BAB 8

Romance Completed 34538

"Abang, bangun... Saya dah siapkan sarapan di bawah," ujar Afifah sambil mengetuk pintu bilik suaminya. Jam sudah menunjukkan 8.30 minit pagi. Tapi tidak kedengaran pula suaminya bangun untuk bersiap ke pejabat.

"Abang kerja ke tak? Saya kena ke pejabat ni. Kalau abang perlu apa-apa cakaplah cepat. Kalau tak nanti saya terlambat pula," tambah Aifah lagi apabila tiada respon dari suaminya.

"Kau diam boleh tak? Memekak aje pagi-pagi ni. Aku tahu la bila nak bangun!" jerit Faris dari atas katilnya. Dia masih lagi mengantuk dan tubuhnya masih berbalut selimut. Geram benar rasanya bila ada yang mengganggu lenanya.

"Iyela, saya ni ingatkan abang je. Sebab dari subuh tadi tak bangun-bangun. Niat saya nak tolong je.

"Hmmm. Tak pe la kalau macam tu. Saya dah siapkan sarapan dan kopi di bawah. Nanti abang makan la. Saya nak pergi kerja dulu," balas Afifah dengan nada sinis. Geram juga hatinya bila niat mahu menolong dibalas dengan kata-kata yang menyakitkan hati.

"Aku tak nak makan sarapan kau tu.Entah apa kau letak dalam tu aku tak tahu. Kang jadi apa-apa pulak. Kau boleh makan je. Aku tak mahu makan!" laung Faris dari dalam bilik.

"Astaghfirullah...Jangan nak merepek boleh tak? Saya tak pernah pun buat macam tu la dan tak pernah terfikir pun," Afifah membungkam.

"Aah... aku tak percaya," balas Faris pantas.

Teksi yang diminta Afifah sebentar tadi tiba di hadapan rumah dan membunyikan hon. Afifah yang mahu membalas kata-kata Faris tadi langsung tak jadi. Dia segera meninggalkan bilik Faris dan menuruni tangga. Geram rasanya apabila Faris sesuka hati membuat tuduhan begitu.

"Suka hati je nak tuduh aku letak bukan-bukan dalam makanan tu. Apa, ingat aku nak sangat ke kat dia? Sampai nak buat guna-guna. Dah sewel agaknya. Mujur kau tu suami. Maka aku mengalah kali ini. Kalau tak tahu la aku nak ajar lelaki bongkak macam kau tu," Afifah mengomel tanda bengang.

"Dari aku layan kau, baik aku cepat-cepat masuk dalam teksi dan blah pegi kerja. Menyakitkan hati betul!" tambah Afifah lagi. Langkah dihayun laju.

Sebaik masuk ke perut teksi, pintu dihempas kuat. Geram punya pasal.

"Adik, kot ye pun mood tak baik, janganlah lepaskan pada teksi ni. Abang cari makan ni dik oi," pemandu teksi berusia setengah abad itu bersuara apabila pintu ditutup sampai bergegar teksi dibuatnya.

"Maafkan saya ye. Abang..." balas Afifah terasa geli. Usia sudah setengah abad tapi membahasakan dirinya abang konon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience