BAB 2

Romance Completed 34538

Kata-kata terakhir yang keluar dari mulut ayahnya sebentar tadi benar-benar menyekat suaranya di kerongkong. Niatnya untuk terus membantah tiba-tiba menurun. Sekarang dia sendiri 50-50 untuk membuat keputusan.Takut nanti dia akan kehilangan abahnya pula.

Masih terngiang-ngiang kata-kata itu. Air mata Afifah mengalir lagi. Hatinya remuk, fikiran berkecamuk. Mahu atau tidak, dia kena terima juga. Titik. Tiada lagi jalan keluar. Cuma satu yang ada iaitu menjadi pengantin perempuan kepada lelaki yang melamar adik kembarnya pada hari pernikahan yang telah ditetapkan oleh adik kembarnya sendiri, Afiyah Salimah. Afifah terperangkap.

Akur. Itu sahajalah yang dia mampu lakukan walau hati tidak membenarkan.

Kegelapan malam menjelma. Keriuhan di rumah banglo milik Haji Osman Jelani makin memuncak. Hari Khamis malam Jumaat dipilih bagi melangsungkan acara yang telah lama dirancang dan dinanti-nantikan itu.Jelas terpancar riak sedih di wajah Afifah Faizah walaupun hari bahagia bakal menjelma. Malam berinai ditemani rakan-rakan baik yang juga sekuliahnya dahulu. Kehadiran Suzanna dan Nurul Ain sudah cukup untuk meriuhkan bilik pengantin.Semuanya begitu teruja dengan pernikahan Afifah. Tidak menyangka jodoh Afifah sampai dahulu antara mereka bertiga.

Pun begitu, Suzanna dan Nurul Ain tidak pernah mengetahui bahawa Afifah bukannya bakal bernikah dengan lelaki yang selalu mereka temui bersama, tetapi adalah orang lain. Afifah tidak pernah menceritakan apa-apa sejak dirinya dipaksa menikahi lelaki yang sepatutnya dinikahkan dengan kembarnya itu, Ahmad Faris Luthfi Dato' Zainal.

Dres potongan puteri bewarna putih gading menjadi pilihan untuk akad nikah esok. Padan sekali dengan Afifah yang berkulit cerah. Hiasan manik menghiasi baju untuk akad nikah itu disiapkan oleh pereka terkenal mengikut citarasa adik kembarnya.

“Dah kenapa bersedih lagi ni? Nak kahwin kejap lagi pun, tak nak senyum?”perli Suzana. Afifah tersenyum dengan nada perli temannya itu. Sedikit pun dia tak terasa. Memang dah tiada kuasa untuk merasa apa-apa.

“Dah pakai inai terus tidur.Esok dah nak nikah.Nanti tak naik seri pula” kata Suzanna lagi mencuit hujung hidung Afifah.

“Ha... dengar tu pengantin. Kau kena tidur awal,” Nurul Ain menepuk bahu Afifah dengan bantal kecil.

“Ye lah.Meh cepat bubuh.Jap gi aku nak tidur,” kata Afifah.

“Oi,cik kak dah solat Isyak ke belum.Kau kan nak jadi isteri mithali,isteri solehah. Nanti terus tidur tak sembahyang pula,” balas Nurul Ain semula.

“Dah la cik kak sayang,” sebiji bantal melayang ke tubuh Nurul Ain. Berperang bantal pula sesama mereka.Persis anak kecil bermain.

“Laillahaillallah... kenapa bising sangat ni? Anak dara apa macam ni?” pekik Mak Su Aliah dari ruang tamu.Suara hingarnya memecah keriuhan malam.Mereka diam seketika dan terkekeh ketawa kecil.Namun, perang bantal masih belum reda lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience