BAB 11

Romance Completed 34538

"Alamak aku dah terlewat. Sarapan tak buat lagi!" bergegas Afifah bangun bersiap.

"Kenapa la kau tak berbunyi jam oi," gumam Afifah lagi.

Setelah siap, Afifah ke dapur seperti biasa untuk menyediakan sarapan untuk Faris. Baginya, suaminya mahu makan atau tidak, terpulanglah padanya. Bukan sahaja sarapan disediakannya tetapi juga makan malam walau pun Faris tidak pun menjamah apa yang dimasaknya itu. Tapi dia tetap mahu menjalankan taugas dan tanggungjawabnya sebagai isteri biar macam mana teruk sekali pun layanan yang diberikan oleh Faris terhadap dirinya.

Tiba di laluan masuk ruang dapur, Afifah beristighfar panjang. Sepanjang empat bulan dia menyediakan makan malam buat suaminya, itulah kali pertama dia menjamahnya. Itu pun tunggang langgang dapur jadinya! Pinggan mangkuk penuh di sinki
. Kuah tumpah di lantai. Meja berselerak.

"Ini manusia ke kucing yang makan? Belum pernah aku tengok orang makan sampai berselerak macam ni!" gumam Afifah menahan geram. Siapa lagi yang perlu membersihkan semuanya, kalau tidak dia.

Faris hanya terkekeh ketawa mengintai dari jauh.

****

"Aku nak makan kat rumah malam ni. Kau sediakan makanan!" perintah Faris.

"Aik, selalu tak nak makan kat rumah tapi dah dua tiga minggu ni, nak pula makan kat rumah. Selalu saya sorang-sorang je," Afifah sengaja menyindir suaminya sambil tersenyum mengejek.

"Baru kau tahu aku masak sedap. Dulu berlagak. Dasar lelaki bongkak!" kata Afifah di dalam hati.

"Jangan banyak cakap boleh. Kag aku tinggalkan kau kat tepi jalan baru kau tahu," bentak FAris. Sebenarnya dia dah tersuka dengan air tangan Afifah. Kena dengan seleranya. Lagi pun inilah salah satu cara untuk membuli Afifah.

"Eh, jangan nak buat fasal ye. Saya tak panggil teksi hari ni sebab tadi abang juga yang beria-ia nak hantar ke pejabat," balas Afifah geram dengan perangai eksen suaminya itu.

"Suka hati aku la. Ini kereta aku kot," balas Faris selamba.

"Iyelah. Saya tahu saya menumpang abang je ni... Abang nak saya masak apa malam ni?" Afifah bertanya sambil menjulingkan matanya.

"Pandai-pandailah kau fikir sendiri," selamba je Faris membalas begitu membuatkan AFifah bertambah geram dan benci dengan perangai suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience