BAB 5

Romance Completed 34538

Malam pengantin yang dinantikan penuh debar oleh pasangan suami isteri begitu hambar bagi Afifah. Dia sudah menjangkakan ini semua akan terjadi. Tapi hatinya masih terluka. Selesai sahaja majlis bersanding, Faris terus meminta diri untuk bermalam di hotel terdekat. Faris memandu kereta Audi Q5 2.0 berwarna kelabu miliknya ke hotel.

Dato' Zainal dan Datin Mariah sudah pulang bersama rombongan yang lain. Jadi, Faris mengambil kesempatan ini ntuk meninggalkan Afifah seorang diri di bilik. Dia belum mampu menerima isteri yang baru dinikahinya itu. Sepanjang pemanduan, berkali-kali dia melepaskan marahnya pada stereng kereta. Fikirannya berserabut. Jiwanya juga tidak tenang ditambah dengan kekecewaan dan marah dengan apa yang baru diketahuinya sebelum acara ijab kabul tadi.

Afiyah yang dicintainya dan sepatutnya berkahwin dengannya hari ini sudah pun lari menghilangkan diri mengikut lelaki lain. Tidak pernah dia sangka ini bakal terjadi kerana sepanjang mengenali wanita yang berjaya mencuri hatinya itu, tiada riak tidak gembira yang dipamerkan. Ini membuatkan Faris menyangka semuanya baik-baik belaka.

"Aku akan cari kau sampai dapat Fiya. Mengapa kau tipu aku selama ini?" monolog Faris apabila dia sudah tiba di hadapan Hotel Milenia.

Selesai mendaftar masuk, Faris terus ke bilik dan menghenyakkan tubuhnya ke atas katil. Tangan kanannya di letakkan ke atas dahi sambil tangan kirinya menekan alat kawalan jauh untuk membuka televisyen. Namun tiada satu pun yang masuk dalam perhatiannya. Hinggalah dia tertidur sendiri.

****

Pagi itu, Faris bersiap-siap ke kediaman keluarga mentuanya. Dia tidak mahu berlama-lama di situ sementelah dia mahu pulang segera ke kediamannya sendiri yang telah dibelinya sejak enam bulan yang lalu di Damansara. Sudah lama dia berkira-kira untuk memulakan kehidupan berkeluarga dan disebabkan itulah dia membeli rumah banglo dua tingkat ini dilengkapi halaman yang luas beserta pembantu rumah.

Harapan itu hancur sekelip mata. Memikirkan tentang itu, Faris merancang sesuatu. Dia perlu membawa Afifah bersamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience