BAB 14

Romance Completed 34538

Entah mengapa, peristiwa siang tadi di restoran tempat Afifah makan tengah hari kembali semula dalam ingatan. Sepasang ibu bapa muda dalam lingkungan 30-an memujuk anak perempuannya yang berumur lebih kurang enam tahun itu supaya berhenti menangis menjentik perasaannya. Ralit dia memerhatikan perlakuan anak-beranak itu. Terasa dia melihat dirinya kembali ketika berusia sekecil itu dahulu.

Sering dibuli oleh Afiyah ketika kecil menyebabkan dia jadi seorang budak yang suka menangis. Bukan senang menjadi seorang kakak keada adik yang nakal dan sentiasa menimbulkan masalah. SEmua kesilapan yang dilaukan di tanggung olehnya. Pun begitu, ibu dan abahnya tahu kebenarannya. Cuma mereka sekeluarga tidak menyangka 'kenakalan' Afiyah akan menjadi keterlaluan apabila sudah dewasa.

Masih dia ingat, ketika kecil dahulu, ibu dan abahnyalah yang akan datang memujuk. Mereka mententeramkan hatinya yang geram dianiaya oleh adik kembarnya sendiri. Pun begitu, kasih sayang antara mereka tidak berkurangan. Malah semakin erat dan disebabkan itu juga Afifah sanggup berbuat apa sahaja agar hubungan kekeluargaan ini terus mekar.

Hampir 12 bulan bergelar isteri kepada lelaki bongkak lagi menyakitkan hati bernama Ahmad Faris Luthfi bin Dato' Zainal, sejak itulah dia tidak berjumpa dengan ibu dan abahnya. Rindunya makin menebal dan Afifah mahu segera berjumpa mereka. Walau pun tinggal tidaklah jauh mana dari kediaman ibu dan abahnya, Faris tidak pernah mempelawa untuk pulang ke rumah keluarga mentua. Malah ajakan melawat keluarga Faris sendiri juga tidak pernah keluar dari mulutnya.

Tahu yang mereka berkahwin kerana terpaksa, Afifah jadi serba salah untuk bertanya. Bimbang marah Faris akan bertambah dan bertindak di luar kawalan pula. Selama ini hanya berbual di telefon sahaj yang mampu mengubati rindunya kepada kedua orang tua.

Malam itu, selepas Faris makan malam, Afifah memberanikan diri untuk meminta izin pulang ke rumah ibu dan ayahnya. Biar pun cemas, Afifah memberanikan diri mencuba nasib.

"Abang, dah lama saya tak jenguk ibu dan abah. Asyik berbual di telefon sahaja. Boleh tak kalau hujung minggu ini, kita balik ke sana?" Afifah bertanya dengan lembut.

"Ibu dan abah sakit ke? Mereka ada suruh balik?" tanya Faris seperti endah tak endah.

"Mereka sihat je. Tak suruh balik pun. Cuma saya yang rindu sangat nak jumpa. Sejak kita dipaksa kahwin dulu, mana saya ada jumpa mereka lagi," Afifah terlepas cakap.

Faris terus mengangkat muka merenung Afifah dan bangun dari tempat duduknya. Afifah terundur selangkah ke belakang melihat renungan itu.

"Kalau kau nak balik sangat, kau balik sorang-sorang. Faham?" Faris meninggikan suara tiba-tiba. Kata-kata Afifah tadi membangkitkan kemarahannya kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience