BAB 3

Romance Completed 34538

Subuh itu, Afifah bangun dengan malas. Inai di jarinya begitu merah. Jari-jemarinya yang merah dengan inai dibelek lagi.Sangat cantik.Tapi hatinya tawar.Hari yang tidak pernah diingininya telah tiba dan dia akan disatukan dengan lelaki yang bukan pilihan dirinya. Ganti tikar. Itulah yang dia faham.

Menjelang tengah hari semuanya mula sibuk.Ada yang dah bersiap, menunggu giliran untuk mandi ada juga yang menunggu giliran untuk disolek. Solekan Suzanna menjadi pilihan Afifah.Solekannya yang tipis membuatkan Afifah bertambah cantik dan ayu.

"Hey, janganlah masam je. Senyumlah sikit. Orang lain tengok pun tak berkenan nanti. Ingat aku tak tahu nak solekan kau. Kalau kau terus macam ni, habislah portfolio make-up artist aku ni,"gumam Suzanna seakan mahu merajuk apabila melihat Afifah seperti tidak gembira walaupun selepas siap disolekkan.

Afifah hanya tersengih kerana tidak tahu lagi respon apa patut diberikan kepada temannya.

*****

"Aku nikahkan kau dengan puteriku Afifah Faizah dengan," ucap Haji Osman untuk ijab dan kabul anaknya namun terhenti apabila Faris menarik tangannya kembali.Haji Osman tersentak dan melihat sahaja ke arah Faris.

"Maafkan saya. Saya tersalah dengar atau pak cik tersilap sebut nama anak pak cik? Setahu saya, Afiyah yang saya ingin nikahi tapi pak cik menyebut nama orang lain," Tanya Faris kebingungan.

Dato' Zainal juga kebingungan. Lain yang dipinang, lain pula yang nak dinikahkan. Lantas Dato' Zainal bangun mempersoalkan apa yang berlaku. Afifah yang berada di dalam bilik juga resah setelah diberitahu acara ijab dan kabulnya dihentikan seketika. Jika pihak lelaki ketahuan dan menarik diri pastinya satu keluarga menanggung malu dan pengorbanan yang ingin dilakukannya hanya tinggal sia-sia sahaja.

"Bawa bertenang, boleh Dato' Zainal dan Faris ke bilik itu sebentar. Saya boleh terangkan apa yang telah berlaku," ujar Haji Osman perlahan namun masih mahu kelihatan tenang. Faris seakan menghidu helah yang mahu menjerat dirinya. Dirinya dibawa bertenang dan tidak mahu epat melatah.

Faris bersama ibu dan ayahnya, Dato' Zainal dan Datin Mariah mengekori Haji Osman dan Hajah Safiah ke bilik yang ditunjukan. Mereka harus tahu apa yang terjadi.

Setelah menjemput semuanya duduk di kerusi yang ada di bilik itu, Haji Osman berlutut di hadapan Dato' Zainal dan Faris agar meneruskan majlis perkahwinan ini.

"Saya minta maaf pada Dato' sekeluarga. Saya tahu, memang Afiyah yang sepatutnya dinikahkan dengan Faris pada hari ini. Anak tak guna itu telah lari denga lelaki lain tanpa memberitahu apa-apa. Saya malu! Jadi saya minta kakak kembarnya, Afifah untuk dinikahkan pada hari ini."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience