BAB 15

Romance Completed 34538

"Abang, buka la pintu ni. Teksi dah sampai kat depan tu. Saya nak balik ke rumah ibu dan abah sekejap je. Kalau abang tak mahu ikut, tak apalah. sekurang-kurangnya jumpalah saya ni. Bagi saya salam tangan abang, minta izin," kata Afifah merayu.

"Pergi je lah balik. Jangan hiraukan aku. Kalau kau tak pergi sekarang... Ha... jangan harap kau boleh balik sampai bila-bila," laung Faris dari dalam biliknya mengugut.

"Kalau tak mengugut boleh tak? Saja nak menyakitkan hati saya. Bongkak sangat!"

Afifah geram kerana nak balik jenguk ibu dan abah pun Faris boleh buat perangai bongkaknya tu. Lelaki sengal!

"Pergi jelah. Aku tak kebulur lah kalau kau tak ada kat rumah ni!"

"OK. Fine! Saya pergi dan malam ni saya tak balik. Suka hati abanglah nak mereput dalam bilik tu sorang-sorang. Assalamualaikum!" Afifah geram campur merajuk. Sikap suaminya itu pelik dan kebudak-budakan. Sakit betul hatinya.

Afifah bergegas menuruni tangga menuju pintu keluar dan membawa beg pakaiannya. Pemandu teksi sudah membunyikan hon tanda meminta spaya dia cepat keluar.

Di dalam bilik, Faris menarik selimut kononnya mahu sambung tidur tapi tak sampai setengah jam, selimut itu ditolak tepi. Faris memandang dinding. Rasanya baru sekejap Afifah meninggalkan dia, Faris sudah mula rasa keseorangan. Mengada betul.

"Apa aku nak buat hari Sabtu ni? Selalunya aku akan kotorkan rumah supaya Fifa bersusah payah bersihkan. Tapi hari ni dia pula dah keluar. Apa aku nak buat ni? Aah... Serabutlah," Faris berkata-kata sendirian meramas rambutnya. Dia bangun dan terus ke bilik air untuk mandi. Dalam kepalanya masih ligat memikir agenda harinya tanpa isterinya.

****

Faris melihat skrin telefonnya menyala. Fikirnya mesej dari Afifah yang mahu dijemput untuk pulang ke rumah. Tapi hampa. Mesej dari teman sepejabatnya. Faris sendirian berbaring di sofa tiga tempat duduk di ruang tamu. Dilihatnya jam sudah pukul 11 malam dan tiada satu pun mesej dari isterinya sendiri.

"Cis. Betul-betul dia kata tak nak balik malam ni. Kau balik esok pagi tahulah aku apa nak buat," gumam Faris.

"Tapi kenapa aku rasa keseorangan pula ni? Asyik teringat pada dia je. Rindu ke ni? Aku kan benci dia. Jangan-jangan, aku dah jatuh cinta? Wohooo...No.... tak mungkin ini terjadi. Aku cuma terfikir betapa seronoknya membuli dia. Itu je kan."

"Kalau di betul-betul ada pun, bukan aku boleh buat apa pun. Ish... kenapa aku jadi macam ni?" ligat fikiran Faris mencari alasan dan enggan mengaku dia sebenarnya sudah jatuh cinta dengan isteri yang bukan pilihan hatinya.

Ting Tong... Loceng rumahnya berbunyi membantutkan Faris yang sedang berfikir tentang perasaannya terhadap Afifah.

"Aik, dia dah balik! Nanti kau," Faris menguntum senyum gembira apabila sangkaannya Afifah sudah pulang malam itu. Dia bingkas bangun membuka pintu.

"Kau...???" Faris terkejut melihat siapa yang sedang berdiri di hadapannya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience