BAB 13

Romance Completed 34538

"Abang... tak bangun lagi ke?," tanya Afifah apabila tida respon dari Faris walaupun telah berkali-kali dia mengetuk pintu bilik suaminya. Afifahjadi tidak sedap hati. Bimbang berlaku apa-apa, Afifah menolak daun pintu bilik.

Dilihatnya Faris berselubung di dalam seimut tebal dan menggeletar.Afifah panik.

"Kenapa dengan abang ni? Abang sakit apa?" soal Afifah dengan cemas. Tangannya diletakkan di dahi Faris. Panas terasa dan berbeza dari panas demam yang lain.

"Abang demam panas ni. Abang boleh bangun tak, kita ke klinik sekarang," kata Afifah cuba membantu Faris untuk bangun. Namun ternyata kudratnya sebagai wanita tidak mampu untuk mengengkat suaminya. Faris tidak berkata sepatah pun. Dia hanya menggeletar menahan sakit.

Melihatkan Afifah tidak mampu mengangkatnya, Faris menolak Afifah supaya tidak meneruskan rancangannya untuk membawa ke klinik.

Afifah ke menyelongkar laci mencari tuala dan membasahkannya. Tuala basah itu cepat-cepat diletakkan di dahi Faris.

Tuala lainnya pula Afifah letakkan di dada suaminya. Faris hanya membiarkan. Sepanjang sembilan bulan bergelar suami isteri, baru sekali itu Faris membiarkan Afifah menyentuh bahagian tubuhnya. Ubat diberikan dan Afifah harap suaminya boleh bangun semula.

Afifah sedaya mungkin membantu Faris meurunkan suhu badannya. Dibuatkannya bubur untuk Faris jamah apabila bangun tidur nanti.

*****

Afifah terlena di sebelah Faris. Penat berulang alik membasahkan tuala untuk mengelap badan Faris. Tahu-tahu sahaja bahunya disentuh membuatkan dia terjaga.

"Abang dah sedar? Sakit kepala tak? Nak saya urut kepala abang lagi? Atau abang lapar, nak makan bubur tak? Saya dah siapkan tadi. Ada kat tepi tu. Abang nak? saya boleh beri sekarang juga," laju saja soalan-salan diberikan Afifah kepada Faris apabila suaminya itu membuka mata dan nampak lebih sihat dari tadi.

"Berapa banyak soalan kau nak tanya ni? Aku tengah sakit ni," sindir Faris. Afifah memalingkan mukanya tanda protes. Mujurlah sedang sakit. Tak kuasa Afifah nak layan karenah.

"Yelah. Nak makan tak? Saya suapkan," Afifah menghulur sudu berisi bubur ke mulut Faris. Tak dapat menolak, Faris membuka mulutnya dan makan.

Tiba-tiba sahaja, hatinya senang dengan layanan Afifah.

"Baik juga isteri aku ni... Masak dah tentu sedap, mengurus rumah memang kepakaran dia," bisik hatinya sambil memerhatikan wajah Afifah. Dia tersenyum sendiri.

"Kenapa senyum sorang-sorang ni?" Tanya Afifah pelik.

"Suka hati aku la... Cepat suap bubur tu, aku lapar ni," balas Faris cuba mengelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience