PROLOG

Romance Completed 34538

Langit pada hari itu tidak secerah selalu. Dalam sekelip mata, perubahan berlaku dan seluruh langit dan isi kandungannya menumpahkan titisan-titisan air hujan yang telah lama dikandung oleh awan. Bagaikan tak tertanggung lagi nampaknya.

Bukan titisan biasa tetapi cukup banyak mencurah hingga seluruh alam kebasahan. Petir dan kilat sabung-menyabung. Seperti satu petanda perasaan yang dialami oleh gadis ini.

Terperuk di sofa sambil menghadap jendela yang berada disisinya. Jauh renungannya ke luar tembus entah di mana titiknya. Wajahnya suram dan air mata jernih mengalir tak henti-henti dari tubir matanya ke pipi. Bajunya turut basah apabila air mata itu sengaja tidak diseka.

Dia sudah tidak mahu berbuat apa-apa. Berfikir juga sepertinya sudah malas. Kecewa barangkali dengan apa yang telah menimpa. Sungguh tak disangka. Dia dijadikan galang ganti.

Dia hanya punya seorang adik yang selalu bikin masalah. Biar rupa mereka sama, namun karakter seperti langit dan bumi. Adik yang disayangi biar apa pun kesilapan yang dilakukannya, ternyata menikamnya. Dia tersungkur dalam permainan adik kembarnya sendiri.

Dalam perasaannya yang masih kosong, babak-babak yang berlaku sejam yang lalu terbayang kembali di benak fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience