BAB 10

Romance Completed 34538

Peluh merenik keluar. Afifah menyapu dahinya. Hujung minggu itu, Afifah mengemas rumah dan mengemop lantai. Maklumlah, pembantu sudah diberhentikan sejak dia menjejakkan kaki ke rumah itu dua bulan yang lalu. Namun dia redha dengan permintaan suaminya, Faris.

Walaupun Faris selalu membangkitkan kemarahannya dengan sifat ego dan bongkak sehingga kerap kali juga mereka bertekak, Afifah sebenarnya menyukai rumah itu. Setakat ini tidak ada masalah baginya membuat kerja rumah sebegitu. Malah dia sudah mula sayang dn selesa tinggal di situ.

Seluruh rumah sudah siap dimop, tinggal lagi lantai di dapur yang belum selesai. Faris menuruni tangga menuju ke ruang tamu. Sebagai seorang yang teliti dan sentiasa mahukan suasana yang kemas, dia amat berpuas hati dengan kerja Afifah. Dia hanya mampu memuji dalam hati namun tidak pernah mengakuinya depan-depan.

Melihat Afifah sedang sibuk mengemop di dapur, Faris terfikir idea jahat. Sengaja dia keluar ke laman berkaki ayam dan mengotorkan tapak kakinya. Selepas itu, dia berjalan dengan selamba memasuki rumah tanpa membersihkan kakinya terlebih dahulu.

Niatnya memang mahu mengotorkan rumah! Biar Afifah mengemop seluruh rumah sekali lagi. Sengaja dia mahu menyusahkan Afifah.Faris berjalan dari ruang tamu hinggalah ke dapur.

"Tepi la skit, aku nak ambil air dalam peti ais ni," kata Faris sambil lalu lalang seperti mencari ruang ke peti ais tetapi sebenarnya mahu mengotorkan lantai dengan kakinya.

Afifah mengundur ke belakang memberi laluan. Apabila dia memandang ke lantai, dilihat habis lantai kembali kotor dengan bekas tapak kaki Faris. Dia naik geram dan membulatkan mata memendang FAris.

"Kenapa tengok aku macam tu?" soal Faris selamba.

"Kaki abang kotor. Kenapa tak brsihkan dulu sebelum masuk rumah? Dah seharian saya mop. Penat tahu tak?" jawab Afifah dengan nada tak puas hati.

"Oh yeke? Ada aku kisah. Kerja kau kan? Bersihkan je la kotor ni," balas Faris sambil sengaja berjalan mengelilingi meja kecil di tengah dapur itu. Melihat perlakuan itu, Afifah tambah geram. Kini seluruh dapur kembali kotor.

"Abang tak payah la bergerak sana sini. Pergi basuh kaki tu dulu,"

"Kenapa pula aku nak kena basuh kaki?" Faris dengan selamba berlalu ke bilik air untuk membasuh kaki meninggalkan Afifah yang menahan geram.

Afifah mendengus marah. Nafas ditarik dalam. Cuba menenangkan diri melihat perlakuan suaminya seperti budak-budak. Afifah mengemop semula dan menuju ke hadapan.
Dilihatnya bukan dapur sahaja yang telah dikotorkan tetapi juga laluan hingga ke ruang tamu. Geram hatinya.

"Abangggggggg......" jerit Afifah.

Faris yang mendengar jeritan itu terus bejalan ke bilik dan mengunci pintu sambil ketawa puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience