Jam menunjukkan tepat pukul 1 petang, Ameera bersiap-siap untuk pergi makan tengahari. Zara sudah keluar 15 minit lebih awal untuk ambil kereta, atas permintaan Ameera, mereka tidak mahu dilihat selalu keluar bersama kerana bimbang pekerja-pekerja yang lain iri hati. Kerana kebiasaan apabila pekerja rapat dengan majikan, mesti mereka akan dilabelkan kaki kipas atau lebih teruk kaki jilat.
"You, kita nak lunch kat mana ni?" Soal Ameera setelah duduk di kerusi penumpang.
"Kalau I bagitau you, tak surprise la jadinya.." Ujar Zara sambil tersengih.
*****
Setelah memandu lebih kurang setengah jam, mereka berdua tiba di sebuah restoran Jepun. Restoran itu agak terkenal di kalangan bangsawan-bangsawan kerana makanan di sana agak mahal. Sesungguhnya Ameera merasa gugup seketika. Almaklum, kehidupannya bukanlah mewah jika nak dibandingkan dengan Zara. Dia sendiri tidak pernah memijakkan kaki di restoran tersebut.
"Sayang, tak nak masuk? Tengok je boleh kenyang?" Bisik Zara perlahan di telinganya sambil tersenyum.
Ameera tersedar lalu tersenyum malu. Dia terlalu mengamati tempat tersebut sehingga tidak berganjak dari tempat duduknya walaupun setelah Zara mematikan enjin kereta.
Mereka berdua pun berjalan mengikuti pelayan menuju ke sebuah bilik yang terletak di bahagian hujung restoran. Kebiasaan bilik-bilik seperti ini ditempah dahulu, dan juga mempunyai syarat perbelanjaan minimum untuk menggunakan bilik tersebut.
Langkah Ameera terhenti lalu menarik tangan Zara.
"You, kenapa kita tak duduk kat luar je? Lagipun kita berdua je kan." Soal Ameera sedikit risau.
Walaupun dia tidak pernah mengunjungi restoran tersebut, tapi dia sedia maklum akan syarat-syarat untuk menggunakan bilik tersebut dimana dia merasakan amatlah tidak wajar.
"You don't have to worry Sayang. Just follow me okay?" Sambil Zara mengelus lembut pipi Ameera.
Dia kemudiannya menarik tangan Ameera untuk berjalan disampingnya. Setelah tiba di hadapan pintu bilik tersebut, pelayan tersebut membuka pintu untuk mereka berdua masuk. Alangkah terkejutnya Ameera apabila kawan baiknya juga turut berada di dalam bilik tersebut.
"What the..." Kata Ameera sengaja tidak menghabiskan ayatnya.
Dia kemudianya memandang Zara yang sedang tersengih. Jadi inilah surprise yang di maksudkan Zara tadi. Mereka berdua kemudian duduk menyertai yang lain.
"Hi babe! Sihat?" Soal Abun.
"Hi, sihat je. Pandai eh korang, tak bagitau yang pon korang ade sekali."
"Nama lagi surprise. Betul tak?" Soal Zara menyampuk.
"Jangan salahkan kami ye, Cik Zara yang larang kami bagitau you tau." kali ini Diana pula yang bersuara.
"Tak payah la formal sangat dengan I, can call me Zara. Lagipun, i and Ameera together now right? So consider me as your friend, not her boss" Ujar Zara tersenyum.
Yang lain hanya tergelak kecil dan mengangguk tanda faham. Setelah itu masing-masing memesan makanan. Setelah selesai makan, mereka kembali berborak-borak.
"You, almost 2 o'clock, I tak masuk office lagi ni, how?" Kata Ameera bimbang.
Teringat bahawa dirinya sedang bekerja dan masa makan diperuntukan hanya sejam. Untuk pergi ke restoran itu saja mengambil masa, apa lagi yang selebihnya. Sepertinya Zara juga tidak terfikir akan hal tersebut. Cepat-cepat digapainya telefon bimbit di dalam beg tangan lalu menghubungi seseorang. Tidak lama kemudian panggilan disahut.
"Maira, tolong turn-off komputer Ameera, dia mungkin tak masuk office sampai balik sebab I minta tolong dia drive, I nak kena attend meeting urgent." Kata Zara tegas menampakkan karisma dia sebagai seorang ketua. Dia pun mematikan talian dan menyimpan telefonnya ke dalam beg tangannya semula.
"You, alahai, senangnya you ni, serba salah lah macamni.." Ujar Ameera gusar.
Sesungguhnya dia rasa bersalah, walaupun dia bersama Zara, namun tidak bermaksud dia boleh melakukan sesuka hatinya jika berkaitan soal kerja. Dia memang seorang yang komited dengan pekerjaannya.
"Next time please bagitau awal-awal, so I boleh amik cuti ke ape ke. Hmm." Sambungnya lagi.
"Sorry sayang, please don't feel that way, never happen again, i promise you okay?" Jawab Zara gemuruh sambil menggenggam erat tangan Ameera.
Dia melihat riak wajah Ameera berubah sedikit dan dia sedar dia khilaf. Tapi dia tidak bermaksud untuk menggunakan kuasa veto nya sebagai seorang bos, tapi dia sendiri lupa dan tidak terfikir akan hal tersebut.
****
Setelah selesai menjamu selera,
Zara keluar dari bilik sebentar kerana ingin menjawab panggilan. Yang lain hanya mengangguk dan senyum. Sebaik sahaja Zara keluar Ameera bersuara.
"Actually aku nak tanya dari tadi lagi, ape mimpi korang semua ni, tak bagitau aku pon, sampai hati.."
"Janganlah fikir lain, Zara pon last minute jugak bagitau kami pasal ni. Die kate saje je nak ajak makan sebab tak pernah lagi keluar since you all together kan.."Ujar Diana sambil mengenyit mata.
Ameera tersipu malu. Matanya kemudian singgah ke Naim.
"You okay tak Naim? Asal senyap je dari tadi?" Soal Ameera.
Sedari tadi Naim hanya diam dan tidak bersuara.
"Oh I okay je, biasalah, busy kat office, so penat sikit." Jawab Naim bersahaja.
Sedang mereka berborak kecil tiba-tiba pintu bilik dikuak diikuti dengan nyanyian selamat harijadi. Serentak itu kawan-kawannya yang lain turut menyanyikan lagu tersebut sambil bertepuk tangan.
"Selamat hari jadi Ameera..Selamat hari jadi....." Masing-masing bertepuk tangan riang menghabiskan lagu tersebut.
Ameera tersenyum bahagia, dia tidak menyangka bahawa Zara dan kawan-kawannya bersekongkol untuk menyambut harijadinya. Mereka saling bertukar pelukan. Terasa sangat dihargai sekali apabjla dilakukan sedemikian.
"How do you know my birthday?" Soal Ameera sambil memeluk Zara. Zara mengucup lembut bibir Ameera sambil tersenyum.
"I'm your bos remember? I've got your detail." Jawab Zara sambil mengangkat bahu seolah-olah bangga dirinya tahu maklumat Ameera.
"Oh, tak aci lah when you know my details while i know nothing bout you." Sedikit kendur. Mungkin Ameera merasa sedikit kecewa kerana dia tidak mengetahui apa-apa tentang Zara kecuali dia adalah pemilik syarikat ditempat dia bekerja.
"Mmuaahh! You will now everything bout me, slowly but surely.. Okay sayang?" Pujuk Zara sambil mencium dahi Ameera. Pelukan masih tidak dilepaskan.
"Haipp.. Ehh. Jangan la nak buat drama-drama kat sini. Kalo nak balik rumah weii.." Sampuk Abun sambil tergelak.
Yang lain turut tergelak tapi tidak Naim. Wajahnya kelihatan kusut sekali. Die kemudian mengambil bungkusan kecil dari poketnya dan kemudian menghulurkannya kepada Ameera.
"I've got to go, got a lot of things to do, but anyway, happy birthday, I wish you happy dengan pilihan you. And hope you sudi terima hadiah dari I yang tak seberapa."
"Eh ape pulak cakap camtu. My friend punya hadiah adalah yang sangat berharga untuk I. By the way, thank you Naim, thank you sebab sudi datang and join celebrate birthday I." Ujar Ameera.
Dia boleh rasakan bahawa Naim tidak suka melihat dia bersama Zara, lagi-lagi bila melihat dia bermesra dengan Zara. Namun dia tidak memperdulikan kerana itu adalah hak dia.
Dan dia juga pernah menjelaskan bahawa dia tidak minat pada pengkid, penjelasan itu dibuat kerana dia dapat merasakan layanan daripada Naim sangat berbeza daripada yang lain, dan dia tidak mahu Naim mengharap sesuatu daripadanya. Jadi dia jelaskan secara umum sewaktu ketika dulu agar Naim faham sendiri dan tidak menaruh harapan padanya.
****
Share this novel