BAB 9

Romance Completed 34538

Satu nombor yang tidak dikenalinya membuat panggilan. Berkerut dahi Afifah melihatnya. Ikutkan hati dia tidak mahu menjawab panggilan yang tidak dikenalinya itu. Disebabkan dia terlupa untuk menukar mode senyap, maka panggilan itu terpaksa dijawabnya. Kalau tidak mahu bising satu pejabat mendengar nada deringnya yang kuat itu.

"Hello, siapa ni? Nak cakap dengan siapa?" tanya Afifah ingin tahu.

"Apa punya soalan ni? Aku call kau, tentulah nak cakap dengan kau. Takkan nak cakap dengan Muthusamy pulak?" balas Faris menyindir. Aduh, setepek kena muka. Afifah malu sendiri. Dah la berkulit cerah, merah pipinya menahan malu. Ada benarnya juga kata-kata itu, fikir Afifah.

"Maaf, siapa ni ye? Nombor encik ini tiada dalam simpanan saya. Tu yang saya tanya dulu. Kalau main terjah je nanti, saya juga yang malu," Afifah memberikan alasan.

"Malu? Kau tahu malu ke? Bukan ke kau jenis tak tahu malu?" Berderai ketawa Faris di hujungnya.

Bengang dengan kata-kata itu, Afifah terus menutup telefon bimbitnya. Ambik kau! Afifah tidak mahu melayan makhluk yang mahu main-main telefon sebegitu. Dia sedang bekerja dan tidak mahu buang masa melayan orang gile!

Telefonnya berdering sekali lagi. Afifah berkira-kira nak menjawab tetapi teman sebelahnya terus menjawab panggilan berkenaan dan menyuakan pada Afifah.

Aduh, kenapa pula kau tolong jawabkan... Orang gila la yang telefon...Afifah memberi isyarat lantas membuat muka tidak puas hati pada temannya.

"Hello..."

"Kepala hotak kau hello! Kenapa matikan talian? Berani kau letak telefon tadi kan," Faris membebel bengan di hujung talian.

"Kenapa encik biadap sangat ni? Encik ni siapa?" Afifah meningggikan suaranya. Makin geram dibuatnya. Biadap sangat.

"Aku siapa kau tanya? Aku suami kau, Faris! Dah tahu siapa sekarang?"

Erk, Afifah mengeras mendengar nama itu. Dah kenapa pula dia call. Dari mana pula dia dapat? Dalam biadap macam tu, tahu pula mengaku jadi suami aku!

"Er...er..., kenapa abang call saya ni? Kalau dari awal abang mengaku kan, tak adalah saya marah-marah..." Afifah terus menukar nada lebih lembut.

"Garang juga kau ni kan. Patutla... Hmm, kau turun ke lobi sekarang, aku nak jumpa," arah Faris. Dia ingin memberikan kunci rumah kepada Afifah kerana dia akan pulang lewat untuk berjumpa dengan kliennya.

"Ha? Sekarang? Mana abang tahu saya kerja di mana? Chop, takkan abang dah ada di bawah?" Afifah terkejut. Suaminya seperti mengetahui banyak perkara dirinya sedangkan dia tidak.

"Aku kata sekarang, sekarang la. Kalau kau tak turun, aku naik atas dan buat kecoh kat pejabat kau. Nak macam tu? Satu lagi, simpan nombor aku ni!" ugut Faris lantas mematikan telefon.

"Hello.. hello...Kalau aku matikan telefon dulu, dia marah, tapi kalau dia yang buat, boleh pula! Bongkaknya... Benci!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience