"Cik Zara! Kenapa? Ni Ameera, jangan takut." Dia cuba menenangkan Zara. Dia seolah-olah kengerti bahawa Zara menjerit disebabkan terkejut kerana terjaga dan berada ditempat yang asing bagi Zara.
"Yo..you siapa?" Soal Zara yang masih dalam keadaan terkejut sambil mengusap matanya. Dia cuba untuk mengingat kembali wajah yang ada dihadapan nya itu namun gagal. Masakan tidak, dia hanya pernah berjumpa dengan Ameera sekali, itu pun hanya berapa detik. Mana mungkin dia boleh mengingatinya lebih-lebih keadaan nya ketika itu tidak memberansangkan.
"Ini Ameera Cik Zara. Designer baru kat office Cik Zara." Balas Ameera sambil kedua tangan nya di hulurkan kedepan cuba menenangkan Zara.
Berkerut-kerut dahi Zara memandang Ameera sambik cuba untuk menghadam kata-kata Ameera
"Ya..ya.. i ingat, cuma i tak boleh nak recall your face. But, where am i right now?" Ujar Zara sambil bangun dari katil dan meninjau ke arah ruangan bilik itu.
"Cik Zara sekarang kat rumah saya. Dan ini bilik saya." Balas Ameera tenang.
"But how?"Soal Zara.
"I will explain later, apa kata Cik Zara cuci muka dahulu dan kita breakfast sama-sama." Sambil menunjuk ke arah bilik air. Zara pun perlahan-lahan menapak ke arah bilik air sambil memegang kepalanya yang terasa berat sekali.
"Cik Zara, jap, nah tuala kot-kot perlu." Ujar Ameera sambil menghukurkan tuala kecil.
Setelah selesai, Zara pergi keluar dari bilik untuk mendapatkan Ameera. Rumah Ameera tidak besar. Hanya studio house yang memiliki satu bilik tidur dan bilik air, kemudian ruang tamu yang kecil dan bersambung dengan ruang dapur. Ameera melihat Zara yang keluar dari bilik terus menyapanya dan menyuruh nya duduk di meja makan kecil yang terletak ditengah-tengah rumah.
Zara pun duduk sambil matanya meninjau keruangan rumah itu. Tampak kemas dan minimalist dimana ruang itu tidak ada penuh dengan hiasan, cuma ada sofa 3 seater yang bewarna oak wood dan coffee table kecik di sebelahnya pun diperbuat daripada kayu jati. Rak televisyen juga diperbuat dari kayu jati. Terbit rasa kagum dihati Zara kerana suasana itu sangat menyenangkan matanya.
Tidak seperti rumahnya yang agak besar padahal dia hanya tinggal seorang diri, dan rumahnya pula dihiasi dengan pokok dan bunga-bunga palsu. Ibunya iaitu Puan Aishah yang menjadi interior designer rumahnya. Dia hanya menurut dan mengikut sahaja pilihan ibunya kerana kalau tidak diturut, ibunya akan membebel dan dia jugak tidak gemar untuk mendengar bebelan ibunya.
"Nah, teh o panas. It is good for hangover." Kata Ameera sambil menghulurkan secawan teh panas, manakala disebelah tangannya pulak membawa pinggan yang berisi penkek lalu meletakkan pinggan tersebut di atas meja. Dia kemudiannya kembali semula ke tempat memasak dan mencapai segelas air milo panas, jem dan mentega dan meletakkannya di atas meja makan.
Zara meniup airnya dan menghirup dengan penuh berhati-hati. Setelah itu, dia pun mula bersuara.
"So, macamana i boleh ada kat rumah you?" Soal Zara inginkan kepastian sambil menikmati sarapan pagi. Ameera pun memulakan ceritanya dari A hingga Z, sampai sahaja dibahagian rumah, Ameera bertanya sama ada Zara mengingati apa yang telah terjadi atau tidak. Yelah, bimbang kelakuannya malam semalam ketahuan.
Share this novel