke meja makan.
Shah Azharudin tidak terkejut dengan kehadiran Ameera kerana sudah diberitahu oleh isterinya bahawa akan ada tetamu akan datang untuk makan malam bersama.
"Sorry, tertidur pulak tadi" Ujar Shah Iskandar sambil mendekati meja makan.
Shah Iskandar adalah abang sulung kepada Zara. Tinggi dan sasa orangnya. Manakala riak wajahnya pula nampak bahawa dia adalah seorang yang tegas. Kalau pertama kali melihatnya, mungkin orang akan menyangka bahawa lelaki ini seorang yang sombong dan berlagak.
Matanya tertumpu kepada satu susuk tubuh yang asing baginya, namun kelakuan nya agak dingin, berbeza dengan Iswandi yang peramah. Dia hanya memandang tanpa menyoal lalu duduk dikerusi.
"Okay, semua dah ada kat sini, silakan makan." Jemput Shah Azharudin.
Mereka kemudiannya menjamu selera. Daging steak dihiris halus, perlahan dimasukkan kemulutnya. Ameera mengagumi masakan tersebut. Sesungguhnya masakan tersebut sedap terasa seperti hidangan di restoran-restoran yang pernah dikunjunginya malah lebih baik dari yang ada.
Sepanjang waktu makan malam, mereka hanya diam dan menikmati hidangan-hidangan yang ada. Nampak seperti rutin keluarga tersebut tidak bercakap ketika makan.
Shah Azharudin memang tidak gemar bercakap ketika makan, bercakap pun hanya jika perlu atau berkenaan makanan, kerana baginya, urusan lain boleh dibicara kemudian, dia tidak suka mencampur aduk urusan bisnes atau hal-hal yang lain ketika makan.
Usai sahaja makan malam, mereka duduk ke ruang tamu. Kopi panas dihidangkan bersama-sama potongan kek pisang oleh Kak Maria, pembantu rumah tersebut.
"By the way Ameera, you orang mana?" Soal Shah Azharudin memecah keheningan suasana sambil menghirup kopi panas.
"Emm, saya asal memang orang KL uncle." Jawabnya sopan.
Glupp!
Jantung Ameera berdebar-debar apabila dirinya di soal tiba-tiba.
"Oh, parents duduk sekali ke?"
"Parents dah tak ada, yang ada abang je, itu pon dia tinggal kat Damansara, dengan wife dia."
Zara menoleh ke arah Ameera, dia sendiri terkejut. Ah! Salah dia jugak kerana tidak pernah bertanya akan keluarga pasangannya. Almaklum, baru lagi kan, masih dalam sesi kenal mengenal. Dalam profil pekerja tidak ada juga bahagian soalan status ibu bapa. Yang ada hanya nama ibu dan bapa sahaja.
'I should have known it.' Bisik Zara dalam hati sambil memandang sayu wajah Ameera.
"Oh sorry. Uncle tak sengaja."
"Tak apa uncle, tak salah pun." Sambil tersengih dan menghirup air kopi ditangannya. Terasa kering tekak bila disoal.
"Adik never bring any friends here, how long have you two been friends ?" Soal Iskandar tiba-tiba dengan nada yang agak dingin.
Kekwat laki ni!
"Eh Kanda ni, tanya elok-elok tak boleh ke?" Pintas Puan Aishah.
"Ameera ni kerja kat company Zara. Designer kat sana." Sambungnya lagi.
"Haa, baguslah macamtu, boleh lah aku datang jenguk ko selalu dik." Ujar Iswandi tersengih.
Mengusik! Mana tahu boleh sangkut. Hehe.
"Eh, jangan nak macam-macam. Hak milik orang tau." Sahut Zara.
Hampir tersembur air kopi yang Ameera minum.
'Bapak berani!'
Iskandar dan Iswandi terdiam, masih cuba untuk merungkai maksud.
"Ayah, Along, Angah. Orang nak bagitau sesuatu. Orang dengan Adli dah putus. Lama dah. Sekarang orang harap semua dapat terima pilihan orang yang sekarang." Nafas ditarik dalam.
Yang lain masih terdiam mendengar.
Ameera pulak gelisah, terasa hendak berlari keluar apabila mendengar kata-kata Zara. Sungguh dia tidak menyangka Zara seorang yang berani.
"Ameera dan Zara, kami bersama. Couple. I know it doesn't make sense or it sounds odd. But it is what it is."
Wow!! Berani mati! Ni cubaan bunuh diri ke ni?
Ameera terus meletakkan cawan ke meja. Di betulkan duduknya apabila perasan yang dirinya menjadi perhatian.
"Ayah tak kisah, as long dia boleh jaga anak ayah dengan baik. Can i rely on you Ameera?"
Terbeliak mata Ameera mendengar kata-kata Ayah Zara.
'Hell no! Too good to be true, am i.. dreaming?' Bisik Ameera dalam hati.
Terhenti nafasnya dengan apa yang baru sahaja didengarinya. Tersentak dirinya lalu menarik nafas panjang apabila tangannya disentuh. Zara menggenggam erat tangannya yang sudah sejuk membeku.
Share this novel